LC❤️HH 14

5.6K 222 18
                                    

Flashback 5 tahun lepas..

Leila hanya memerhati kepada pasangan itu. Hatinya retak! Instinct isteri? Benarlah apa yang dikata..sekali kita dapat merasakan sesuatu terhadap pasangan..mintalah doa pada Allah untuk kita tahu akan kebenarannya. Sekurangnya dia tidak dengar dari mulut orang lain, walaupun sakit melihat depan mata sendiri..tapi biarlah kebenarannya terbukti jelas.

Leila menyandarkan kepalanya sebentar. Dia masih dalam kereta dan dia masih tidak tahu apa yang harus dilakukan. Untuk menghadap Karl di rumah? Bagaimana? Bolehkah dia beriak normal seperti tidak tahu apa apa? Leila memejamkan matanya. Bantu Ya Allah..Sesungguhnya aku tiada daya..

Leila melepaskan keluhannya. Dia rasa dia perlu menguhubungi seseorang untuk pastikan perkara ini. Biarlah apa pun terjadi, dia harus mendapatkan maklumat ini dengan sahih.

Azeera! Yes, Azeera!

"Assalammualaikum Azeera..aku ni, Leila."

"Waalaikumsalam..aku kenal la kau..bukan tak save number"...Ceyyy..

"Kau okay? Kenapa suara macam tak sihat?"Soal Azeera.

"Errrr..aku okay je..saja call kau..aku ada dekat area klinik kau ni tadi..ingat nak ajak kau lunch, tapi aku rushing pulak." Kata Leila.

"Oh..really? Ala, kalau tak boleh jumpa tadi."

"Itulah Azeera, but sorry okay..maybe next time." Leila memujuk.

"Its okay la Leila. Anytime, kau free just let me know okay?" Kata Azeera.

"Thanks Azeera..btw, tadi aku nampak ada couple keluar dari klinik kau..dalam 5 minit lepas..husband & wife ke?" Soal Leila.

"Kejap....aku nak ingat...ohh, yang last couple tadi...Yes Leila! Husband & wife..macam baru kahwin..wife dia pregnant 3 months..husband dia paling excited sebab anak 1st katanya."

"Are you sure husband & wife?" Soal Leila sambil menahan air mata.

"Of course beb! Sebab untuk pregnant, kita akan minta full details patient. Lagi kalau pregnant sebab kita nak mengelakkan ada isu..kau faham sendiri kan?" Soal Azeera.

"Ohhh..faham...just itu je aku nak tanya."

"Why Leila? Kau kenal ke diorang?" Soal Azeera lagi.

"Muka familiar, maybe aku salah orang kot." Leila cuba menyembunyikan hal sebenar.

"Ohhh..aku ingat kenapa tadi."

"Okay Azeera..aku nak drive balik ni. Soon in shaa Allah kita hang out okay?"

"Okay beb! Take care tauu..drive safely!"

Leila terus mematikan panggilan. Air mata terus mengalir laju. Sejauh ini Karl tipu Leila? Kenapa Karl? Kenapa Karl tak ceraikan je Leila? Kenapa sakitkan Leila macam ni? Leila membenamkan mukanya ke stereng kereta. Macam ni ke nasib anak yatim piatu macam aku? Lagi kejam bila ditipu suami sendiri?

Whatsapp:

Kak Syira...akak drive balik bawa kereta Leila boleh? Leila lambat lagi ni. Takut tak sempat sampai nanti -Leila-

Okay Leila..macam tak biasa kita tukar tukar kereta kan? Settlekan urusan Leila dulu
-Kak Syira-

Leila menarik nafas lega..nasib dia sempat meninggalkan kunci kereta tadi. Dia menarik nafas sedalamnya. Janji dengan diri kau Leila..lepas ni, kau tak kan menangis lagi..nangislah sekarang sepuasnya. Bisik Leila dalam hati.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now