Bab 30

1.7K 84 3
                                    

ALTHAF yang baru saja selesai memasak lauk makan malam itu melangutkan kepala sebaik terdengar pintu rumah sedang dibuka kasar dari luar. Lekas-lekas dia berlari ke arah pintu untuk menyambut kepulangan isterinya.

"Abang...."

Wajah Althaf berkerut seribu apabila melihat pakaian isterinya yang sudah lencun dengan air hujan. Wanita itu terlupa nak bawa payung, ke?

"Wafa tak bawa payung, ke?" Sambil menyoal, Althaf bergegas ke dalam bilik untuk mengambil tuala buat isterinya.

"Wafa lupa...." Wafa menyedut hingusnya yang sedari tadi tidak mahu berhenti turun. Tuala yang diletakkan Althaf ke atas bahunya itu ditarik supaya menutup dadanya. Baru sedar yang bentuk badannya kelihatan apabila baju kamejanya yang basah itu melekap di kulit.

Althaf hanya mampu menggelengkan kepala. Benda dah jadi, nak marah pun tiada guna. Padahal pagi tadi sudah berpuluh kali dia pesan kepada gadis itu supaya bawa payung sebelum keluar memandangkan ramalan cuaca adalah hujan harini.

"Wafa rasa Wafa demamlah," beritahu Wafa dengan badannya yang semakin teruk menggigil. Dia dah la memang tak tahan sejuk. Apatah lagi apabila dia terpaksa membiarkan seluruh tubuhnya dibasahi air hujan hampir 15 minit tadi. Demam panaslah jawabnya!

Laju Althaf meletakkan kekura tangannya di dahi isterinya itu. Panas! Sangat panas!

"Jom, biar abang tukar baju Wafa dulu." Tangan isterinya itu, Althaf tarik masuk ke dalam kamar mereka. Baru saja dia mahu membuka butang baju isterinya, wanita itu mengelak.

"Biar Wafa buat sendirilah."

Althaf mengangguk. Hormat dengan permintaan ringkas isterinya.

"Abang pusinglah belakang. Takkanlah abang nak tengok Wafa buang baju?" Wafa memandang suaminya yang selamba berpeluk tubuh sambil mata tidak beralih dari tubuhnya.

"I'm your husband."

"Wafa malulah, abang." Wafa tunduk memandang jari kakinya.

Althaf buat tidak kisah dengan luahan gadis itu. Sebaliknya, laju saja dia membuka satu per satu butang baju kameja isterinya itu. Lambat sangat! Kemudian, baju itu dicampak ke dalam bakul yang terdapat di penjuru bilik.

Namun begitu, wajahnya saja yang nampak bersahaja. Tapi hati sudah gundah-gulana melihat tubuh Wafa yang terdedah itu. Bergerak-gerak halkumnya ketika itu.

Wafa terkaku. Tidak mampu untuk menghalang perbuatan lelaki itu. Akhirnya, dia relakan saja. Lagipun, bukankah dia pernah berkemban di hadapan lelaki itu sebelum ini? Buat apa dia nak malu lagi, kan?

Tuala yang melindungi bahu isterinya Althaf tarik lalu melilitkan helaian itu ke tubuh isterinya.

"Pergi mandi."

Tercebik bibir Wafa mendengar suruhan itu. Kalau akhirnya dia harus pergi membersihkan diri, kenapa lelaki itu beria mengarah dia menanggalkan baju dengan segera? Lebih baik dia buang sendiri aje dalam bilik mandi nanti!

"Air hujan tu kotor, Wafa."

"Tak ada cara lain dah ke nak bersihkan badan selain mandi? Sejuklah, abang. Dah la dalam bilik mandi abang tu tak ada water heater." Wafa menayangkan wajah sedih, meminta simpati dari suaminya.

"Tak kira, Wafa kena mandi juga," tegas Althaf.

"Wafa tak laratlah, abang." Wafa mencipta alasan lagi. Tak berputus asa dia mencari idea untuk mengelak daripada mandi.

"Kalau tak larat, biar abang yang tolong mandikan Wafa." Selamba Althaf menarik tangan isterinya itu menuju ke bilik air. Namun selangkah sebelum tiba di hadapan pintu, isterinya mengeraskan badan.

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now