Flashback 5 tahun lepas
Syarikat Heidi akan mengadakan 'Company trip' ke The Banjaran Hotsprings, Ipoh. Beberapa orang daripada setiap department akan mewakili untuk pergi ke trip tersebut termasuklah mereka yang berada di bawah agensi kerajaan. Leila telah dimaklumkan oleh Heidi bahawa dia perlu ikut serta dalam trip ini bersama Kak Shira. Leila hanya menurut sahaja disebabkan ini adalah sebahagian dari kerja juga. Baru sahaja ingin bersantai santai di hujung minggu..haa, sekali kena ikut trip pula. Heidi ni pun, pilih je la orang lain..kenapa mesti Leila? Gumamnya.
Mereka telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi aktiviti sepanjang berada di sana. Leila yang juga perlu hadir di ofis Heidi kerana mesyuarat ini. Dia mewakilkan Kak Shira sekali. Habis sahaja mesyuarat, Leila terus beransur keluar untuk pulang.
Leila sedang menunggu lif dan tiba tiba lengannya dilelar Heidi dan ditarik untuk menaiki lif VIP. Leila terkejut dan menahan rasa marah dengan tindakan Heidi. Kalau staff dia nampak macam mana? Isyhh! Rengus Leila.
"You kenapa tarik I ni?" Leila melepaskan tangan Heidi.
"Kenapa you nak balik cepat sangat?" Soal Heidi tak puas hati.
"Lah..kenapa? Salah ke I nak balik..dah la jauh dari ofis you ke rumah I..petang macam ni jem tahu tak?" Leila memandang Heidi tajam.
"Salah..."
"Sebab apa yang salah? Tak kan suka suka je kan? Hmm?"
"Sebab you....you tak tunggu I!" Heidi membalas. Kira logik la kot kan? Huh.
"You kenapa pelik sangat ni Heidi?" Leila kadang tak faham dengan Hayy Heidi ni.
"Next week I ambil you dekat rumah..kita pergi trip tu sama sama." Terluah juga apa yang patut Heidi cakap.
"Eh, I pergi dengan bas la macam tu. Kan berkumpul dekat ofis you..?"
"No! You pergi dengan I..yang lain pergi dengan bas. Ni arahan Leila..you bercakap dengan siapa sekarang ni?" Heidi bernada tegas.
"Satu benda yang I tak suka pasal you..you salah guna kuasa you untuk dapatkan apa you nak!" Leila bengang.
"You cakaplah apa you nak cakap pun..but kalau itu arahan I, tetap you kena ikut..faham?"
Leila dekatkan dirinya ke arah Heidi.. "Ada I kisah? I tetap akan pergi naik bas!" Bentak Leila.
Heidi senyum sinis. Jom usik sikit Leila ni..
"You lupa ke you dekat lif mana? I yang control lif ni..atau sebenarnya you memang suka I dekat macam ni dengan you?" Heidi merapatkan dirinya untuk mengepung Leila yang berdiri rapat di dinding lif."You dekat lagi I tekan button emergency ni!" Leila takut sebenarnya. Berdua pula dengan Heidi dalam lif VIP ni. Heidi ni bukan boleh jangka. Tersangatlah unpredictable.
"You boleh tekan kalau you nak..tapi, I tetap akan lagi dekat." Heidi betul betul memaksudkan.
"Ikut cakap I, Leila..pergi dengan I..kalau you nak naik bas jugak..I heret you keluar dari bas..biar semua orang nampak.." Heidi menjarakkan diri..dia risau kalau dirinya juga tiba tiba hilang kawalan..berdua pulak..haihh! Hot sangat Leila ni!
Leila memandang tajam ke mata Heidi. Geram! Semua nak kena ikut cakap dia..tahulah CEO..mana boleh ikut dan dia je nak arah orang..kalau alasan logik tak pe jugak..ni, arggghhhh! Leila marah tapi dalam hati je la. Nak bergaduh time sekarang ni..menempah!
Ting!
Bunyi sahaja lif, Leila terus keluar meninggalkan Heidi. Malas dia nak berlama dengan Heidi. Ikut suka dia sahaja nak mengatur orang. Heidi memandang Leila dari jauh. Dia tahu Leila marah..biarkan..itu je cara ajak Leila naik satu kereta dengan dia masa pergi trip itu nanti.
YOU ARE READING
Kembali Cinta (COMPLETE)
Romance❗️WARNING❗️ ❗️UMUR 18 TAHUN KE BAWAH ❌ DIGALAKKAN MEMBACA❗️ ❗️MATURE CONTENT❗️❗️18SX❗️ 5 tahun lepas penuh kenangan pahit yang dilalui. Kehilangan keluarga tercinta yang terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin bercuti telah menjadi tragedi nge...