LC❤️HH 33

6.5K 225 28
                                    

"Leila!" Panggil Dina sambil melambai ke arah Leila. Leila berlari mendapatkan Dina sekeluarga. Mama papa juga ada..terharu Leila dibuatnya.

"Mama papa sihat?" Leila memeluk mama dan tunduk hormat ke arah papa.

"Sihat sayang...kurusnya kamu Leila..mama papa hampir tak kenal. Kalau Dina tak panggil tadi..memang tak la perasan tau.." mama papa memandang Leila tak percaya.

"Diet je maa paa..duduk dekat tempat orang..ada masa selera tak kena tekak..kadang tak tahu juga nak makan apa ma, pa.." balas Leila.

"Diet tu diet juga..tapi kesihatan jaga Leila..kurus sangat pun tak cantik juga tau.." pesan mama nya.

"Awak ni Dira...nak membebel, kita sambung dekat rumah..kesian Leila ni penat dengar awak bebel." Papa Dina bersuara.

"Tak apelah pa..Leila bukan bawa kapal terbang nak penat..Leila okay jee.."

"Eh..beg kamu mana Leila?" Soal papa pelik melihat Leila hanya membawa sling bag sahaja.

Leila menggaru kepalanya. "Tu dekat sana"..Leila menunjukkan beg di troli bersama Heidi.

Dina memandang tepat ke arah sebelah troli beg itu. Membulat mata Dina..biar betul Leila Camilla ni?! Ada apa apa yang aku tak tahu ke? Gumam Dina.

"Siapa tu?" Tanya papa mama serentak dek kerana jarak agak jauh dan tak dapat melihat dengan jelas sosok tubuh itu.

"Kawan"...balas Leila pendek.

Heidi kemudian datang ke arah Leila. Dia bersalaman dengan mama papa angkat Leila iaitu parents Dina.

"Kalau tak silap uncle, kamu Anak Tan Sri Hash Hashim? Heidi kan?"Soal papa Dina.

"Yee..uncle..betullah tu..." Heidi melemparkan senyuman.

"First time uncle jumpa berdepan macam ni. Selalu uncle dengar cerita saja pasal kamu." Balas papa Dina.

Dina memandang Leila lama. Leila yang mengerti dengan pandangan itu hanya senyum tawar. Banyak lagi masa boleh cerita dengan Dina. Hehe..

"Jom kita?"ajak Dina untuk pulang. Mesti Leila dan Heidi letih juga. Rancak pula Heidi dengan papa bersembang. Biasalah, hal business..

"Heidi balik naik ape? Sekali uncle hantarkan.." pelawa papa Dina.

"Tak pe uncle..driver saya sekejap lagi sampai tu." Balas Heidi.

Papa Dina hanya mengangguk faham..suka dia melihat anak muda berjaya seperti ini. Nama Heidi sungguh tidak asing lagi. Mendapat Dato' di usia muda sesuatu yang membanggakan. Siapa tidak kenal Tan Sri Hash Hashim..orang berpengaruh yang menjalankan business property serata malaysia malah beberapa company di luar negara. Tetapi, Heidi memilih membangunkan syarikat sendiri kerana minatnya berbeza dengan bapanya. Tan Sri Hash Hashim tidak pernah menghalang dan Heidi juga sangat mengambil tahu hal syarikat bapanya. Sebab dialah satu satunya pewaris yang ada. Walaupun bidang Heidi dan bapanya jauh berbeza tetapi selok belok syarikat property bapanya semua dalam tangan dia. Heidi dianugerahkan pingat Dato' kerana syarikatnya banyak membantu syarikat kecil yang lain untuk sama sama bersaing antara satu sama lain. Tambahan pula, satu projek mega yang berkolabrasi dengan agensi kerajaan telah dinobatkan sebagai projek terbaik di serantau Asia. Tidak hairanlah jika Heidi menjadi seperti sekarang kerana itu merupakan usaha dan kebijaksanaannya sendiri.

"Dina..bagi aku 5 minit kejap..nak cakap dengan Heidi.." bisik Leila ke telinga Dina.

"Jom mama papa..kita tunggu dalam kereta..barang kau ni je kan?" Soal Dina.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now