BAHAGIAN 34 : CULIK.

197 5 0
                                    


Elvin hanya memerhati gadis kecil itu yang sedang seronok bermain di playground park bersama tina.Setakat ini tina lah satu satunya sahabat baik leesa walau hanya berbeza 5 tahun tapi itu bukan satu halangan untuk tina berkawan dengan leesa.

" tina..." tina mula berpaling ke arah leesa yang mula berwajah masam itu.

" why? " soal tina sambil menghampiri leesa yang sedang duduk di atas buaian itu.Buaian kosong ditepi leesa dia duduki sambil memandang bingung ke arah leesa.

" nanti abang elvin nak singgah tahfiz kan? " tina hanya angguk kepala dengan wajah berkerut

" iye sebab nak hantar tina baliklah...kenapa? " soal tina lagi.

" erm..leesa tak suka ! " tangannya mula memeluk tubuh.Makin berkerut wajah itu melihat leesa memprotes dengan tiba tiba.

" kenapa tak suka? leesa dah taknak kawan dengan budak budak tahfiz ke? " leesa geleng kepala.

" habistu ? " leesa mengeluh kecil.

" leesa tak suka akak dahlia...Tahu tak? "

" tak tahu " jawab tina polos.

" ish tina ! sabarlah sini leesa kasi tahu...tapi tina rahsiakan tau jangan bagitahu orang lain " tina hanya mengangguk kepala.Leesa mula membisik ditelinga tina tentang kejadian di mana dahlia confess dekat elvin dan juga ajakkan kahwin dahlia.Elvin dari jauh hanya geleng kepala melihat tingkah laku gadis gadis kecil itu.Tak padan dengan umur tapi perangai macam orang dewasa !

••

" abang arman ! " jerit leesa dan tina sambil berlari menghampiri tubuh tegap arman.Arman hanya tersengih.Elvin melemparkan senyuman tipis ke arah arman.

" jemputlah masuk dulu vin..ustaz dengan ustazah ada dekat dewan makan..nak jumpa diaorang ke ? " elvin hanya geleng kepala.

" abang elvin cuma hantar tina balik je.." sapuk tina.

" ouh kalau macam tu tina pergila dewan makan..semua dah ada dekat sana " tina hanya angguk kepala.Elvin yang perasan dengan pandangan redup leesa mula tersenyum.

" pergilah..abang elvin tunggu sini " ucap elvin lalu mengusap lembut kepala leesa.Laju saja dua gadis itu berlari ke arah dewan makan.

" eh jomlah vin..alang alang tu marilah makan sama sama dengan kitaorang " ajak arman sambil menarik pergelangan tangan elvin.Arman tahu jika dia tidak memaksa jangan harap elvin akan mengikutinya.Elvin hanya pasrah !

••

Dahlia mula menukar baju t shirtnya kepada baju kurung dan tidak lupa jugak dengan tudung bawalnya.Setelah nampak saja bayang elvin si jejaka pujaannya di dewan makan tadi,Terus dia naik ke dorm untuk menukar pakaian.Mata mata yang memandang ke arahnya dihiraukan yang penting dia nak jumpa elvin.Kalau bukan kerana arahan ustaz hanif tadi tentu sudah dia berlari berjumpa dengan elvin terus tadi.

" dahlia..awak tak mandi ke? " soal rakan sebiliknya.Dahi aliya mula berkerut melihat si dahlia yang kelam kabut memakai tudung.

" kau jangan sibuk hal aku boleh tak? suka hati aku lah nak mandi ke taknak ! " aliya hanya mengeleng kepala lalu berlalu pergi ke bilik air.Sudah masak dengan perangai sombong dan angkuh si dahlia.Semua orang tahu dahlia memang tak sebulu dengan mereka semua!

" menyibuk je kerja,hmph ! " bisiknya lalu menatap tajam pemergian rakan sebiliknya.


••

" haih vin..termenung jauh nampak.." sapa encik hanif dengan sengihan dibibir.Elvin hanya tersenyum nipis sambil mengusap belakang tengkuknya.

" mana si leesa ? tak sudah lagi ke makannya? " soal encik hanif sambil mencari kelibat cucunya." ada dekat taman sana..katanya tak puas lagi bermain.." jawab elvin.Encik hanif hanya geleng kepala.

The King Mafia | CWhere stories live. Discover now