4 tahun kemudian..
"Papa!!!!!" Jerit Hayden dari luar bilik Heidi dan Leila. Heidi dan Leila yang baru sahaja ingin bermadu kasih, tersentak lalu membetulkan pakaian masing masing.
"Anak awak ni abang, memang suka terjah je eh? Nasib pintu tu ada security lock..kalau tidak, sempat dia nampak semua apa mama papa dia buat.." Leila menggeleng kepala mengenangkan anak kembar itu. Tu mesti bergaduh lah tu..gumamnya.
"Kita sambung nanti ek sayang..." Heidi mengenyitkan matanya.
Heidi membuka pintu dan melihat muka Hayden menahan marah.
"Kenapa ni Hayden?" Pujuk Heidi.
"Lisa tu papa....dia tak nak teman Hayden melukis ni papa.." Leila memerhati sahaja gelagat anak lakinya ini.
"Lisa???????" Panggil Leila pula.
"Yes maaaa..." sahutnya.
"Lisa sayang kenapa tak teman Hayden melukis?" Lembut sahaja tutur Leila.
"Maaa...Lisa tengok cartoon la mama..Lisa teman je Hayden lukis..Lisa cakap dekat Hayden, Hayden lukis ajelah..Lisa duduk sebelah Hayden." Jawabnya.
"Ye laa maaa..Lisa teman tapi bila Hayden tanya tanya, Lisa tak layan pun..Hayden cakap sorang sorang.." Hayden tak puas hati.
"Sebab tak layan Hayden cakap je la ni?" Heidi pula bertanya. Hayden mengangguk laju.
"Hayden, Lisa...sini papa nak cakap.." dua dua memandang papanya.
"Adik beradik tak boleh la gaduh macam ni..lagi, kembar..kembar ni macam magnet tau..main sama sama..tapi Hayden, kalau Lisa tak nak..jangan paksa Lisa..Lisa pun ada masa dia juga. Sama juga dengan Hayden..tapi, masa sekarang ni lah Hayden & Lisa ada time untuk main sama sama. Nanti, dah besar..semua buat hal masing masing.."
Hayden & Lisa saling berpandangan. Dua dua mengunjuk tangan untuk bersalam.
"Hayden minta maaf Lisa.." "Lisa pun nak minta maaf dekat Hayden.." mereka berpelukan sesama sendiri. Leila tersenyum dengan perangai anak kembarnya itu.
"Sini sayang mama.." Leila menundukkan badan agar sama tinggi dengan anaknya.
"Mama, papa ada Hayden & Lisa je..gaduh manja tu mama faham..tapi, jangan lama lama tau..siapa rasa salah, minta maaf je dulu..tak rugi pun kita minta maaf dulu..sebab memaafkan ni perbuatan mulia tau..." Leila mengelus pipi kedua anaknya.
Dua dua mengangguk faham. Harap faham lah..lagipun dah 4 tahun. "Cepat kiss mama papa sini.." Leila menunjukkan pipi dia dan Heidi. Mereka dengan cepat kiss keduanya. Manja!
"We love you mama papa.." serentak keduanya ucapkan ayat itu.
"We love you too, sayang...main elok elok..jangan gaduh tau..." pesan Leila.
"Okay mama cantik!" Balas kedua kembar itu.
"Ohh..mama je kee? Papa ni?" Heidi buat merajuk.
"Papaa...papa dah tua...tapi, papa pun encemmm!" Berlari terus dua beradik itu. Dituakan papa nya. Leila ketawa mendengar ayat itu. Berubah muka Heidi. Haha..
"Abang tua sangat ke sayang?" Heidi tak puas hati. Leila mendekat ke arah Heidi.
"Makin tua makin hot tau abang ni..seksi! Leila risau kena caras jee!" Leila memujuk.
"Siapa nak dekat abang ni sayang?" Balas Heidi.
"Abangg..lelaki, lagi tua lagi mengaummm tau..abang bukan tua sangat pun..baru nak masuk 41..abang tak perasan ke kalau kita keluar berdua..bukan main ramai perempuan pandang abang? Leila perhati je ehh semua tu..." Geram!
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...