Aisyah Aurora adalah seorang gadis yang beragama tinggi memandangkan umi dan abi nya seorang ustaz dan ustazah di sebuah pusat pengajian.Dengan didikan yang diberi oleh kedua orang tuanya berjaya membentuk diri aisyah menjadi seorang gadis muslimah yang sentiasa menjaga maruah dirinya.Abangnya pula bernama Aiman Rizki seorang usahawan yang berjaya,tidak sia sia juga dia membangunkan syarikatnya dengan titik peluhnya sendiri.Tidak lupa juga kepada pembakar semangatnya yang tidak bosan memberi kata kata semangat iaitu umi dan abi serta adik bongsunya aisyah.
Aiman yang baru sahaja menuruni tangga dari arah bilik terus mencari kelibat keberadaan adiknya.Tujuan ia mencari aisyah kerana ingin mengajak adiknya keluar,memandangkan dia terlalu busy hingga tiada masa bersama adik kesayangannya dengan itu dia cuba menghabiskan masa dengan aisyah pada hari ini.
"Aisyah!.." laungnya dengan kuat
Aisyah yang sedang menyiram pokok bunga di luar halaman rumah mula berkerut dahi mendengar abangnya menjerit memanggil namanya
"ye abang! aisyah dekat luar ni.." sahutnya sambil menutup pili air
Aiman mula melangkah mendekati adikya..Lihat saja baju dan tudung aisyah yang basah lencun itu membuatkan aiman menggelengkan kepalanya dengan sikap adik bongsunya
" kenapa abang tengok aisyah macam tu?" soal aisyah hairan sambil menilik badannya
Bukan apa takut jika baju dan tudung yang dia pakai ni tak kena dengan cita rasa aiman.Pernah hari tu sekali dia keluar pergi kedai,baju dan tudung yang dia pakai tu takde la singkat mana elok je labuh menutup punggung dan dadanya tapi dia tetap kena marah.
Kata aiman kalau boleh pakai baju yang loose sikit,nak taknak dia hanya menganggukkan kepala juga walaupun baju yang dia pakai dah cukup longgar
" kalau nak mandi jangan mandi dekat luar,tandas dalam rumah kan ada" perli aiman sambil bercekak pinggang
Aisyah mengerutkan dahinya. "mandi? sejak bila pula aku mandi dekat luar?" kata hatinya
" dah tak payah buat muka macam tu..pergi bersiap cepat abang nak bawa adik jalan jalan" arah aiman dengan senyuman di bibir melihat kepolosan adiknya
" abang tak masuk office dah ke?" soal aisyah pelik
Kebiasaan waktu waktu macam ni abangnya akan pergi ke office semula lepas siap lunch di rumah"tak..hari ni abang nak spend time dengan adik abang yang tercinta ni!" balas aiman sambil mengenyitkan matanya
" euuu! dah la.aisyah nak bersiap siap kejap"katanya sambil berlari memboloskan diri ke dalam rumah
" pakai baju tu yang elok sikit aisyah!!" laung aiman lagi
" ye abang! aisyah tahu itu yang abang nak cakap!! " sahutnya dengan lantang
Sudah masak dengan perangai abangnya yang satu ini setiap kali nak keluar aiman akan memesannya untuk berpakaian elok.
..
Sebuah kereta Nissan berwarna putih memecut laju di atas lebuh raya dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling.
Dengan cara itu saja dapat menghilangkan rasa stress pada dirinya,Sepanjang traffic light berwarna merah dia tempuh begitu saja.
Surat saman? dia sudah muak dengan segala surat yang sampai di rumah,baginya itu hanya perkara biasa.
" abang..tengok kereta putih tu..macam tu je dia langgar lampu isyarat..laju pula tu" kata aisyah sambil menunjuk ke arah kereta putih yang mula menjauh itu.
"biasalah aisyah..orang kaya bukannya kisah dengan surat surat saman macam tu,jenis tak sayang nyawa" balas aiman sambil fokus memandu
" Ni ha bila adik abang nak mula cari kerja?" soal aiman setelah lama mereka berdiam diri,kelibat aisyah di tepi dipandang sekilas
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Short StoryShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...