Adam hanya memandang ke arah sang isteri yang sedang termenung itu.Kini kandungan aisyah sudah berginjak 5bulan.Macam macam ragam jugalah aisyah sepanjang dia mengandung ini tapi adam tidak lelah untuk melayan karenah aisyah.
Hidung aisyah dicuit.Punggungnya dilabuhkan dibirai katil.Aisyah sudah masam muka.Hidungnya yang sedikit basah itu dilap dengan kasar.
" eee hubby ni kan ! pergilah pakai baju tu dulu..tak malu ! " bahu adam ditolaknya.
Adam hanya tayang wajah selamba.Tubuhnya hanya dibalut dengan kain tuala saja.Dia baru sahaja selesai mandi.Badannya dibaringkan di atas katil.Tangannya naik menyilang untuk menampung kepalanya. Faham tak ? 😭
Aisyah mengecilkan matanya melihat sikap adam.Tangannya mula mencubit perut yang bersipack itu.
" Aww ! sakitlah ! " adam mengusap perutnya dengan cebikkan di bibir.
" padan muka " lidahnya di jelir.Adam hanya geleng kepala.Macam budak budak.
" kau fikir apa? " soal adam setelah lama mereka berdiam diri.
Aisyah mengeluh berat.
" aisyah rindu umi " adam tersenyum nipis.Dia sudah agak apa yang ada dalam kepala aisyah tika ini.
Adam bangun dan memeluk aisyah dari tepi.
" kau nak jumpa umi ? " Aisyah sudah tayang wajah bersinar.
" nak ! " jawabnya dengan teruja.Adam ketawa kecil.
" hubby tahu ke umi dekat mana? " kepalanya disandarkan di dada bidang adam
" aku ada upah orang untuk awasi umi.."
" lepastu umi macam mana sihat tak ? " adam hanya diam.Agak agak apa reaction aisyah kalau tengok keadaan puan maria sekarang?
" dah bangun..aku nak pakai baju " aisyah hanya muncungkan mulutnya.Soalannya pun adam tak jawab lagi.
Adam saja taknak bagitahu lagi pada aisyah soal umi.Nanti pandai pandailah dia pujuk isterinya itu.Tawarkan makanan je haa hilang terus merajuknya !
..
Amirul melangkah ke arah Tahfiz encik hanif dengan muka ketatnya dan diikuti oleh hidayah,amin dan fattah dibelakang.Dimana pada hari ini dia akan memaksa juga budak budak untuk balik ke tahfiznya.
Baru sahaja mereka hendak melangkah masuk ke dalam tahfiz itu ada beberapa orang berbadan besar menghalang mereka untuk masuk kedalam.Amirul sudah mengerut dahi.
Dah kenapa sampai ada bodyguard bagai ni?
" eh korang kenapa ni? kitaorang nak masuklah ! " kata amirul tidak puas hati.
Amin sudah menyorok dibelakang fattah.Takut katanya lagi lagi bila dia melihat lelaki berbadan besar itu memengang senapang.Hidayah hanya buat muka meluat.Tangannya naik mengibas wajah
diva !
" Korang tidak boleh masuk tanpa kebenaran king " kata Sulaiman.Anak buah adam.
" king? apa yang korang merepek ni?! siapa king? wei ! aku nak masuk nak jumpa dengan anak anak tahfiz aku lah " Sulaiman hanya tayang riak biasa melihat wajah berang amirul. Sikit pun tidak getar
Lihat saja bayang aiman dan farhan,amirul terus menjerit memanggil mereka.Aiman dan farhan yang sedang berborak itu memandang hairan ke arah amirul yang berwajah bengang.
" asal ? " soal aiman.
" siapa yang upah gajah ni untuk jaga pintu masuk? aku nak masuk nak jumpa anak anak tahfiz aku pun tak boleh ! kau suruh diaorang ketepi kitaorang nak masuk " ujar amirul dengan nada menahan marah
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Historia CortaShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...