1

18.1K 330 6
                                    

"Kenapa, ibu?" Soal Aira dengan mata yang sedang berair.

"Heh! Tak payah tanya lah!" Bentak datin Milla dengan nada yang tinggi. Pantas dia menarik tangan anak sulungnya dan naik ke bilik, meninggalkan Aira seorang diri di ruang tamu.

Aira tergamam seketika dan air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.

Hiks! Hiks!

Menangis Aira dengan perlahan. Mak Lin hanya mampu melihat dari jauh dan turut bersedih dengan apa yang dilalui oleh Aira

"Sungguh berat dugaan mu, Aira."

Bisik Mak Lin seorang diri dan pergi dari situ.

Setelah lama Aira menangis, Aira cuba untuk meredakan kesedihannya. Tangan belakangnya disapu sambil berkata,

"Seorang aje. Aku mohon.. Seorang aje. Tolong keluarkan aku dari neraka yang terbentuk di rumah ini..." Mohon Aira dengan nada yang perlahan sambil air mata menurun seperti hujan.

"18 tahun. 18 tahun aku hidup dalam dunia ni.. Dan ini pertama kalinya aku doa macam ni. Takpe ke?" Soal Aira seorang diri apabila dirinya sudah sedikit tenang.

"Okey aje kut?" Ujar Aira sedikit tidak begitu yakin dengan doanya.

"Ka-kau okey?" Soal Ira, kakak kandungnya.

Aira terkejut. Tiba - tiba aje ada yang menyapanya dari belakang. Aira berpaling dan merenung tajam kearah Ira.

"Kau nak apa lagi, huh?" Soal Aira dengan nada yang sedikit menakutkan sambil merenung tajam kearah Ira.

"Ak- aku risau fasal kau aje.. Kau ok-okey ke?" Ujar Ira dengan sedikit tergagap.

Aira ketawa kecil dan tersenyum sinis ke arah Ira.

"Huh? Aku rasa kau dah boleh masuk Maharaja Lawak Mega lah Ira." Sindir Aira sambil merenung tajam ke arahnya.

"Apa pula? Wajar lah kan kalau aku risau fasal adik aku sendiri?" Soal Ira dengan sedikit keberanian.

"Adik? Ouhh. Baru sekarang kau mengaku aku ni adik kau? Ke... Kau rasa bersalah sebab fitnah aku?" Soal Aira.

Ira tergamam seketika.

"Ma-mana ada aku fitnah kau. Itu memamg kau pun kan?" Balas Ira. Acuh tak acuh.

"Ehh, semua orang tau la itu bukan aku. Cuma kau aje yang buta!" Marah Aira dengan nada yang tinggi.

"Ibu pun cakap macam tu! Takkan aku aje yang salah!?" Soal Ira tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya.

"Kalau kau tak bagitahu ibu benda yang tak betul, benda ni takkan jadi lah Ira!" Ujar Aira dengan suara yang semakin tinggi.

"Apa lagi huh!?" Soal datin Milla yang baru sahaja mendengar suara kedua anaknya sedang bergaduh.

"Ibu..." Ujar Ira dengan cara yang sedikit takut. Pantas Ira berlari mendapatkan datin Milla dan menangis. Aira hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ai- Aira marah Ira, ibu..." Ira menafikannya kerana dia tau, sebesar apa pun kebohongannya ibunya akan tetap percayakannya.

"Tipu. Bila masa aku marah kau huh!?" Soal Aira. Tidak puas hati dengan kakak sewelnya itu.

"Tadi.." Ujar Ira masih menafikannya dengan air mata lakonan.

"SUDAH! CUKUP!" Menjerit datin Milla kepada dua orang itu.

Ira dan Aira terdiam.

"Aira. Berapa kali ibu nak cakap? Jangan menipu! Kenapa kau tetap nak tipu? Tak penat ke menipu orang? Huh!?" Datin Milla memarahi Aira dan Ira sudah tentu tersenyum menang.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now