Bab 35

1.7K 108 8
                                    

KETUKAN pada pintu yang berulang kali membuatkan Althaf terpisat-pisat bangun dari tidur. Kepala Wafa yang sedang berbantalkan lengannya dialihkan dengan perlahan-lahan, tidak mahu lena wanita itu terganggu. Sempat ditenyeh-tenyeh kedua belah matanya agar terbuka dengan luas sebelum dia turun dari katil.

Pintu dibuka kecil. Cukup untuk menampakkan sebelah matanya saja.

"Kau nak apa pagi-pagi buta ni?" soal Althaf, separa berbisik.

"Kau dah kenapa buka pintu macam tak nak buka pintu?" Zayn balas dengan soalan kembali. Pelik melihat tingkah sahabatnya itu.

"Aku tak pakai baju la."

Zayn memicingkan mata. Ragu-ragu untuk percayakan Althaf. "Macam aku tak pernah tengok kau tak pakai baju." Pintu cuba ditolak, namun laju saja Althaf menahan.

Althaf kuatkan pegangan pada pintu. Tidak mahu Zayn menolak lagi. Wafa dah la tengah tak pakai baju, tak ke naya kalau Zayn tiba-tiba ceroboh masuk?

"Cakap sajalah kau nak apa datang sini. Aku mengantuk lagi ni," gesa Althaf. Dia buat-buat menguap.

"Mama dengan papa suruh korang turun sarapan. Buat apa entah semalaman sampai pukul 10 pagi tak bangun lagi dari tidur." Sembari mulut membebel, Zayn geleng-gelengkan kepalanya. Sudah faham alasan Althaf tidak membenarkan dia membuka pintu.

Dari awal dia dah syak sebenarnya, tapi sengaja mahukan kepastian. Alang-alang itu, boleh mengusik sekali.

Althaf hanya menjeling kelibat Zayn yang sudah mula menjauh. Pintu ditutup. Katil dituju semula.

"Abang?" Tilam yang terhenyak memaksa Wafa untuk membuka mata.

"Abang ke tu?" Wafa menyoal lagi, mahukan kepastian. Kelopak mata perlahan-lahan ingin terpejam semula. Mahu sambung mimpikan suaminya.

Althaf tergelak kecil. "Ya, abang ni." Comforter yang sudah jatuh menampakkan dada Wafa itu diangkat hingga ke leher. Terteguk air liurnya melihat bahu Wafa yang putih melepak itu. Pabila fikirannya mula menerawang kejadian semalam, kepala sendiri diketuk. Astaghfiruallah!

"Wafa, bangun. Dah pukul 10 ni," ujar Althaf. Dahi Wafa dijadikan sasaran bibirnya berlabuh. Tahu yang Wafa tak akan bangun selagi kucupannya tidak hinggap di wajah itu.

Selepas dapat morning kiss dari Althaf, terus bibir Wafa mekar dengan senyuman. Badan ditegakkan 90 darjah sebelum dia meregangkan badannya. Mata cuba dicelik seluas-luasnya.

Berpusu-pusu liur Althaf melepasi trakea. Cepat-cepat dia mengangkat kembali comforter dan menutup tubuh Wafa yang terdedah.

Perasan akan kelakuan Althaf, Wafa sudah senyum mengusik. "Abang, you've seen everything. Kenapa abang try hard sangat nak jaga mata ni?" Tak berlapik langsung ayatnya!

Althaf berdeham. Panas telinganya ketika itu. "Wafa pergilah mandi dulu. Cepat sikit tau. Tadi Zayn dah datang panggil sebab mama dengan papa suruh turun sarapan."

"Apa kata kalu kita mandi sama-sama? Lagi cepat, kan?" Semakin galak Wafa mengusik apabila menangkap telinga Althaf yang sudah merah.

Althaf cuba kuatkan diri agar tidak mudah kalah dengan usikan Wafa. "Dulu abang nak mandikan, Wafa tak nak. Kenapa tiba-tiba boleh berubah?" Jarak wajah mereka didekatkan. Terus wajah isterinya itu berubah cuak. Nak usik dia sangat, kan?

"Dulu Wafa student lagi la, Wafa takut kita terbabas." Kalau dah namanya Wafa, bukannya dengan mudah dia mahu menyerah kalah. Walaupun tulang rusuk dah nak pecah sebab detakan jantungnya, tetap juga dia beranikan diri untuk melawan. Muka penuh yakin ditayangkan.

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now