Tengku mariam merasa gelisah kerana anak bongsunya arif sudah satu minggu tidak pulang ke rumah.Pernah dia cuba memujuk arif tapi usahanya hanya sia sia.Lihat saja bayang anak sulungnya terus dia berlari menghampiri amirul.
" am..jom teman mummy pergi balai "
" ha? balai..nak buat apa pulak mummy..lagi pun dah malam ni kan " balas amirul dengan wajah bosan
" am..adik dah seminggu tak balik rumah..am tak risau ke? dia adik am tau " amirul mengeluh kasar.
" dia balik ke tak balik ke ada am kisah ? dia dah besarlah mummy pandai pandai dialah nak hidup " Tengku mariam mengeleng kepala dengan sikap anak sulungnya.
" dah tepi am nak keluar " badan mummy nya di tolak kasar.Nasib baik tengku mariam sempat berpaut pada palang tangga.kalau tidak pasti tubuhnya sudah tersembam dilantai
Tengku mariam memandang sayu belakang badan amirul.Hendak dipanggil risau jika amirul mengamuk.Lagipun wajah amirul nampak sedikit tertekan.Dia mengeluh kesal.
Kalaulah dia bersikap adil pasti semua ini tidak berlaku kan ?
..
MARKAS ADAM ADRIAN
" king..menurut saya keberadaan puan aisyah sekarang berada disini " adam menyambut huluran raziq dengan wajah penuh harapan.
Skrin ipad itu di lihat dengan teliti.Sudah 4 hari mereka mencuba mencari aisyah namun masih lagi tidak dapat dikesan.
Adam mengerutkan dahinya.Dia seolah pernah lihat kawasan hutan tebal itu tapi dia terlupa di mana.
Dalam beberapa minit dia cuba memerah otak untuk mengembalikan ingatannya soal kawasan itu.tiba tiba peristiwa di mana aisyah hampir di rogol oleh amirul menerjah dikepalanya.
" shit ! " carutnya sambil menghentak meja.Terhinjut bahu raziq gara gara terkejut dengan tindakkan adam yang tiba tiba itu
" suruh yang lain bersiap sedia ! kita pergi sekarang juga " arah adam dengan nada tegasnya
" baik king ! " raziq menunduk hormat sambil berlalu keluar dari bilik adam.
" tunggu hubby sayang.." bisiknya di dalam hati
..
" kak aisyah..tina rindu kawan kawan..Tina rindu ustaz hanif..tina rindu abang aiman dan abang adam..tina nak balik.." rengeknya dengan cebikkan di bibir.
Aisyah mengusap lembut pipi tina.Wajahnya sayu memandang tina.Sungguhnya dia kasihan pada tina disebabkan dia tina terbabit sama dalam kes ni.
" sabar tau sayang..kak aisyah pun rindukan diaorang..nanti kak aisyah cuba pujuk abang arif..suruh dia lepaskan kita " parut di tepi kepala tina yang sudah kering itu diusap lembut.
" siapa nak lepaskan kau ? " senyuman aisyah mati.Dia menelan air liur yang terasa kesat tiba tiba gerun pula melihat wajah bengis arif.
Tina sudah pun memeluk tubuh aisyah.Lihat saja arif tentu dia akan menyorok atau memeluk aisyah.
" habistu sampai bila awak nak kurung kami? sudah empat hari arif..apalagi yang awak tak puas hati ni " soal aisyah dengan berani.
" eh kau lupa ke? kau dah jadi milik aku sampai bila bila.. kau memang tak akan dapat lari dari aku walau seinci pun "
" Kalau kau cuba nak larikan diri aku tak teragak agak nak seksa kau aisyah " kata arif lagi dengan pandangan tajamnya.Seolah kata kata yang disampaikan itu bukanlah main main .
Aisyah menunduk takut.Tipulah kalau dia takde niat nak larikan diri cuma dia tak berani saja kalau tak dah lama dia cuba.
" nah nasi kau.Jangan lupa makan.bagi budak tu makan sekali..sejahat jahat aku..aku takkan biarkan orang yang aku sayang kebulur " aisyah menyambut huluran itu dengan senyuman nipis.
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Storie breviShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...