57

4.3K 158 12
                                    

       ARIFF dikejutkan dengan berita dari pihak hospital. Kini dia bergegas menuju ke hospital.

Beberapa jam yang lalu, dia pulang kerumah kerana dipaksa mummynya, kini giliran Afaf pula yang menjaga si gadis.

Namun, setelah beberapa jam dia tidak berada di pangkuan isterinya, pihak hospital malah memberi satu berita untuknya.

Kereta diparkir usai sampai di halaman hospital. Dia terus bergegas lari ke lift, tapi ramai.

Tanpa melengahkan masa, Ariff berlari menaiki tangga dari tingkat satu sehingga tingkat enam.

Dia terus menerpa masuk ke dalam bilik peribadi tersebut usai sampai.

Dia mengeluh nafas lalu mata berair.

"Sayang.." ujarnya dengan dada turun naik kepenatan. Dia terus berlari lalu memeluk figura tersebut.

Tangisannya dilepaskan dibahu figura tersebut.

"Kau ni! Tidur lama-lama buat apa? Penat aku tunggu.." katanya lagi lalu mencium pipi gadis itu. Gadis itu tersenyum kecil.

Ariff memeluknya sekuat hati. Melepaskan pelukan rindu setelah beberapa hari tidak memeluk.

"Saya minta maaf.." ujar Aira. Ariff memeluknya lagi lalu menangis perlahan.

"Jangan lah nangis.. saya tak pergi pun." Kata Aira lembut lalu mengusap  kepala jejaka tersebut.

"Aku rindu kau.. aku takut kau tinggalkan aku, sayang.." katanya. Aira meleraikan pelukan tersebut lalu mengusap air mata yang mengalir dipipi jejaka tersebut menggunakan ibu jarinya.

"Saya takkan tinggalkan awak.. kita dah janji kan?" Katanya. Ariff tersenyum mendengar ujaran gadis tersebut lalu menarik tangan Aira dan menciumnya.

"Sayang awak." Kata Aira lalu tersenyum manis. Walaupun bibirnya sedikit pucat kerana sakit, namun senyuman itu tetap manis.

Tok! Tok!

Pintu diketuk sebelum doktor tersebut memasuki ruangan tersebut.

Doktor yang bernama Nisa tersebut berjalan mendekati mereka berdua.

Lalu dia berdiri disebelah kiri katil Aira dan mengambil beberapa maklumat kesihatan Aira.

"Ada rasa tak sedap badan?" Soal Nisa, lembut. Aira membalasnya dengan menggeleng.

"Kesihatan puan okey, cumanya puan jangan tinggalkan ubat." Pesannya. Aira tersenyum seraya mengangguk.

Walaupun dia tak suka ubat, tapi yang penting angguk dulu.

"Tuan. Boleh ikut saya sekejap?" Soal Nisa. Ariff memandang Aira. Aira tersenyum lalu menolak lembut tubuh Ariff untuk mengikuti doktor tersebut.

Ariff hanya akur lalu berjalan mengikuti langkah Nisa yang sedang berjalan keluar dari wad peribadi tersebut.

"Ada apa panggil aku ni?" Soal Ariff apabila sampai diluar wad tersebut. Pintu wad ditutup rapat.

"Tahniah." Ujarnya lembut. Ariff mengerut kening.

Hari bukan birthday dia rasanya. Tahniah apa benda?

"Huh?" Soal Ariff tidak faham. Nisa tertawa kecil.

"Tahniah atas kembalinya puan Aira, dan yang paling penting.." Nisa berhentikan bicaranya.

"You will be a daddy soon!" Katanya bersemangat. Membulat mata Ariff mendengarnya.

"Apa? Aku salah dengar ke?" Soal Ariff inginkan kepastian. Nisa menggeleng.

Mestilah awak tak salah dengar. Tak pekak lagi kan?

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now