Bab 20

4.5K 206 8
                                    

"ABANG AMJAD nak apa?" Wafa berpeluk tubuh sambil menghadap kolam renang. Sengaja dia memilih untuk berdiri walaupun ruang di bangku yang ditinggalkan sebelah lelaki itu masih luas.

"Nak Wafa," gurau Amjad seraya melepaskan gelak kecil. Namun, suasana jadi hambar apabila Wafa langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadap jenakanya.

"Jangan nak mengarut boleh tak? Cakap ajelah apa yang Abang Amjad nak." Sambil bercakap, beberapa kali juga Wafa menoleh ke belakang. Risau kalau angah dan suaminya nampak dia dan Amjad berborak berdua-duaan di sini. Bukan dia takut dimarahi, tapi dia takut Amjad itu lunyai dikerjakan angahnya nanti.

Fuh, cukuplah sekali aje dia saksikan wajah lembut angahnya itu bertukar bengis disebabkan lelaki ini. Serius seram!

"Mana ada abang mengarut." Amjad berkata, serius.

Wafa hanya menjeling. Kalau betul pun lelaki itu tak mengarut, kisah apa dia? Lelaki itu ingat dia akan cair la dengan pickup lines modal sepuluh sen dia tu?

Tak akan pernah!

"Cepatlah, perkara apa yang mustahak sangat sampai Abang Amjad ajak Wafa duduk luar ni?" Wafa sudah mula berasa bosan dan menyampah. Lama-lama duduk berduaan dengan lelaki itu buat dia rasa nak tolak dan sembam wajah lelaki itu ke dalam kolam. Biar lemas, cara itu aje yang boleh mendiamkan lelaki itu.

Dengar macam kejam tapi ya, dia mengaku dia kejam. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya dulu, setakat dilemaskan apalah sangat?

"Sejak bila Wafa bercinta dengan suami Wafa tu?" soal Amjad, malas hendak berbasa-basi lagi. Tahu yang Wafa tidak akan melayan, malah membuatkan gadis itu lagi membencikannya.

"Kenapa sibuk nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan. Dingin.

"Sebab abang masih sayangkan Wafa?" Amjad berteka-teki dengan diri sendiri. Dia pun tak tahu apa sebab sebenar dia menyibuk nak tahu.

"Sayang kepala otak dia." Wafa menggumam kecil, namun cukup didengari jelas oleh Amjad di sebelah.

"Abang serius, Wafa," kata Amjad.

"Abang Amjad aje, Wafa tak." Wafa membalas selamba. Kisah pula dia lelaki itu sedang serius atau tidak, yang penting dia nak masuk rumah cepat-cepat.

"Wafa tak pernah berubah. Masih kuat menjawab."

"Habistu takkanlah nak kena berubah sebab Abang Amjad pula? Tak ada masa."

Amjad cuba tarik nafas panjang, mengumpul kesabaran. Tidak boleh menyalahkan gadis itu kerana bersikap begini, sebab dialah punca sebenar mereka tidak sehaluan.

"Wafa tak jawab lagi soalan abang tadi," ulangnya.

"Wafa tak nak jawab dan Wafa malas nak jawab sebab Wafa nak masuk. Bye." Sudah malas mahu berlama, Wafa akhinya memilih untuk masuk. Laju kakinya menonong ke dalam rumah tanpa sedikitpun berpaling ke belakang.

Buat lenguh aje berdiri di situ lama-lama. Ingatkan ada la isi penting dalam perbualan mereka, rupanya kosong.

"Wafa." Amjad memanggil.

"Wafa!" Apabila tidak berbalas, dia melaung dengan lebih kuat.

"Apa?!" Intonasi suara Wafa tak kurang tingginya dengan Amjad. Geram betul dia dengan orang yang macamni, suka jerit-jerit dan paksa-paksa!

"Abang minta maaf." Amjad menapak menghampiri Wafa, perlahan-lahan.

"Wafa dah lama maafkan Abang Amjad, sebab bukan cara Wafa untuk menyimpan dendam. Jadi Wafa minta tolong, tolong jangan ganggu Wafa lagi. Wafa rimas, tahu tak?" Nada Wafa separuh merayu. Jelas yang dia betul-betul terdesak supaya permintaan itu dilaksanakan. Cukuplah lelaki itu hampir menghancurkannya suatu ketika dahulu.

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now