45

3.9K 160 1
                                    

       AIRA mengusap lembut perutnya sambil menangis.

Yup.. sudah dekat dua minggu hubungannya dengan suaminya merenggang.

"Mummy minta maaf yer, sayang.. mummy masih tak boleh bagitahu dekat daddy fasal kehadiran awak dalam keluarga ni.." Aira menangis tiada henti sejak beberapa jam yang lalu.

Dan, ya.. malaikat kecil sudah pun hadir didalam keluarga mereka sejak beberapa minggu lalu. Mayah dan Raykal sudah tahu. Hanya Ariff sahaja yang tidak tahu.

Mayah yang selalu menjaga makan minumnya. Raykal pula tolong bawa Aira ke klinik untuk mengecek kesihatan si bayi.

"Mummy harap awak membesar dengan baik, sayang. Mummy tak kuat. Mummy lemah.. benda ni jadi sebab mummy tak pernah bagitahu daddy awak yang mummy pernah kena rogol.." ujar Aira kepada si baby. Air mata tidak berhenti mengalir.

Apalah nasib baby kite ni agaknya? Daddynya pun tak peka. Hm..

Dia berjalan dan membuka pintu balkoni. Ingin mengambil angin malam.

Bulan yang sangat terang dipandang lama.

"Kita takkan tinggal berdua jer kan, sayang? Daddy takkan tinggalkan kita, kan?" Aira menyoal lagi. Entah kenapa firasatnya kuat mengatakan Ariff akan meninggalkannya.

Aira menutup mata lalu mengeluh sambil mengelap air matanya.

It's okey. You are strong, my girl.

Aira merenung lama kolam ikan dibawah. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang apabila ternampak satu figura. Nasib ada selimut diatas kepalanya tika ini. Tak de lah terdedah auratnya.

Dia meneguk perlahan air liurnya dan mengecilkan sedikit matanya.

Perlahan-lahan figura itu mengangkat kepala memandangnya. Senyuman sinis terukir dibibir figura tersebut.

"Huh, huh.." jantungnya semakin laju. Seakan-akan nafas tersekat tidak mahu keluar.

"Astaghfirullah.. huh, Astaghfirullah.." dia memejam sebentar matanya.

Katakanlah kalau ini hanya mimpi, author..

Never! HAHAHA.

Dia perlahan-lahan membuka kembali matanya. Dan terang lagi bersuluh jejaka yang berhoodie itu memandangnya dengan senyuman sinis.

Tatapan tajam diberi, senyuman sinis dilontarkan dengan tangan disuakan tepat kearah Aira. Seakan-akan memanggil Aira untuk ikut bersamanya.

Omega. So scary.

"Tak! Tolong pergi dari hidup aku!" Jerit Aira. Dia bergenjak beberapa tapak kebelakang. Air matanya deras mengalir turun.

Tubuhnya jatuh terhempas diatas lantai dibucu katil itu kerana terlalu ketakutan.

Dia menjerit sambil tangan memegang kepalanya. Mukanya habis memucat.

Bam!

Pintu bilik ditolak kuat. Ariff terus berlari mencari figura isterinya apabila mendengar Aira tiba-tiba menjerit.

"Hoi! Kau kenapa ni?" Ariff terus duduk di lantai itu sambil memegang bahu Aira.

Aira menepisnya kuat sambil menjerit..

"Lepaskan aku! Pergi dari sini! Aku benci tengok muka kau, Farhan!" Aira menjerit tanpa membuka mata. Ariff langsung terkejut dengan tindak balas aira. Sungguh ketakutan gadis kecil ini.

Lukanya disembuhkan Ariff. Namun jejaka yang bernama Farhan itu kembali dan ingin memberikan luka baru.

"Aira, ni aku! Ariff Zaquan! Bukan Farhan Ukasyah!" Jerit Ariff kembali sambil menggenggam kuat bahu Aira.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now