LC❤️HH 29

5.7K 208 23
                                    

"Kak Ziha!!! Kak Ziha!!! Panggil Leila sebaik sahaja dia keluar dari keretanya. Dia berlari anak mendapatkan Kak Ziha.

"Ya Allah budak ni..tengoklah kereta kiri kanan dulu.." Kak Ziha membebel.

Leila memeluk Kak Ziha lama..rindu betul dia dengan Kak Ziha. Balik dari Semporna hari tu, Kak Ziha ada kursus pula. Inilah baru dapat jumpa.

"Akak.......Leila rindu akak sangat!" Ngongoi Leila manja.

"Yeee..sama lah akak pun! Kau kenapa manja sangat ni? Mesti banyak cerita kan? Seronok cuti dekat Semporna?" Bertalu talu soalan Kak Ziha.

"Errrr..Leila nak jawab yang mana satu ni?!" Leila menggaru kepalanya. "Sabar kak..jom masuk ofis dulu...ada masa lagi nak gosip ni.." kebetulan memang dua dua pun sampai awal. Haa..apalagi..menjemah kejap aci tak? Hikss..

Mereka berdua berjalan menuju ke pejabat. Macam biasalah..Leila mesti share dengan Kak Ziha semuanya. Sebab Kak Ziha dah macam kakaknya..dia selesa..Kak Ziha kemudian masuk ke bilik Leila sebelum waktu kerja bermula.

"Akak tahu..saya jumpa siapa?" Leila bersoal dengan Kak Ziha.

"Ermmmm..siapa?" Soal Kak Ziha ingin tahu.

"Heidi kak..sebenarnya dah dua kali saya terserempak dengan dia..eh! Banyak kali jugak.." hiks

"Haaaaa? Bila jeee? Kau tak cerita dengan akak pun?" Kak Ziha makin berminat.

"Nak bagi tahu la ni..heee..sorry laa kak..Leila tak sempat..ni baru nak gosip dengan akak.." jelas Leila.

"Saya terserempak masa dekat airport lepas hantar akak..lepas tu kan ada meeting yang collab tu..pun sama..lagi tak boleh nak lari..dekat Semporna kak! Huh...cuma dekat Semporna tu Leila nak tak nak kena hadap..sebab Leila tak pakai mask..so, dia nampak la Leila." Leila mengeluh.

"Japp...tapi, dia tahu kau kerja sini? Means Sabah ni?" Tanya Kak Ziha lagi.

"Macam tak je..sebab saya rasa mesti dia fikir saya pergi Semporna tu bercuti..so, saya rasa dia memang tak tahu!" Confident! Hehe..

"Kuat eyh jodoh korang ni? Jauh jauh lari pun boleh jumpa..tak rasa something ke?" Kak Ziha menduga.

"Rasa ape?" Soal Leila selamba.

"Hmmm..kau suka buat tak faham kan, Leila?" Kak Ziha menggelengkan kepala.

"Dia dah tunang kak..walaupun dia cakap dekat saya dia tak kahwin lagi..tapi, tak mustahil dia masih bertunang kan?" Leila senyum tawar.

"Mana kau tahu dia dah tunang?" Pelik wajah Kak Ziha.

"3 tahun lepas kan yang Leila cerita dengan akak tu..mama dia yang tunangkan dia dengan apa ye nama perempuan tu...jap jap..." Leila berfikir. "Haaaa! Thea! Betul lah Thea. Tapi, Leila tak nampak muka pun..agaknya yang panggil sayang dekat Semporna hari tu..itulah Thea tu." Leila jeda.

"Tu 3 tahun lepas dikkk! Sekarang dah tahun berapa..kau ni! Entah entah dah putus tunang ke?! Haihhh! Budak bertuah ni! Kak Ziha sabar.

"Mana la tahu..kot kot lah kan?" Leila menjungkitkan bahunya. Kak Ziha memandang Leila kecil besar sahaja. Kadang geram sangat dengan Leila ni. Sanggup korbankan hati sendiri untuk orang lain.

"Akak...Leila macam nak balik semenanjung kejap..nak ziarah kubur dengan family Dina. Kesian parents dia asyik tanya bila Leila nak balik..rindu dekat anak angkatnya." Hehe

"Eloklah Leila..balik kejap tak salah pun..cuti kau pun banyak lagi kan?" Kak Ziha bersetuju.

"Cuti banyak kak..tapi, cuti lama sangat..kerja pun segunung!" Leila memandang ke arah mejanya. Menggalas tanggungjawab timbalan pengarah ni bukan perkara yang mudah. Lagi pula, semua memerlukan keputusan dia. Tapi, nak mengeluh pun..itu sumber rezekinya.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now