LC❤️HH 11

5.8K 215 16
                                    

Flashback 5 tahun lepas..

Hari yang dinanti, keluarga Leila pun bersiap untuk pergi bercuti. Destinasi bercuti kali ini adalah di Johor. Mereka memilih Desaru Coast kerana semuanya belum pernah sampai. Sayangnya Leila dan Karl tidak dapat ikut sama. Kalaulah boleh pergi, kan best kan? Huh

"Leila, ingat pesan kitorang okay? Jaga diri, jaga rumahtangga. Jadi isteri yang baik. Yang paling penting, tu siram pokok bunga mama..nanti kang ada yang kena bebel." Pesan abangnya lagi.

"Yeee.....Leila ingatlah abang. Dah, cepat gerak..nanti lambat pula sampai. Maya tu tak sabar nak buat istana pasir dah." Heee..

"Okay dik, kitorang sayang kau tau dik." Luth memeluk Leila lama begitu juga mama. Tidak tahu kenapa jantung Leila berdebar. Beberapa hari ni, bermacam perkara berlegar di fikirannya. Tapi, dia tak nak terlalu jauh berfikir kerana dia sendiri tidak pasti.

Ya Allah, Kau Lindungilah orang orang yang aku sayang. Leila berdoa dalam hati.

Leila perlu mengemaskan pakaiannya kerana dia perlu menghadiri mesyuart bajet yang akan diadakan di Kuantan selama 3 hari bermula ahad sehingga selasa. Karl pula team building sehingga hari ahad. So, mereka tidak berjumpa atas tuntutan kerja. Kebiasannya begitulah kalau dua dua busy. Maklumlah keduanya pun mempunyai kerjaya.

Telefon Leila berbunyi dan dia melihat nama Karl. Rindu la tu, bisik Leila dalam hati.

"Assalammualaikum bie.."

"Waalaikumsalam sayang..sayang sihat? Okay tak duduk sorang tu?" Soal Karl.

"Sihat je, ala...bukan tak biasa..cuma Leila rindu dekat bie sangatlah. Hmmm.." Balas Leila.

"I miss you too, Leila. Rasa nak cepat balik tapi Leila tak ada pula dekat rumah." Karl bernada perlahan.

"Tak pe bie, kejap je. Hari Selasa kita dah jumpa kan?" Pujuk Leila.

"But, I miss you so bad Leila..I miss all parts of your body." Karl bersuara romantis.

"Heyyyyy.....hari tu cakap apa dengan Leila? Dapat bekal kan? So, cukup lah untuk 2 hari tu?"Leila memulang ayat kepada Karl.

"Huhhhhh...yerlahh..bie tahan je la rindu ni. Leila suka kan bie jauh macam ni?" Soal Karl.

"Leila rindu sangat dekat bie. Tahan okay?" Masih memujuk gais!

"Okay, sayang...taking care Leila. I love you."

"I love you too, bie." Mereka memutuskan talian.

Makin tua makin mengada yee Karl Zahrin ni. Leila tersenyum sendiri.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Tiada pula khabar dari mama mahupun abangnya memberitahu sudah sampai di Johor. Leila melihat group family, pun sunyi sepi. Biasa ada sahaja update daripada mereka. Kalau ikutkan, mereka dah sampai ni. Tapi, Leila berfikir mungkin banyak tempat persinggahan tak pun jalan jem. Sebab Leila tahu, menghala ke Johor ni, boleh tahan jem nya. Jangan fikir bukan bukan Leila Camilla!

Leila kemudian tertidur di sofa sewaktu menonton televisyen. Tiba tiba phone nya berbunyi dan dia melihat nombor tidak dikenali tertera di skrin handphone. Kebiasaannya dia tidak akan angkat jika nombor tidak dikenali, tetapi kali ini tidak.

"Hello..Cik Leila Camilla? Kami daripada pihak Hospital, diharap Cik Leila sabar menerima berita ini. Keluarga Cik Leila terlibat dalam kemalangan dan kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian."

"Aaaa..apaa....??" Tutt..tutt..Leila lemah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia menampar dirinya berkali kali. Mimpi mungkin? Air mata mengalir laju. Dia melihat semula phonenya. Masih lagi dia merasakan mimpi. Ya Allah, ujian apa lagi yang kau datangkan untuk aku? Leila memegang dadanya.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now