LC❤️HH 24

5.9K 230 33
                                    

Flashback 5 tahun lepas

Heidi telah menunggu Leila di luar rumahnya untuk pergi ke trip tersebut. Leila malas bertekak berkenaan isu ini. Nak sangat ambil aku kan..tunggu lah kau sana, Heidi. Kalau dibuat gila Leila, mahu saja dia naik bas..tapi, mengenangkan CEO tu lagi gila...baik lupakan je lah! Nanti keluar lagi gosip murahan..malas!

Leila telah memaklumkan pada Kak Shira yang dia pergi dengan Heidi. Kak Shira pula drive sendiri terus ke sana. Lebih mudah katanya. Dekat setengah jam Heidi menunggu Leila. Sabar! Perempuan memang siap lama..dah kau pun yang willing nak ambil dia kan? He he...

Heidi melihat Leila sedang mengunci pintu rumahnya..segera dia berada di pagar untuk mengangkat segala barangan Leila. Kemahen prihatin! Gentleman lah tu?! Gumam Leila.

"You dah breakfast ke Heidi?" Tanya Leila sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Belum..nanti kita singgah okay?" Heidi membalas.

"Tapii....I ada buat sandwich..you nak tak?" Leila menunjukkan bekas berisi sandwich..

Heidi memandang Leila..rajin pulak minah ni..ingat jenis tak masuk dapur..ha ha..

"Nakkk...tapi..you suapkan boleh?" Pinta Heidi.

"Tangan you tak sakitkan? Suaplah sendiri!"

"Memang tak sakit....tapi, I kan tengah drive..you tolong lah I.."

"Tolong eyhhhh? Apa kata you berhenti sekejap dekat petrol pam ke.." Leila mengelak.

"I minta you suapkan je Leila Camilla..bukan suruh kiss I pun..susah ke?" Heidi menjeling.

"Fine!!!!" Leila geram tapi entahlah..selalu kalah dengan Hayy Heidi ni.

Leila menyuapkan sandwich ke mulut Heidi. Heidi menunggu suapan daripada Leila. Saja nak bermanja! Praktis awal tak kalut..heksss..

"Sedapnya sandwich you Leila..pandai you buat..ingat jenis tak duduk dapur." Perli Heidi.

"Wah wah! Tak sayang mulut CEO sorang ni.. You ingat I makan dekat luar je ke? Tolong lah! I masak okay?!" Leila tak nak kalah.

"Baguslah macam tu..nampak dah masa depan.." perlahan sahaja Heidi berkata.

"Apa depan?" Soal Leila.

"You tu tengok depan je..nampak comot mulut I ni.." kata Heidi sambil menunjukkan sisa sandwich di mulutnya.

"Haaa? Alaaa..sorry sorry.." Leila dengan automatik terus mengelap sisa makanan di mulut Heidi. Heidi yang terkejut dengan sentuhan Leila mula tak senang duduk. Bergerak halkum nya menahan debar. Disentuh seseorang yang dia sayang. Leila pula terkaku seketika. Apa aku buat ni?! Leila terus melarikan jarinya dari bibir Heidi.

Leila mengambil tisu lalu dilapkan semula ke bibir Heidi. Heidi menarik nafas lega..huh! Jantung kerja keras gais! Baru sentuh bibir...ahhh!!! Heidi berdesis dalam hati.

Leila kemudian menyuapkan baki sandwich tadi ke mulutnya. Lapar pula tengok Heidi mengunyah tadi..sedap sangat kot? Hekss..

"Kenapa you makan sandwich I, Leila?" Soal Heidi.

"Hahhhh?" Leila blur sekejap.

"Atau sebenarnya you memang nak rasa bekas mulut I?" Duga Heidi.

"Uhuk! Uhuk!" Tersedak Leila..dia ni kalau bercakap direct sangat! Leila malu.

Heidi yang melihat Leila tersedak hanya tersenyum. Kelakar melihat rona muka Leila bertukar merah. Malu sangat!

"Tu pun malu..bukan kita share kiss..sandwich je pun!" Heidi ketawa nakal.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now