Sebulan kemudian...
Hari yang dinanti oleh semua ahli keluarga juga buat pasangan itu sendiri. Awal lagi mama Heidi iaitu Puan Sri Darwiyah melarang anaknya dari berjumpa bakal menantunya Leila Camilla. Budak sekarang kena ajar sikit bersabar..kalau tidak hari hari nak melekat saja.
Selepas pulang dari Sabah sebulan lepas, Heidi telah berjumpa dengan Pak Long Leila untuk memberitahu tentang perkahwinan mereka. Alangkah terkejutnya Pak Long, tidak sangka Leila berkahwin juga akhiranya walaupun kali kedua. Dia tahu Leila anak yang sangat baik dan bila melihatkan Heidi, hati tuanya lega. Sekurangnya, Leila tidak berseorangan dan sudah ada penjaga yang boleh menjaganya. Pak Long Leila sangat berbesar hati untuk mewalikan Leila kerana perkara ini juga dia tunggu selama beberapa tahun ini.
Leila juga telah melapor diri semula di tempat lama dia bekerja dahulu dan of course lah Kak Shira paling seronok menyambut kedatangan Leila semula. Siapa sangka kan, jauh membawa diri akhirnya pulang semula ke tempat asal dan yang berbeza nya sekarang bakal menjadi isteri sekali lagi.
Heidi memilih Hotel terkemuka yang terletak di Kuala Lumpur dan Majlis Pernikahan akan diadakan di sebelah pagi dan malam adalah Majlis Resepsi. Ikutkan Leila dia hanya mahu Majlis Pernikahan sahaja, tapi demi menghormati keluarga Heidi yang berpengaruh dan Heidi juga merupakan anak tunggal..Leila hanya menurut sahaja. Segalanya telah diuruskan oleh keluarga Heidi dan Leila hanya menyiapkan diri sahaja. Punyalah sayang Heidi kepada Leila..segala berkaitan tentang dirinya sehinggalah merapikan diri di Spa telah ditanggung oleh Heidi. Nak bini cantik, korbanlah sikit kan? Tak gitu? Hehe..
"Leila..cantiknya kau...sumpah, kalah anak dara weiii!" Dina teruja.
"Eeeeee..segan lah aku kau cakap macam tu..biasa aje Dina..kau pun kalau makeup, cantik juga" balas Leila.
"Takkk! Lain weiii..ni kalau Heidi tengok..hmmmm, aku rasakan...kau kena kurung! Confirm! Habislah kau Leila..." Dina sedang takutkan Leila ye..
"Kau kan...buat aku seram..aku ni janda tau..kau cakap macam ni, rasa macam anak dara pulak seramnya!"
"Janda pun..lama lama jadi macam anak dara weii...ni bukan sebarang janda..janda bergetah tahu tak?!" Dina ketawa lepas.
"Kau kannn?" Leila rasa nak cekik si Dina ni. Siap kau kahwin nanti..aku bahan kau ehhh! Haha..
"Mesti handsome gila kan laki kau tu?" Huhh! Kalau aku kan Leila...lepas nikah ni jugak aku terkam dia.."
"Kau tu memang gelojoh..pantang kan! Cuba jadi aku, tenang jee..relaks sudah..tak lari pun..esok esok boleh.." cehhhhh!
"Hmmm..okay..we'll see, Leila Camilla."
Beberapa minit kemudian, Syakir menelefon Dina untuk membawa Leila turun ke Hall Bentora iaitu Hall bagi Majlis Pernikahan pasangan itu.
"Ready Leila?" Aku dah dapat signal untuk bawa kau turun ni.
Leila hanya mengangguk. Dia nervous..walaupun bukan pertama kali..tapi hatinya berdebar betul.. "relaks Leila..free kan otak kejap..fokus untuk nikah ni.."gumam nya.
Sampai sahaja di Hall Bentora, sudah kedengaran suara emcee mengumumkan ketibaan pengantin perempuan. Heidi dan beberapa orang wakil serta Jurunikah sudah standby di tempat yang telah dikhaskan.
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...