BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN..
"Abang! Tengokkan adik sama!" Jerit Aira.
"Oceyy!" Balas Amsyar. Dia berlari sambil berpegangan tangan dengan adiknya. Nur Mayah Zaisyah yang berumur dua tahun.
"Awak." Ariff yang sedang berehat di pehanya memandangnya.
"Anak kita comel. Macam kita." Usai berkata begitu, Aira tersenyum manis. Rambut lembut suaminya diusap lembut.
"Jadi.. macam mana? Mayah dah umur dua tahun tau." Kata Ariff selamba.
PAK!
Terus dadanya selamat dipukul.
"Tak nak lah. Dah penat lah."
Tah! Nanti Aira juga yang nak beranak. Kau lelaki, tahu nak anak jer. Heh!
"Mummyyy!" Amsyar mula merengek sambil berlari terkedek-kedek kearah kedua pasangan suami isteri itu.
"Yer, sayang. Kenapa?" Soal Aira lembut.
"Mayah nak cucuu.." kata Amsyar lalu memeluk leher Aira.
"Huh!? Nak cucu!?" Soal Ariff terkejut.
Terus terbangun duduk dia dari baring.
Mahu tak terkejut dia. Mayah tiba-tiba nak cucu. Giler ke apa?
"Ish, susu lah!" Aira memarahinya. Bahasa bayi pun tak faham ker? Tak de function ada adik tiga orang. Dasar suami.
"Ouh, cakap lah susu. Ni tiber minta cucu." Ariff berkata seraya ketawa. Dia ingat kelakar ker? Kelawar ada lah.
"Wak." Panggilnya lembut. Kening Ariff dijongket untuk menyoal.
"Jom lah balik.. Dah senja ni.." kata Aira. Ariff mengangguk lalu bangun berdiri.
Barang-barang diatas tikar diambil lalu diletakkan didalam kereta. Tikar pula dilipat Aira.
Semuanya berjalan lalu menaiki kereta Honda Civic milik Ariff.
"Mayah duduk belakang dengan abang, yer?" Ujar Ariff lembut sambil mengusap kepala anak perempuannya. Lalu Mayah ditaruh dikerusi belakang bersama Amsyar.
Semuanya selesai memasuki perut kereta. Lalu dengan lafaz bismillah, kereta dipandu.
☜ ☞
Amsyar berlari memasuki rumah itu bersama adiknya. Ariff dan Aira ditinggalkan dibelakang.
"Mak su!" Jerit Amsyar yang berusia empat tahun itu.
"Ehh, dah balik!" Afaf berjalan lalu mendukung Amsyar apabila lelaki kecil itu berjalan memasuki ruang tamu di rumah banglo tersebut.
"Raykal mana?" Ariff menyoal usai sahaja kaki melangkah masuk.
Aira berjalan mendahului mereka dan bergerak laju ke dapur untuk menyimpan barang didalam peti sejuk yang sempat mereka beli sewaktu perjalanan pulang.
"Ada dekat atas. Tengah mandi." Balas Afaf. Ariff mengangguk lalu berjalan dan berehat seketika diatas sofa.
"Haa tu. Panjang umur." Ujar Afaf apabila figura tampan itu berjalan menuruni tangga lalu mendekatinya.
Pinggang Afaf dipeluk lalu keningnya dicium Raykal.
Yerrrr. Mereka sudahpun sah menjadi suami isteri. Berkat author, tiada lagi yang single. MUAHAHAHA.
Ehh, tapi kita ni terkecuali lah, yerr..
"Hai, boboy." Raykal berkata seraya memegang ramping pinggang Afaf.
"Hai, pak su!" Amsyar membalas sapaan Raykal.
Raykal tersenyum manis kepada Amsyar. Tiba-tiba kakinya ditarik.
"Ehh, baby gegirl ni pun ada?" Soal Raykal. Pelukan di pinggang Afaf dileraikan lalu dia mengambil Mayah dibawah.
Wajah tampan Raykal dipegang oleh Mayah. Raykal hanya membiarkannya lalu dia berjalan dan berehat diatas sofa.
