LC❤️HH 8

6.8K 214 53
                                    

Akhirnya Leila dan Syakir sampai juga ke KKIA. Mereka pulang dengan selamat. Holiday ni memang penat sebab kita berjalan ke tempat orang. Tapi, penat yang berbaloi dan puas hati. Sepanjang perjalanan, Leila menceritakan segalanya yang terjadi kepada Syakir. Berkenaan tentang tunang juga, Leila ceritakan perihal sebenar. Leila juga sudah tahu tentang lakonan yang telah dibuat Syakir dan orang yang Syakir maksudkan itu mungkin perempuan yang memanggil Heidi sayang sewakti di Pulau Timba Timba tempoh hari.

"Syakir, jom kita coffee dulu? Kalau kau tak rushing." Ajak Leila.

"Hmmm... sorry sangat Leila. Ada family matters lah. Rushing juga aku ni." Balas Syakir.

"Ohh, its okay Syakir. Kau balik tu, hati hati tau. Jangan drift sangat. Btw, thanks a lot sebab sudi jadi tourguide aku. Berbaloi dengan pakej plus pakej mulut puaka kau sekali."Haha..

"Dalam sehari, cuba kau cakap baik sikit dengan aku? Tak boleh?" Syakir membalas.

"Boleh, tapi entahlah macam tak terniat je. Kau buka mulut je dah memang menyakitkan hati."Haha..

"Huhhhhh...aku gerak dulu lah eyh. Rasa macam duduk neraka. Berbahang betul rasanya." Syakir makin panas.

"Wow! Dah tempah neraka dulu ke? Ahaks! Leila ketawa lepas. Ha ha ha..drive safely, Syakir. Daaaa."

"Diamlah kau!!!! Byee! Kau pun drive safe juga."Balas Syakir. Mulut dia pun puaka cakap aku. Ceitt!

Syakir melambai Leila dan mereka berpisah membawa haluan masing masing. Leila sememangnya drive sendiri dan parking di Airport. Malas nak menyusahkan orang untuk hantar dia. Naik grab? Leila seram sikit! Baik dia drive sendiri sahaja. Kereta? Yes, sepanjang di Sabah Leila menggunakan kereta Kak Ziha. Kak Ziha kata tak payahlah bawa kereta dari semenanjung. Pakai sahaja kereta dia di sini. Kak Ziha ada beberapa kereta tetapi Leila hanya memilih Myvi sahaja. Senang! Kereta di semenanjung? Yes! Leila meletakkan kereta nya di rumah Dina Auliya. Dina Auliya bergilir gilir menggunakan antara kereta Leila mahupun kereta dia sendiri.

Sampai di rumah, Leila merehatkan badannya. Niatnya untuk baring sebentar, entah bagaimana dia terlelap dan agak lama. Dia sedar sudah hampir jam 10 malam. Nasib dia tidak boleh solat, boleh la dia tidur dengan tenang.

Dia membersihkan diri dan selepas itu mengemas segala barang semasa bercuti. Dia tidak lupa membelikan ole ole untuk staffnya. Ada keychain dan beberapa jajan sedikit. Bolehlah buat kudap kudap di pejabat. Hiks

Nasib juga esok masih cuti, boleh la dia bersenang lenang di rumah sambil melayan netflix dan wattpad. Tengok notification banyak gila author update cerita. Mi Veneno tengah in sekarang ini. Tapi, Leila sejenis lemah dengan cerita pain. Ahhh! Boleh menangis! Bagus betul author muda sekarang ni, idea diorang buat kita rasa watak itu wujud. Tapi in real life ada tak agak agak? Atau kena cari dekat beg kuning? Hmmm, berangan je lah! Tapi, my Qaled Javian masih tidak dilupakan. Ha ha ha

Leila betul marathon membaca gaiss! Tahu tahu subuh dah. Huh! Nasib single. Kalau berlaki mahu aku kena tarbiyah sentap dengan laki aku. Leila tidak tidur tapi dia terus melakukan kerja rumahnya. Kebiasaannya Leila akan menggosok bajunya untuk kegunaan seminggu terus. Kehidupan dia cukup rushing, buatnya terbangun lambat, habis kacau timing dia. Dia nak selesaikan cepat kerja rumah kerana masih ada novel yang harus dibaca. Ahaks!

Settle urusan semua, Leila bersedia ingin marathon lagi cerita favourite nya. Bahagia rasanya. Dengan kesejukan penghawa dingin, berselebung dengan comforter. Ah! Bahagia! Sedang Leila leka membaca, phone nya berbunyi.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now