Liya berjalan dengan sedikit takut tambah pula sekarang sudah lewat malam.Dia baru saja selesaikan hukuman dari kak bedah.
Bayangkan gerai makan yang besar gedabak itu hanya dia sorang saja yang harus bersihkan sampailah kak bedah puas hati.Tulang tangan dan kakinya terasa bagai nak tercabut saja dengan sikap cerewet kak bedah.
Beng sandangnya di peluk erat.Hanya tinggal beberapa langkah lagi sebelum sampai ke rumah sewanya.Sekujur tubuh yang terbaring dipinggir jalan itu dipandang hairan.
Automatik kakinya berhenti dari terus berjalan.Liya beranikan diri mendekati tubuh yang kaku itu.
Dia menghendap lebih dekat untuk melihat gerangan tersebut.dengan tiada lampu disekitar itu lagi sukar untuk dia mengencam wajah orang itu tapi dari segi pakaian macam pernah di lihat.
" makcik " bahu wanita separuh abad itu di sentuh.
Puan Maria mencelikkan matanya.Bersusah payah dia hendak bangun itupun liya yang membantunya.
" kenapa makcik tidur dekat sini " soal liya dengan wajah sayunya
" makcik takde tempat nak tidur,Tempat biasa makcik tidur sbelum ni bukan dekat sini tapi makcik kena halau sebab tu makcik tidur kat sini pula " terang puan maria.
Liya mengeluh kecil.
" jom ikut liya balik " puan maria tergamam
" balik? takpe nak.. makcik selesa tidur sini " bantah puan maria dengan senyum nipisnya.
" tapi makcik dekat sini kotor..tempat pembuangan sampah..liya taknak nanti makcik sakit pula " pujuk gadis itu dengan harapan puan maria termakan dengan kata katanya.
" makcik taknak susahkan kamu nak .." air mata di pipi disapu.
" tak..makcik tak susahkan saya malah saya dengan seikhlas hati nak menolong makcik..lagipun dekat rumah liya tinggal sorang sorang..kalau ada makcik boleh lah teman liya kan " tangan puan maria digenggam.
Sungguh dia sayangkan puan maria walau mereka baru kenal tapi bila dia pandang wajah puan maria dia seakan teringat akan arwah emaknya yang sudah lama meninggal sewaktu dia kecil.
" dah jom ikut liya..Rumah liya tak jauh dah ni makcik.." liya membantu puan maria untuk bangun.Dengan langkah perlahan dia memapah tubuh separuh abad itu.
" hello king..Ada seorang gadis memapah puan maria dan ingin membawa puan maria pulang ke rumahnya." Raziq tekun mendengar arahan dari ketuanya.
" Baik king ! " talian diputuskan.Dia mula mengekori liya dan puan maria hingga mereka sampai dirumah.
..
Aisyah tekun memilih kek tanpa sedar ada seseorang sedang memerhatinya dari jauh.Selesai saja membuat bayaran kakinya laju melangkah keluar dari cafe itu.
Tiba tiba tangannya direntap kasar dari arah belakang.Aisyah hanya mengekori saja langkah seorang lelaki yang berbaju hoodie itu.Dia tidak nampak dengan jelas siapakah gerangan yang menariknya kerana muka lelaki itu terselindung dengan topi hoodienya.
Tubuh aisyah di hempas hingga menyebabkan dia merintih sakit gara gara belakang badannya terhentak dengan dinding.
" kau nak apa ha ?! " jerit aisyah dengan muka merahnya menahan marah.Pergelangan tangannya yang pedih itu di usap lembut.
lelaki itu tersenyum sinis.
Topi hoodie ditariknya.aisyah tergamam melihat raut wajah itu.Serta merta badannya mengigil takut.Peristiwa dimana dia hampir dirogol itu mula menerjah di fikirannya.
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Historia CortaShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...