"Yang. Meh duduk. Ibu mengandung ni asyik jalaaann jer." Tegur Raykal. Afaf tersenyum lalu berjalan dan duduk diatas sofa bersebelahan Raykal.
"Amsyar... Turun. Mak Su tak larat tu." Tegur Aira lembut apabila anak lelakinya masih berada didalam dukungan Afaf.
Amsyar pada mulanya merengek tidak mahu, akhirnya dia turun jua apabila mata Aira sudah terjegil.
Kang kalau tak turun, terkeluar terus mata mummy kau sebab asyik terjegil, dek. Makin lama makin besar. Tengok-tengok.. Plubb! Tercabut, HAHAHAHAHAH
"Meh dekat daddy." Panggil Ariff lalu mendepakan tangannya memanggil Amsyar. Amsyar mengangguk lalu berjalan naik ke peha Ariff.
"Bila Afaf lahir?" Soal Aira lalu duduk bersebelahan Afaf. Perut Afaf yang sudah memboyot diusap lembut olehnya.
"Lagi dua minggu jer."
"Dah fikir nak letak nama apa? Bayi lelaki kan?"
"Hm.. Raykal kata, letak nama Ahmad Raydar. Baru boleh matching-matching dengan dia." Ujar Afaf lalu memandang Raykal sambil tersenyum manis. Senyumannya turut dibalas jejaka itu.
"Kalau akak, akan rasa okey tak nama tu?" Soal Afaf pula.
"Akak ikutkan aje. Dia kan anak korang, korang rasa yang mana elok, letak jer." Aira berhenti mengusap diperut Afaf lalu dia bangun berdiri dan berjalan menghampiri suaminya pula.
Dia sedikit membongkok lalu berbisik kepada Ariff.
"Saya masuk bilik dulu.. Mayah dah mengantuk tu.." katanya separuh berbisik.
.
.
."Dah?" Soal Ariff. Aira Mengangguk lalu Mayah bertukar tangan.
Mayah sudah pun terlelap didodoi Aira. Lalu Mayah diambil Ariff dan diletakkan didalam katil bayi.
Amsyar sudah pun lama tertidur.
Usai diletak, Ariff berjalan menaiki katil. Tubuh Aira ditarik masuk kedalam pelukannya.
"Sayang.." panggil Ariff lembut. Aira mendongak memandangnya.
"Apa pun yang jadi dalam rumah tangga kita, tolong jangan minta berpisah, okey?" Soal Ariff sayu. Aira tersenyum lalu mencium leher suaminya.
"Hanya awak lelaki terakhir untuk saya, Ariff Zaquan. Takkan ada yang lebih layak dari awak." Aira berkata lalu meletakkan kepalanya didada jejaka itu sejenak.
"Promise?"
"Wallahi. Uhibbuk fillah (demi Allah. Aku mencintaimu kerana Allah.)" Aira memeluk erat pinggang jejaka itu.
Sungguh, tidak ada lelaki yang boleh gantikan tempat Ariff.
"Hanya awak, dan selalu awak yang layak menjadi imam saya, ayah kepada anak-anak saya dan pendamping hidup saya.."
"Awak pun sama. Janji dengan saya." Aira mendongak memandang wajah tampan jejaka itu. Jejaka itu tersenyum manis.
"Ana ukarrir. (Aku ulang) Hanya kau, dan kau dan selaaaluu kau. Always you, and your mine. Apapun yang jadi, dengan izin Allah, kita takkan berpisah.."
"We will always be together. Even if death invites.."
SUAMI AKU MR. ARIFF?..
TAMAT..Btw, kalini tamat betul-betul erh. Bukan tipu-tipu.
Thank you for always supporting my work. I love you sooooooo much ❤️
Ehh, ehh. Jangan berhenti support Mrs_pororo tauu!
Bye-bye, sayang! 𐦍༘⋆✨
-Jika matamu adalah cahaya, maka hatimu adalah permata. Dan jika senyummu adalah ibadah, maka mengenalmu adalah anugerah..
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)
FantasyApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...