BAHAGIAN 6 : DERA

668 10 5
                                    

Aisyah hanya mengikut arahan suaminya.Sikit pun dia tidak lepas dari terus memeluk lengan sasa adam.Tangannya pula kuat mengenggam tangan kasar adam.

Amirul yang melihat adegan itu mula menjeling tajam.

Dia juga terkejut dengan kedatangan encik hanif dengan tiba tiba ke sini.Nasiblah dia baru sahaja selesai melakukan " kerja" yang hangat tadi.

" assalamualaikum.Maaf kalau kami ganggu.Kami datang sini sebab nak sedekahkan makanan dan barang keperluan kepada anak anak tahfiz" kata encik hanif.

Walau amirul pernah buat perkara buruk pada aisyah tapi encik hanif masih lagi beradab kepada amirul.Bukannya encik hanif tidak ambik kisah tentang kejadian haritu.Kalau ikutkan hatinya ingin saja melaporkan pada pihak polis tetapi awal awal lagi aisyah sudah menghalang.

" Waalaikumussalam..ustaz hanif Jemputlah masuk nanti saya panggil pembantu untuk tolong angkat barang barang " jawab amirul dengan senyuman manisnya

sikit pun dia tidak rasa bersalah kepada orang tua itu terhadap sikapnya kepada aisyah.

" niat kitaorang nak datang sini sebab nak agihkan barang barang ni saja.Dan lepastu kitaorang nak balik pula " Jawab aiman dengan muka ketatnya.

Amirul tersenyum kelat.

" Amin ! fattah ! tolong angkat barang barang ni cepat " jerit amirul pada kedua orang pembantunya.

" eh ustaz hanif..Baru sampai ke? maaf hidayah tak sedar pula ustaz datang.Abang aiman pun ada " tegur seorang gadis bertudung labuh itu.

Encik hanif hanya tersenyum segaris.Aiman pula hanya buat buat tak tahu dengan kuwujudan gadis itu.

" Baru je sampai.Kami datang sini sebab nak hantar barang ni saja" jawab encik hanif

" ouh..ustazah maria tak datang ke? " soal hidayah dengan wajah hairannya.

" tak..ada hal katanya" jawab encik hanif lagi.

" eh ini siapa pula? suami aisyah ke? " soal hidayah dengan wajah tak percaya.

Handsome betulah laki orang ni !

Aisyah hanya senyum nipis.Sebenarnya dia tidaklah terlalu rapat sangat dengan hidayah ni.Dan setahunya hidayah ni susah nak tegur orang entah mimpi apa harini tiba tiba gadis didepanya ini tegur pula.

banyak cakap pulak tu !

" adam adrian,menantu saya" jawab encik hanif.

Dia lebih suka bahasakan dirinya "saya" apabila bercakap dengan orang luar kalau dengan anak anak tahfiz barulah dia bahasakan dirinya ustaz.

" ouh handsome.Pandai aisyah pilih " kata hidayah tanpa tapisnya.

"Kalau tak dapat abang,Suami adik dia pun jadi " bisik hati hidayah

Aisyah hanya senyum saja.Adam dan aiman pula hanya diam.

Hidayah pandang ke arah amirul sekilas jelas sekali wajah amirul mula tegang.Dia pasti amirul marah bila dia memuji aisyah tadi

Haih itulah lambat sangat bertindak ! kata hidayah di dalam hati.

..

" kenapa menangis ni? tak reti nak diam ke? " marah hidayah dengan muka bengisnya.

" maaf kak hidayah.Tadi alif tengah mop lantai lepastu izzat berlari dekat sini lepastu dia jatuh sebab tu dia nangis" cerita budak yang berumur tujuh tahun itu.

Hidayah hanya menjulingkan matanya.

" aku tak kisah dia jatuh ke apa ke yang penting aku nak dia diam.Faham ?! " jerkah hidayah.

The King Mafia | CWhere stories live. Discover now