BAHAGIAN 30 : WASIAT !

159 6 0
                                    

Tengku Mariam mula tersedar dari pengsannya setelah ia mendengar derapan kaki seseorang yang mula melangkah ke arahnya.Tapi yang dia nampak sekarang ni hanyalah ruangan yang gelap ! tangan kakinya pula diikat mulutnya pula disumbat dengan kain.

" Emmph ! emm.." Tengku zarul tersenyum sinis melihat tubuh itu mula memberontak.

" Shuh ! " kaki kerusi itu disepak berkali kali.Tengku mariam mula berhenti memberontak.Nafasnya mula tercungap cungap.

" Aaargh! Emmph ! " tengku zarul menjulingkan matanya melihat tengku mariam kembali memberontak seperti tadi.Dengan kasar dia mencabut kain yang menutup mata tengku mariam itu.

Tengku mariam tergamam melihat wajah didepannya tika ini.Tengku Zarul hanya tersenyum melihat riak wajah adik iparnya.

" hai.." sapanya dengan nada ceria.Tengku mariam hanya mengerutkan dahinya.

Tengku zarul mengeluh kecil.Kain yang tersumbat dalam mulut tengku mariam dicabut kasar.

" kau nak apa dari aku ? " soal tengku mariam.

" well..macam yang kau tahu.." tengku mariam hanya geleng kepala.

" aku takkan serahkan satu sen pun pada kau tentang wasiat tu zarul ! " tengku zarul hanya ketawa kecil.

" Siapa mintak kau serahkan? aku cuma nak tahu semua maklumat borang wasiat tu je dekat mana.That easy right? " Tengku mariam hanya diam.

" lagi pun anak kau semua dah mampuskan? apa kata kalau kau serahkan saja wasiat tu pada aku.Dan aku juga yakin arwah tengku zaim pasti setuju dengan candangan aku kan mariam? " tengku mariam hanya gelak sinis.

" aku takkan serahkan pada sesiapa pun wasiat tu even anak aku dah mati sekalipun ! wasiat tu juga dah jadi hak aku zarul ! kau tiada hak untuk masuk campur dalam urusan ni " matanya tajam menikam wajah selamba abang iparnya.

" ouh yeah? wait..Masuk ! " Amirul mula melangkah perlahan mendekati paklongnya.Sikit pun wajah tengku mariam tidak dipandangnya.

Tengku mariam sudah terkesima.Dia seakan tidak percaya anaknya yang mati tiba tiba ada didepan matanya.

" Am..amirul.." bibirnya mula bergetar.Air matanya laju saja mengalir membasahi pipi.Entah perasaan gembira atau sedih  yang dia rasakan ketika ini.Ibu mana yang tak gembira tengok anak yang dirinduinya bertahun tahun akhirnya ada didepan mata?

" Mariam..Mariam..sekarang aku rasa sudah tiba masanya kau bagitahu aku tentang keberadaan wasiat tu.Lagipun anak sulung kau sekarang dah ada depan mata.Kau masih tak percayakan aku? " Tengku mariam hanya diam.Tidak lepas matanya memandang raut wajah bengis anaknya.

" ke..kenapa buat mummy macam ni am? " amirul mengeluh kasar.

" sampai hati am tipu mummy.Mummy macam orang gila bila dapat tahu am tinggalkan mummy selamanya.apa salah mummy pada kamu am? kamu tak kesiankan mummy ke nak ...? " ruangan yang sunyi itu mula bising dengan tangisan tengku mariam.

" tak payah nak buat drama lah ! am cuma nak tahu dekat mana mummy sorokkan wasiat tu." tengku mariam geleng kepala.

" mummy takkan serahkan.Am dah tipu mummy ! am perbodohkan mummy ! Disebabkan jantan tak guna ni am sanggup buat mak kandung am macam ni ! " jerit tengku mariam dengan muka bengangnya.

Amirul hanya ketawa kecil.

" sudahlah .. tak payah nak bazirkan tenaga..lagipun mummy sendiri yang nak serahkan wasiat tu pada amirul.Tapi cuma bezanya hanya amirul kena kahwin kan? tapi am dah fikir masak masaklah mummy..Am nak jugak wasiat tu sekarang ! tak kesahlah am kahwin ke tak ke janji wasiat tu am nak ! " tengku zarul hanya tersenyum sinis melihat perbalahan dua beranak itu.

The King Mafia | CWhere stories live. Discover now