Bab 17

3.7K 174 6
                                    

SETELAH sebulan tidak bertemu empat mata, akhirnya hari yang dinanti-natikan mereka telah tiba. Atau, hari yang dinanti-nantikan oleh Wafa saja?

Sebab dalam konteks mereka, hanya Wafa yang beria hendak berkahwin dengan Althaf, bukan Althaf yang beria hendak berkahwin dengan Wafa. Argh, walaupun semua itu fakta, kenapa sakit betul bunyinya?

"Anak mama dah sedia, ke?" Sebaik kepala Puan Talia terjengul ke dalam bilik, terus pandangannya dihiasi dengan puterinya yang sudah siap dengan persalinan gaun pengantin. Berseri-seri wajahnya bak bulan yang bercahaya.

Wafa hanya senyum untuk menutup kegesilahan. Patutkah dia jujur?

"Belum." Kepalanya tertunduk merenung jemari yang bertaut sesama sendiri.

Puan Talia tersenyum tawar sebelum dia labuhkan duduk di birai katil. Tangan Wafa digenggam. "Normal la tu kalau Wafa rasa macamni sebelum majlis."

Wafa menggeleng. Tak, mama tak faham. Mungkin bagi mama itu normal sebab dia dan Althaf sudah berjaya mengaburkan pandangan wanita itu dengan lakonan mereka.

"Mama boleh tolong panggilkan angah untuk Wafa?" soalnya.

Puan Talia mengangguk. "Untuk anak bongsu mama yang seorang ni semuanya boleh." Sempat dia melabuhkan kucupan ringkas di pipi anaknya itu sebelum dia berlalu.

Pantulan wajah sendiri pada cermin Wafa tenung tidak lepas. Cantiknya dia harini... tapi apa gunanya kecantikan itu kalau dalam hati sebenarnya dia sedang ketakutan? Macam mana kalau keputusan dia untuk menikahi lelaki itu harini akan membinasakan diri sendiri pada waktu akan datang?

Dia percaya pada takdir, dia yakin pada ujian, tetapi dia takut jikalau dia tidak mampu untuk mengharungi semua itu kerana dia tahu dia seorang insan yang lemah.

Dia tidak setabah orang lain. Pada luarannya mungkin ya, tapi dalamannya sungguh ketara perbezaannya.

"Wafa."

"Angah..." Bibir Wafa sudah tercebik-cebik ke depan, menahan diri daripada mengeluarkan tangisan. Lemah terus dia bila melihat kelibat angahnya.

"Jangan mengada nak menangis, eh. Habis buruk mekap Wafa nanti." Zayn memberi amaran. Duduk segera dilabuhkan di sebelah adiknya sebelum dia menarik gadis itu ke dalam pelukan. Cuba untuk menenangkan, dia mengelus lembut belakang gadis itu.

"Wafa takut," adu Wafa. Kepala diselesakan di atas bahu angahnya.

"Nak takut buat apa? Althaf tu tak makan daging orang. Paling tak pun dia makan daging lembu." Sempat Zayn melawak.

"Angah! Wafa tak bergurau tau!" Tak semena-mena satu pukulan mendarat di bahu Zayn. Lelaki itu memang selalu macam tu, suka melawak tak kena tempat!

Zayn tergelak. Bila menerima jelingan daripada Wafa, dia berhenti serta-merta. "Nak takut buat apa, Wafa? Angah kan ada." Dia kembali serius.

"Wafa takut kalau sejarah lima tahun lalu tu berulang kembali. Wafa risau, hati Wafa tak tenang, angah." Wafa kembali melentokkan kepalanya di bahu angahnya. Air mata ditahan dari menitis.

Zayn tarik nafas panjang, susah betul mahu yakinkan adik dia ni. "Wafa, dulu adalah dulu. Sekarang adalah sekarang. Dan masa depan adalah masa depan. Apa yang berlaku dulu, kita jadikan pengajaran. Apa yang sedang berlaku sekarang, kita lalui dengan reda tanpa sebarang alasan. Dan apa yang akan berlaku di masa depan, biarlah Allah saja yang tentukan."

"Kalau takdir dah tertulis seperti yang Allah kehendaki, kita sebagai hamba tak ada hak untuk menentang dan melawan, Wafa. Dan seindah-indah perancangan kita, indah lagi perancangan Allah buat hambanya. Apa pun yang kita lalui di masa lalu, masa sekarang dan masa depan, kita kena reda aje. Yakin dengan takdir Allah," terangnya.

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now