Hari terakhir di Semporna, Leila memilih hanya duduk di Resort sahaja. Pagi itu, Leila mengambil angin berjalan di sekitar Resort. Perkhidmatan sewa basikal disediakan tetapi Leila memilih untuk berjalan sambil menghirup udara segar. Leila mengenakan kargo pants & sweatshirt serta shawl. Nak cantik pepagi buat apa? Nak ambil angin je pun. Nasib dah gosok gigi! Hiks
Leila macam biasa, tetap memenuhkan gallery nya dengan gambar alam semulajadi. Seronoknya tenang macam ni. Lusa nak masuk kerja dah, oh kerja! Hidup ni keras gaiss! Tak kerja tak ada duit! Huhu..
Syakir mana? Membuta gaiss! Biarlah, bagi Leila setakat nak jalan dalam Resort tak kan nak pakai tourguide?? Melampau eyh!
Leila kemudian menghentikan langkahnya dan duduk di satu kerusi. Muhasabah diri kejaplah! Leila memejamkan matanya sambil menghirup udara segar di pagi hari. Ye! Sabah terlalu indah dengan udara segar. Sejuk!
"Haiii..sapa seseorang." Leila menoleh dan dia melihat Heidi. Omg! Dia lagi!
"Haiiiii..." balas Leila senada.
"You ikut I ke Heidi? Macam mana you boleh ada dekat sini?" Tanya Leila hairan.
"I memang stay sini lah. You yang tak tahu." Balas Heidi.
"Hahhhhh? Biar betul mamat ni?" Gumam Leila.
Heidi kemudian melabuhkan duduknya di sebelah Leila.
Heidi meneliti wajah Leila lama. Kulit putih yang bersih tanpa jerawat, alis kening yang terbentuk cantik, hidung mancung, dagu yang runcing dan mata! Mata Leila mampu membuatkan sesiapa sahaja tidak akan lepas memandangnya. Mata bundar redup yang cantik berwarna hazel. Mata itulah yang selalu membuatkan Heidi rindu. Rindu yang tidak akan hilang.
"You cantik, Leila. Natural beauty." Heidi memuji.
"Ohhh, matahari tu ke? Cantik kan? Dapat tengok pagi macam ni. Vitamin lah." Balas Leila. Bukan dia tak faham, tapi malas nak layan.
"Haah, vitamin untuk I sebelum I balik. Cukuplah I hilang vitamin I tiga tahun lepas. Hilang separuh jiwa I. Tapi tulah, I je yang rasa. Orang tu pun dah bertunang." Balas Heidi kecewa.
Leila memandang Heidi. Seketika mata mereka bertaut.
"Leila, boleh I tanya? Tapi, I perlukan jawapan ikhlas dari you." Tanya Heidi.
"I jawab semampu yang boleh." Balas Leila.
"Hmmm..kenapa you lari dari I? Salah apa I buat pada you Leila?" Sampai sekarang I masih fikir.
5 minit...
Leila menarik nafas.
"Heidi, you tahu status I kan? Lagipun I tak layak disamping you. Kita tak sekufu, Heidi. You boleh dapat yang lebih sempurna daripada I. You ada semuanya Heidi. I sendiri rasa tak layak untuk you." Leila harap Heidi faham.
"Kenapa dengan status you? Kenapa you perlu jadikan status you sebagai penghalang? Apa yang tak sempurna Leila? Tell me." Balas Heidi.
Leila jeda. Tidak pasti lontaran ayat bagaimana lagi untuk buat seorang Heidi ni faham.
"I janda Heidi, JANDA! You bujang dan you boleh dapat yang lebih baik." Leila menahan rasa geram.
"Salah ke dengan status Janda tu? Kalau macam tu, semua yang jadi janda tak boleh kahwin lah?"Heidi tak nak kalah. Paling tak logik alasan Leila ni.
"Nak kahwin lagi itu pilihan diorang tapi bukan I, Heidi. Ada orang dia mencuba dan terus mencuba. Tapi bukan I. Sekali I kecewa, sakit tu terkesan untuk selamanya."
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...