"AWAK!" Jerit Aira. Tapi Ariff tetap meneruskan perjalanannya, suara Aira baginya hanya seperti angin berlalu.
Aira memerhati Ariff yang sudah jauh dihadapannya dan mula berhenti berjalan. Ariff tahu kalau pergerakkannya tidak diikut tapi tetap berjalan.
Aira duduk bersila diatas jalan tar. Ariff berhenti berjalan dan memusingkan tubuhnya kearah Aira. Pinggang dicekak.
"Haih, kau nak apa lagi?" Soal Ariff.
"Saya tak nak balik rumah ibu saya." Kata Aira dan tangan naik memeluk tubuh.
"Kenapa?" Soal Ariff lagi. Aira hanya mendiam.
"Ya Allah..." Kata Ariff perlahan dan tangan naik meraut wajah.
Ariff mengatur langkahnya mendekati Aira dan duduk bertinggung.
"Kau nak apa?" Soal Ariff.
"Nak tidur." Balas Aira dua patah sambil menatap wajah Ariff.
"Lepastu? Nak tidur atas jalan?" Soal Ariff lagi. Aira hanya menggeleng.
"Dah tu? Kenapa kau tak nak balik rumah?" Soal Ariff perlahan.
"Saya tak suka duduk rumah tu." Balas Aira sayu sahaja.
"Kalau kau tak nak balik, kau nak duduk mana?" Soal Ariff, pening kepalanya dengan kerenah perempuan ni.
"Mana saya tau." Balas Aira selamba.
"Haih, kau ni.. tak sihat ni." Sindir Ariff.
"Sikit." Balas Aira. Lepas satu-satu. Haih..
"Kenapa tak suka rumah? Tak suka ibu ke?" Soal Ariff lembut. Aira pula hanya menggeleng.
"Orang tak suka rumah, bukan ibu." Balas Aira dengan kepala tertunduk.
"Kau nak lari rumah?" Soal Ariff. Aira pula mengangguk. Ariff terdiam seketika.
"Ikut aku balik rumah." Kata Ariff dan berdiri ingin berjalan.
"Ish, tak nak lah." Balas Aira.
"Rumah mummy aku." Ujar Ariff sedikit betulkan ayatnya.
"Lagi tak nak." Balas Aira.
"Habis? Semua tak nak, kau nak apa?" Soal Ariff, tidak faham dia dengan perempuan ni.
"Saya... Lapar.. nak makan.." Balas Aira sambil tangan memegang perut yang kosong.
"Pulak.." Ariff mula meraut wajah.
"Kalau kau ikut aku, kau dapat makan free.." Ujar Ariff lagi. Laju sahaja Aira bangun berdiri ingin mengikutinya. Ariff tersenyum.
"Macam ni rupanya nak pujuk perempuan."
Kata Ariff didalam hati sambil tersenyum nipis.
☜ ☞
"Dah kenyang?" Soal Ariff. Aira mengangguk laju. Satu senyuman dilontarkan kepada Ariff.
"Nak balik rumah mummy aku tak?" Soal Ariff lagi.
"Awak ni kenapa? Saya kata tak nak kan?" Balas Aira sambil memandang Ariff atas bawah.
"Ish aku lah minah ni." Kata Ariff jelas dengan riak tidak puas hati.
"Kau cuba buka sikit minda kau tu. Kau tak nak balik rumah mak kau, mak aku kau tak nak, sekarang kau nak tidur mana?" Soal Ariff tegas.
"Sa-saya tak nak menyusahkan mak awak.." Kata Aira perlahan.
"Menyusahkan apanya? Tak pergi lagi." Balas Ariff pula. Aira hanya mendiam.
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)
FantasyApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...