BAHAGIAN 32 : REJECT ?

174 6 0
                                    


  Elvin mengeluh kasar melihat dahlia dari tadi mula mengekorinya.Kalau tidak memikirkan ini adalah arahan dari king sudah pasti dia melarikan diri atau lebih tepat berambus dari tahfiz ustaz hanif sekarang jugak.Memandangkan anak buah adam yang menjaga tahfiz ada hal untuk diuruskan di markas dan adam meminta elvin untuk menjaga kediaman itu buat sementara bersama ben.

" dahlia ada buat air milo ais untuk elvin..kesian elvin kena berjemur tengah panas mesti haus kan? jadi dahlia buatkan air ni khas untuk elvin " ucap dahlia dengan senyuman lebar dibibir.Elvin hanya memandang kosong huluran dahlia.Kelibat ben dihujung sana dijeling sekilas.

" ben ! " laungnya kuat.Terkocoh kocoh ben berlari mendekati elvin yang berwajah bengis itu.

" asal " soal ben sepatah.Perempuan disebelah elvin dipandang hairan.

" kau haus tak " ben hanya mengangguk saja walau dirinya juga pelik dengan soalan elvin.Dahlia hanya diam memandang bingung ke arah dua jejaka dihadapanya.Gelas ditangan dahlia dirampas lembut lalu dengan selamba gelas itu diberikan pada ben.

" milo ais..Wah ! kau memang terbaik arh vin tahu tahu je aku tengah haus " elvin hanya senyum.Dahlia sudah terngaga mulut melihat milo aisnya licin diteguk oleh ben.

" si dahlia ni yang buat kau patut berterima kasih pada dia " ujar elvin lagi.Ben mula memandang ke arah dahlia dengan senyuman dibibir.

" terima kasih dahlia..pandai dahlia buat air..sedap.." kata ben dengan malu malunya.Elvin hanya menjeling menyampah setakat milo ais leesa boleh buat lah !

" err tapi..dahlia buatkan untuk elvin..bukan untuk abang ben "

PRANG !

Hancur hati ben mendengarkan kata kata itu senyuman hambar mula terukir dibibir.Gelas kosong ditanganya dipandang dengan cebikkan bibir.Ben mula memandang ke arah elvin dengan penuh wajah bersalah.

" kau tak payah buat muka macam tu ben.Lagipun aku dah bawak bekal." ujar elvin sambil menunjukkan satu botol kartun comel yang bewarna pink.

" air sirap..jap botol ni..macam pernah nampak.." balas ben sambil menilik botol kartun elvin

" leesa punya.Dia bekalkan aku air ni tadi.Kalau aku tak bawak skali kan merajuk pula " ben hanya ketawa kecil.Comel betul si leesa ni ! elvin pula hanya mengikut saja karenah leesa.

Dahlia menjulingkan matanya.Sikit sikit leesa ! budak takguna tu.Hati budak tu nak pulak jaga ! habistu hati aku ni? ada ke patut bagi si ben habiskan air tu.. buat penat je buat ! Ngomel dahlia didalam hati.Tangan disilangkan didada.Dengan langkah besar dahlia mula meninggalkan kedua lelaki tadi dan berjalan menuju ke kantin.Hatinya makin membara apabila elvin buatnya bagai tak wujud pula disitu.Lebih baik dia pergi makan daripada bazirkan tenaga dekat si elvin !

••

Aisyah bercekak pinggang sambil menatap tajam wajah anak sulungnya.Leesa masih lagi tidak berhenti menangis.Puas sudah aisyah memujuk anaknya malah leesa masih tetap menangis jadi dia hanya membiarkan saja anaknya menangis.Jam didinding menunjukkan pada pukul 5 petang dan adam akan pulang tidak akan lama lagi.

TING TONG !

Adam mengerut dahi mendengar suara nyaring anaknya hingga ke luar rumah.Dengan langkah tergesa gesa dia memasuki rumah untuk mencari anaknya.Lihat saja sang isteri sedang bercekak pinggang diruang tamu adam mengeluh lega.Wajah basah lencun anaknya dipandang hairan.

" hey..kenapa princess daddy nangis ni hm..? "

" leesa..nak..abang elvin..daddy..where him? I want him now..daddy.." rengek leesa sambil merangkul leher adam.Aisyah hanya mengeluh.Semakin hari semakin manja pula leesa dengan elvin.Tak boleh berpisah langsung !

The King Mafia | CWhere stories live. Discover now