Aiman memandang pelik ke arah adiknya yang sedang mundar mandir di hadapan pintu biliknya.Dengan langkah yang perlahan bayangan aisyah di dekati
" dah kenapa gelisah lain macam je abang tengok?" sergah aiman dari arah belakang
" opocot mak kau!!" latah aisyah sambil mengurut dadanya.Melihat aiman yang sakan mengelakkannya itu di jeling tajam.
"alololo..sorry sorry..adik nak apa sebenarnya ni?" soal aiman sambil mengusap kepala adiknya yang bertudung itu
"erm..kalau adik nak pinjam kereta abang yang satu lagi tu boleh tak?" soalnya sambil mengedipkan kedua belah matanya
" adik nak pergi mana? dengan siapa? lelaki ke perempuan?" soal aiman bertubi tubi
Inilah salah satu sebabnya dia tak nak berterus terang tentang "dompet" itu kepada abangnya" pergi kafe dengan hannah" jawab aisyah dengan muka bosannya
"sorry hannah aku dah libatkan kau dalam masalah ni " katanya di dalam hati
"alah abang..please daripada abang biarkan kereta tu lama lama dalam garaj lebih baik bagi aisyah bawa" katanya lagi sambil membuat muka sedih.Lagi Sedih bila aiman buat buat tak dengar dengan kata katanya
" takde takde !! nanti abang balik meeting biar abang yang hantar aisyah dan hannah ke kafe tu" kata aiman dengan muka ketatnya sambil menyilangkan tangan di dada
Aisyah sudah muncung sedepa tanda merajuk dengan abangnya yang tidak membenarkannya keluar berdua dengan hannah
"tak payah nak muncung macam mulut itik" perli aiman sambil mengepit mulut aisyah
" auch !! apa abang ni.." rungutnya sambil menjeling tajam
" ingat kali ni saja abang benarkan aisyah keluar lepas ni nak pergi mana mana abang sendiri yang akan bawa aisyah" kata aiman dengan nada serius
bukannya selalu dia beri kan kebebasan pada aisyah lagi pula dia tahu pasti aisyah bosan asyik terperuk je dalam rumah sorang sorang.Umi dan abinya pula sibuk mengajar pelajar tahfiz manakala dia pula sibuk dengan urusan di office.
" Yess !! thank you abang ku !" balas aisyah sambil mencium pipi abangnya dan berlalu ke dalam bilik untuk bersiap
Aiman hanya mengelengkan kepala melihat sikap kebudak budakan pada diri aisyah.
..
"ini kali terakhir tau aku terlibat dalam masalah kau" kata hannah sambil menjeling ke arah aisyah yang sedang fokus memandu itu
" hannah kau kena faham..masa tu aku darurat.." balas aisyah dengan sengihan di bibir
" hek eleh,ada ada je kau ni.. mamat tu dah sampai belum?" soal hannah
" mamat? sesedap adabi je kau mamat mamat kan orang.. nama dia adam adrian..member punya nama dah sedap mamat kau panggil" bebel aisyah sambil menjeling hannah di tepinya sekilas
" lah yang kau koyak kenapa?!! dah tangkap cintan ke dengan mamat tu?" soal hannah dengan mata membulat
" Ish kau ni ! takdelah tangkap cintan apa,belum apa apa aku dah kena sebat dengan abang aiman tambah pula dengan umi abi aku..mati la aku hannah" kata aisyah dengan wajah takutnya
Hannah hanya tergelak melihat mimik wajah aisyah yang takut itu,dia faham aisyah ini terlahir dari sebuah keluarga yang berpegang pada agama sebab itu aisyah orangnya baik,bertudung labuh,jaga aurat dengan sempurna,sopan santun dan tidak pernah bergaul dengan lelaki yang sembarangan.
Kadangkala dia cemburu dengan aisyah yang mempunyai keluarga yang menyayanginya dan menjaga aisyah dengan penuh kasih sayang.Berbeza pula dengan dirinya seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di panti asuhan dari kecil lagi.
YOU ARE READING
The King Mafia | C
Historia CortaShort Story ❗️ *BOOK ONE * Cerita ini seratus peratus menggunakan idea kepala otak saya.Dan jika ada TERsama apa apa didalam cerita ini maafkan saya kerana saya tiada niat untuk meniru atau plagiat mana mana story dan itu mungkin hanyalah satu kebet...