LC❤️HH 43

9.5K 239 87
                                    

Majlis Resepsi malam itu sangat meriah dengan diraikan oleh Anak Anak Yatim Eleanore. Leila meminta Heidi meyediakan ruangan bagi menjemput Anak Anak Yatim tersebut. Seronok Leila melihat mereka menikmati juadah makanan. Leila bersyukur kerana dikurniakan suami dan keluarga mertua yang sangat memahami dan menerima dia seadanya.

Para tetamu sangat ramai dan Leila sangat terharu kerana beberapa orang staffnya dari Sabah sudi meraikan Majlis perkahwinannya. Seperti yang Heidi janjikan, dia telah menyediakan penginapan bagi staff Leila yang datang daripada Sabah. Baik hati betul suaminya ini! Ni kena sayang lebih ni..hehe..

Awalnya Leila sangat gugup kerana ini merupakan pertama kalinya dia dalam Majlis yang dikelilingi dengan orang kenamaan. Kalau meeting itu biasalah. Tapi, kali ini berbeza kerana suami dan keluarga mertuanya juga orang yang sangat berpengaruh. Tambahan pula, Majlis Resepsi ini dibuat sekali harung dengan keluarga sebelah Leila dan pasti keluarga Dina menjadi wakil kepada Leila. Kenalan mama dan papa Dina juga bukanlah orang biasa. Sebab itulah Leila berasa agak gugup tetapi Heidi sangat menenangkan dia. Heidi tahu Liela tidak biasa dan pastilah dia akan membantu Leila untuk kekal bertenang.

Leila dan Heidi dipersembahkan oleh kumpulan Live band yang popular dan Heidi telah meminta mereka untuk menyanyikan lagu favourite dia iaitu dari Kumpulan Sixth Sense bertajuk Manisnya Cinta.

Heidi sangat menyukai lagu itu kerana lirik itu cukup menggambarkan perasaannya pada isterinya, Leila Camilla.

Cintamu ini sudah meracuniku
Seakan telah mengalir dalam darahku
Dan memaksa malamku terus memikirkanmu
Masuk dalam mimpi-mimpiku

Tapi prasangka telah mengganggu fikiran
Mengatakan hatimu sudah termiliki
Membuat jantungku berdetak perlahan
Dan seakan waktu ini terhenti

Aku takut
Aku salah
Tapi cinta
Prasangka 'ku salah padamu

'Ku salah tentangmu
Kaulah cinta
Semua cinta untukku
Tak ada semanis cintamu
Setulus hatimu
Hanya engkau

Leila yang mendengar bait lirik itu, sangat tersentuh dan air matanya menitis kerana rasa bersalahnya pada diri sendiri kerana meninggalkan Heidi dahulu. Sedangkan cinta lelaki ini sikitpun tak pernah berubah sehinggalah sekarang.

"Janganlah nangis, sayang..hari ni kan hari bahagia kita.." pujuk Heidi sambil mengesat air mata Leila.

"I love you, abang..terima kasih sebab tak pernah berhenti sayang dan cintakan Leila." Leila mengenggam erat tangan Heidi.

"I love you too, sayang..dah, jangan nangis..tak cantik nanti.." Heidi membalas genggaman isterinya.

"Malam ni.......layan abang boleh?" Kau pun Heidi..tak menyabor!

"Abang nak Leila layan macam mana?" Soal Leila sambil bermain mata dengan Heidi.

"Sayang nak abang request macam mana?" Soalan berbalas soalan.

"Abang nak yang boleh tidur atau tak tidur langsung?" Tudiaaaaaaaa.

"Ohhhh..nakal ehh isteri abang ni..." Heidi mencubit hidung Leila manja. Nasib tak ada orang dengar apa yang dibualkan mereka berdua. Tak menyempat!

Majlis seterusnya adalah santapan beradap dan kemudiannya beberapan ucapan daripada keluarga dan kenalan. Ada yang menyentuh hati terutama daripada Pak Long Leila dan keluarga angkat Leila, iaitu keluarga Dina. Sayu hati Leila tetapi Heidi tidak lepas dari mengenggam tangan Leila. Dia tahu isterinya sangat beremosi sekarang ini.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now