"Good morning princess papa.." sapa papa Dina apabila melihat dua orang anaknya itu turun dari tangga.
"Morning papa, mama..." balas Leila dan Dina serentak.
"Lena ke tidur malam tadi? Entah pukul berapa la tidur tu.." mama sangat memahami.
"Dina lena je maa..Dina rasa, orang tu yang tak lena.." Dina menjeling ke arah Leila..bukan dia tak sedar masa Leila menjawab telefon. Saja dibiarkan.
"Ermmm...dina tipu je maa..Leila lena sangat..balik negeri asal..lena la mama, papa.." balas Leila.
"Kamu berdua ke mana hari ni? Ada apa yang papa, mama boleh tolong ke?" Soal papa.
"Leila nak pergi Rumah Anak Yatim Eleanore dulu papa pagi ni..lepas tu kalau sempat, nak pergi kubur..tapi, Leila plan..esok nak pergi kubur..Leila nak balik rumah family dulu then rumah Leila.." balas Leila sambil menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
"Eloklah tu..lama pun kamu tak balik sini..pergi ziarah kubur family..jadi kan nak buat tahlil hari khamis ni?" Soal papa lagi.
"In shaa Allah jadi pa..Leila dah uruskan semua..nanti kita pergi masjid je.." Leila memberikan senyuman.
"Papa dan mama..doakan Leila selalu dalam jagaan Allah..kamu anak yang baik Leila..walaupun kami hanya keluarga angkat kamu..tapi, kamu kami dah anggap macam sendiri.." tersentuh hati Leila.
"Kenapa nak sedih depan rezeki ni? Tak baik tau papa.." dina mencelah.
"Papa bagi tahu je..bukan sedih sampai menangis..kamu ni Dina..."
Dina ketawa..seronok Dina melihat papa, mama ceria. Diorang sememangnya rindu sangat dengan Leila. Pujuk Leila ni macam tunggu jodoh datang dari langit..makan masa, makan tahun..kadang terfikir, sanggup betul Heidi tu tunggu Leila..haih! Bertuahnya Leila..
"Mama nak ikut kitorang ke?" Pelawa Dina.
"Tak pe sayang..mama nak pergi butik kejap..lupa la tu mama ada meeting pagi ni.."
"Ya Allah ma..Dina lupa betul..sorry mama, susahkan mama kena pergi meeting.." dina mengelus tangan mama nya.
"Dina..tak baik cakap macam tu..mama faham..teman Leila..tapi, jangan lambat sangat balik..korang tu perempuan.." pesan mama.
"Okay mama.." jawab Leila dan Dina serentak.
Usai breakfast, mereka semua membawa haluan masing masing. Leila sangat excited kerana lama dia tak pergi ke Rumah Anak Yatim Eleanore. Rindu dengan anak anak yatim di sana. Untuk merasa anak sendiri..Leila sendiri tidak tahu ada atau tidak rezeki itu. Leila suka budak budak, tapi rezeki untuk itu belum ada.
Sampai sahaja dia Rumah Anak Yatim Eleanore, Leila berjumpa dengan pihak pengurusan iaitu Puan Norhazirah. Puan Norhazirah ialah orang yang bertanggungjawab dalam memastikan keselesaan dan kecukupan anak anak yatim di sini.
"Assalammualaikum puan.." sapa Leila dan Dina apabila sampai di pintu bilik Puan Hazirah.
"Waalaikumsalam.." jawab Puan Hazirah. Lama dia memandang ke arah Leila dan Dina.
"Leila Camilla ke ni?" Soalnya tak percaya.
"Iya puan..saya lah..tak kan tak kenal saya?" Leila memeluk erat Puan Hazirah begitu juga Dina.
"Kurusnya kamu, Leila..saya memang tak cam tadi..tapi, sebabkan mata kamu yang cantik ni la buat saya teringat kamu.." balas Puan Hazirah.
"Puan ni..biasa je puan..janji puan ingat saya, cukuplah.."
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...