Sudah seminggu adam menunggu panggilan dari seseorang,dia berharap sangat aisyah tidak menolak tawarannya kerana dia sangat terhutang budi pada gadis itu.
Melihat aisyah yang bertudung labuh dan menjaga aurat dan batasnya membuatkan adam begitu yakin bahawa aisyah terlahir dari sebuah keluarga yang berpegang pada agama dan membuat dirinya terasa kecil bila berada dekat dengan aisyah kerana dia juga terlahir dari keluarga yang beragama islam tetapi sikap dan caranya lebih kepada budaya barat.
Walau dia tahu perbuatan itu haram tapi dia tetap melakukannya.Puas dato hisyam dan datin haida menasihati anak tunggalnya tapi adam tetap juga tidak berubah.
"adam !!" jerkah farhan sambil menghentak tangannya di meja.Adam tersentak lalu memandang ke arah farhan dengan wajah bengang menahan marah.
" kau termenung apa? naik lenguh tangan aku ni haa ketuk pintu tunggu kau menyahut..itu yang aku masuk je terus" terang farhan sambil menjeling
" kau nak apa?" soal adam dengan malas
" eh tuan adam adrian..kau tak tengok jam ke? dah masuk waktu lunch takkan kau nak terperuk je dalam office ni" balas farhan sambil bercekak pinggang.Dah macam bapak marah anak.
"yela..jom" ajak adam sambil bangun dan membawa anak kunci keretanya di tangan.
Farhan Zikry adalah sahabat adam sejak kecil dan anak angkat kepada dato hisyam dan datin haida.
..
Aisyah termenung sambil menongkat dagu di meja halaman tepi rumahnya,iphone 12 miliknya dipandang sepi.
niatnya ingin menelefon adam untuk beritahu tentang keputusannya mengenai tawaran lelaki itu.
Aisyah terpaksa menolak tawaran adam demi menjaga perasaan puan maria.Kalau dengan itu dapat menjernihkan semula hubungannya dengan puan maria dia sanggup menolak walaupun itu adalah satu impiannya.
Sedih?
semestinya.. saat yang ditunggu tunggu olehnya untuk bekerja di sebuah office sebagai assistant manager musnah begitu sahaja.
Sedang asyik termenung tiba tiba iphone miliknya berdering tanda ada panggilan masuk, melihat nama yang tentera di skrin phone membuat aisyah cuak dan gelabah.
Dengan tangan terketar ketar dia cuba mengangkat panggilan itu dan melekapkan phonenya di telinga.
"tunggu kau call sampai aku berjanggut pun belum tentu kau nak call" perli si dia.
Aisyah terkebil kebil mendengar perlian itu.Mulutnya seakan terkunci untuk membalas kata kata yang adam berikan.
"errr..sa..saya..erm...."
" aku taknak dengar alasan,sekarang kau bagitahu aku..setuju atau tak?"potong adam dengan nada kerasnya.
Aisyah sudah berdebar ingin beritahu keputusannya takut jika menguris hati lelaki itu tapi hati uminya lagi penting buat ketika ini
"baiklah..pertama kali saya nak minta maaf..saya terpaksa menolak tawaran awak..umi saya tak setuju kalau saya kerja di company awak..jadi..saya terpaksa..maafkan saya.."
Terang aisyah sambil mengepam bibir menunggu balasan dari lelaki itu.Adam mengeluh kesal bukan jawapan ini yang ingin dia dengar dari mulut gadis itu.
Entah kenapa dia seakan kecewa dengan penolakan aisyah padahal ramai sahaja yang memohon untuk bekerja dengannya tapi hanya aisyah seorang sahaja yang dia mahukan.
Pelikkan?
" kau hantar alamat rumah kau sekarang,tak pun kau hantar location petang nanti aku sampai" kata adam sambil menutup panggilan dengan begitu sahaja tanpa sempat aisyah membalas.
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Short StoryShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...