Flashback 5 tahun lepas
Hubungan Heidi dan Leila semakin rapat. Ada juga yang gosipkan mereka bercinta tetapi hakikatnya mereka hanya berkawan. Mungkin terlalu awal untuk sampai ke tahap itu. Lagipun, Leila masih lagi ada rasa takut tambah pula Heidi tu terlalu sempurna. Bersusun yang menanti Heidi. Biarlah keadaan begini sekurangnya mereka berdua lebih mengenali antara satu sama lain.
Dina juga telah tahu segalanya mengenai Heidi. Awalnya dulu Dina ada sedikit ragu dengan Heidi tetapi selepas melihat Heidi depan mata..Dina bersetuju jika Heidi itu berjodoh dengan Leila. Melalui pandangan mata sahaja pun tahu bahawa Heidi sangat sukakan Leila. Cuma Leila? Leila banyak bermain dengan perasaan dan kisah silamnya. Dina tidak salahkan Leila. Mungkin kalau Dina ditempat Leila..dia juga akan lebih berhati hati. Bukan mudah nak percaya jika sudah dicurangi? Kan?
Syakir pula? Baik Dina mahupun Syakir mereka memang sudah tahu tentang Heidi. Bezanya, Dina dah berjumpa berhadapan dengan Heidi, tetapi Syakir belum. Syakir yang berada di Sabah sedang sibuk dengan urusan kerjanya. Ada masa dia akan pulang ke semenanjung berjumpa kedua sahabatnya itu. Tapi itulah, Syakir ni..tahu tahu muncul..lepas tu hilang dah sampai Sabah. Nak buat macam mana, single lama sangat kan? Fly je la sana sini. He he..
Selepas kejadian di gym dahulu..Leila selalu ditemani Heidi apabila dia ingin ke gym dan Heidi tidak mengenakan charge kepada Leila. Untunglah owner gym payung!
Heidi yang berada di gym lelaki manakala Leila di gym perempuan. Heidi akan menjemput Leila di rumah dan mereka ke tempat gym berdua. Begitulah rutinnya jika keduanya ada freetime. Heidi sering mengajak Leila keluar..kebiasaannya memang sampai depan pintulah Heidi menjemput dan menghantar. Beberapa minggu lalu, Leila ada meeting di ofis Heidi..kebetulan hujan turun dengan lebat dan Heidi telah menawarkan diri untuk menghantar Leila ke rumah. Kereta Leila? Tinggal di ofisnya sahaja. Keesokannya, Heidi menjemput Leila dan menghantar Leila ke pejabat Leila...dan kereta Leila yang berada di ofis Heidi..siapa lagi, kalau bukan Khair menjadi mangsa untuk hantar semula kereta buah hati tak rasmi bos nya itu ke pejabat Leila. Ha ha..nasib badan! Lepas tu Khair balik naik apa gais? Pandai la dia fikir sendiri..ha ha..
Sepanjang mengenali Heidi, Leila rasa dirinya ceria seperti dahulu. Kehadiran Heidi membuatkan dia lebih menyayangi dirinya sendiri. Orang kata, kalau nak sayangkan orang lain mestilah kena sayang diri sendiri dulu kan? Walaupun terkadang Hayy Heidi tu menyakitkan hati..tapi Leila suka.
"Rindunya nak ziarah kubur". Gumam Leila. Pagi Sabtu ni Leila agak free. Tidak lama kemudian Leila bersiap dan terus menziarah kubur keluarganya.
Sewaktu Leila di pertengahan jalan, Heidi terserempak dengan Leila yang sedang memandu. Dia tanpa berlengah, terus mengikut Leila daripada belakang. "Pergi mana aje lah Leila ni.."Heidi berdesis.
Melihat sahaja kereta Leila memasuki kawasan perkuburan, Heidi seakan faham. Heidi memarkir jauh sedikit daripada kereta Leila. Dia sengaja buat begitu kerana dia tahu Leila mesti perlukan privasi sendiri untuk menziarah keluarganya. Dia hanya memerhatikan sahaja dahulu.
"Assalammualaikum semua.." Leila memberi salam. Leila membentangkan tikar dan duduk sambil membacakan surah yassin. Selesai semuanya, Leila menyiram air ke kubur ahli keluarganya. Kubur papa nya juga hanya bersebelahan sahaja dengan mama dan keluarga abangnya. Dulu, mama selalu pesan..jadi apa apun..mama nak kubur sebelah papa juga. Rezeki mama.
"Maaf semua..Leila baru ada masa nak datang ziarah semua orang..Leila busy sangat sekarang..tapi, dalam solat Leila..tak pernah lupa doakan untuk semua."
"Alhamdulillah..Leila selesa dengan diri Leila sekarang..walaupun tiada siapa di sisi..Leila dapat harungi semuanya. Leila kena belajar redha kan?" Leila ketawa kecil.
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...