LC❤️HH 54

6.7K 211 124
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Heidi sudah melepasi segala alahan yang ditanggungnya..tetapi, sepanjang tempoh itu..hanya Tuhan sahaja yang tahu karenah Leila Camilla. Pernah Heidi membeli perfume baru untuknya, tetapi Leila terus tidak bercakap hampir seminggu dengan Heidi. Dia sangat terasa hati dengan suaminya. Tapi, sebelum tidur dia tetap mencari leher suaminya. Walaupun tidak bercakap, kerana bau leher itu dia sanggup tebalkan muka. Baby yang nak! Bukan mama dia..hehe..

Setakat ini, mengidam Leila tidaklah diluar jangkaan. Semua yang dia nak, dapat juga Heidi tunaikan. Malam tadi, Leila teringin Mille Crepe Viral di Tiktok, keesokannya..dia mengajak Heidi pergi ke Penang semata mata untuk membeli itu dan pada masa yang sama, Heidi perlu interview candidates bagi jawatan Project Manager. Pada awalnya Leila memahami..tetapi sampai sahaja Heidi di pejabat, lain pula yang jadi.

"Abangggg!!!! Leila dah ada dekat bawah ni..abang pilih sekarang..nak pergi beli crepe dengan Leila atau nak interview staff baru? Now, abang!!!!" Arah Leila ketika menelefonnya.

Heidi bingung. Leila Camilla yang mengandung sekarang, memang lain dari yang dulu. Heidi tidaklah merungut, tapi ada perkara lebih penting untuk dia selesaikan.

"Haikal..nampaknya, kau soranglah yang handle..bini aku mood tengah tak okay.."

"Kau nak pergi mana?" Soal Haikal.

"Penang..." balas Heidi.

Terbatuk Haikal dibuatnya. "Kau dah kenapa?" Haikal pelik.

"Leila mengidam nak Mille Crepe Viral dekat Tiktok tu..kau rasa aku ada pilihan?" Heidi menjeling ke arah Haikal.

"Fuhhhhh! Sayang bini mattttt!" Perli Haikal.

"Kalau kau tak boleh buat keputusan, kau pilih dulu at least 10 orang..nanti aku balik, kita bincang semula."

"Okay...macam mana pun aku kena tunggu keputusan CEO..aku shortlisted aje lah dulu.."

"Good! Kalau tak sempat petang ni, esok lah aku discuss dengan kau.."

"Kau settle lah urusan kau dengan Leila dulu. Jangan risau, aku boleh je handle..macam tak biasa.." Haikal senyum. Dia tahu Heidi serba salah. Nasib kaulah Heidi! Layanlah bini tengah pregnant anak kau tuu..gumamnya.

Leila yang melihat Heidi keluar dari lif dan terus menaiki kereta yang dipandu Amar. Dia tersenyum lebar kerana Heidi memilih dia. Leila sayang abang tau! Bisiknya.

"Hai sayang...sayang okay tak ni?" Heidi memandang Leila yang tersenyum lebar itu.

"Okay lah..sebab abang ada. Thank you abang, tunaikan mengidam Leila. Baby yang nak! Kan sayangg?" Leila memegang perutnya yang semakin membesar itu.

"Anak papa ni nakal tak dalam perut mama? Jauh anak papa minta crepe yee?"

"Abang tak ikhlas ye? Tak apelah, tak payah pergi..abang sambung buat kerja balik.." Leila mengalihkan pandangan keluar cermin.

Heidi jeda. Rasa macam tak salah cakap..aduh! Heidi cuba menenangkan emosi isterinya.

"Abang tak cakap macam tu pun..ni dah ada dalam kereta dah kan..jom cepat! Nanti habis pula..kesian mama dengan baby kempunan nanti.."

"Nasib abang pujuk, tapi kan abang..Leila dah order banyak..tak payahlah Q nanti..Leila dah bayar pun..nanti pickup aje.."

"Boleh sayang...semua boleh aje untuk sayang..jom Amar! Kita gerak sekarang.."arah Heidi. Sepanjang perjalanan, Heidi banyak berbual sehinggalah Leila tertidur. Penat sangat tu.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now