Bab 43

1.2K 87 4
                                    

"TURN yourself in. Turn yourself in and admit your crimes related to three year ago." Althaf menayangkan rakaman CCTV yang merupakan bukti mereka di hadapan saksi terpilih bernama James itu. Saksi yang terakhir mereka. Wajah itu bagai baru sudah tertelan tahi cicak. Barangkali tidak menyangka kes yang telah lama sepi tiba-tiba diungkit kembali.

"Sh*t, you think I am that easy?" James terbangun dari kerusi. Telunjuk tepat ditala pada wajah Althaf. Muka dipasang bengis.

"Sh*t, of course I think you are that easy. That is why I am here." Laju Althaf memulangkan paku buah keras. Dia turut terbangun dari kerusi. Telunjuk juga ditala tepat pada wajah James, tapi lebih dekat sehingga hampir mencucuk mata. Terus mendongak kepala James dibuatnya.

Mata Aryan dan Zayn membutang dengan serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan riak terkejut. Althaf... mencarut? Betulkah apa yang telinga mereka dengar tadi?

"You...." James tidak jadi mahu meneruskan bicara apabila Zayn tiba-tiba mencelah.

"No curse allowed. Please sit down both of you." Althaf dan James automatik melabuhkan duduk apabila mendengar arahan tegas Zayn. Sempat Althaf menyengih apabila tersedar keterlanjurannya. Tadi bukan dia. Ada orang lain yang pinjam badan dia sekejap.

"You, turn yourself in and your sentence will be reduce. Or, do you want to choose otherwise?" Aryan menyoal, manipulatif. Kata Zayn, saksi mereka yang ini sangat mudah untuk disungkurkan. Ternyata benar, ya. Dia baru provoke sikit, tapi James sudah menikus.

James mengetap rahang. Penumpuk dikepal. Amarah membuak-buak dalam dada. Ini semua disebabkan Razif! Buat kerja tak clean! Jika dia terjumpa dengan Razif nanti, memang dia akan tumbuk sampai lunyai!

"If you turn yourself in, you'll only be punished for the crime you did three years ago. But if you choose otherwise, you will be punished for every single crime you did all these years including rape and sexual assault, robbery, sexual harrasment, spiking, and stalking." Tenang Zayn menyebut satu per satu jenayah yang James lakukan.

Semalaman dia, Althaf dan Aryan menyelidiki rekod-rekod penjenayah yang terbabit. Memang mereka tidak dapat melelapkan mata langsung. Selepas subuh, terus mereka menjalankan misi untuk berunding dengan seorang demi seorang saksi yang ada. Saksi yang juga merupakan seorang penjenayah. Sehingga ke larut malam mereka berada di luar. Makan pun sekadar untuk mengalas perut saja. Haraplah semua ini berbaloi!

"Who the hell are you?" Tajam mata James menikam anak mata Zayn. Meluap amarahnya kepada Zayn yang sedari tadi kelihatan tenang. Rasa tercabar apabila segala jenayah yang dilakukan diketahui dan diugut untuk dibocorkan kepada umum.

Namun jauh di dalam hati, ada sedikit gentar yang berselubung. Jika dia tidak serahkan diri kepada polis, hukuman dia akan jadi lebih teruk! Dengan jenayah-jenayah yang dilakukan, posibiliti untuk dia dihukum gantung sehingga mati sangat tinggi! Dia lebih rela dipenjarakan seumur hidup daripada mati!

"Oh, I am a nobody. But do not worry. I do not do crimes like you." Sinis Zayn menjawab.

"Sh...."

"No cursed allowed, I said!" pintas Zayn, tegas. Pantang betul kalau ada orang carutkan dia!

Terus James terdiam. Kedua anak mata bergetar hebat ketika panahan mata Zayn menusuk dalam. Meskipun cuba dikawal, namun tetap kelihatan. Suasana menyepi seketika. Masing-masing kelihatan tegang.

"Fine, I will do as you guys said. I will turn myself in." Dia akhirnya mengangkat bendera putih. Tahu yang dia tidak akan menang dengan tiga orang lelaki di hadapannya itu. Bukti yang ada terlalu kukuh. Dia tidak akan dapat diberi peluang untuk bersembunyi ke mana-mana. Sampai lubang cacing dia akan dicari sebaik bukti itu tersebar nanti. Mahu meminta tolong Razif?

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now