22

4.6K 267 10
                                    

       RALIT Aira menarik cadar katilnya yang senget itu tiba-tiba telefon berbunyi.

Unknown number.

+60 11??????

Aira membiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Aira tidak berani untuk menjawab telefon dari orang yang tidak dia kenali. Lagi-lagi nombor pulak unknown.

"Abatai tala. Modoronaaa inoitte. Yukashipak Nora. Ewahhh. Awoi, awoi, anokumo. Ehh. Betul ke aku nyanyi ni? Asal boleh je erk? Rosak jahanam lagu orang." Bebel Aira seorang diri usai sahaja menyanyi lagu Naruto yang lirik entah apa-apa.

Tok! Tok!

Suara ketukan bunyi diluar pintu bilik Aira. Terhinjut bahu Aira dibuatnya.

Aira menyarungkan tudung dikepala dan dengan pantas membuka pintu.

Figura Ariff menyapa dikornea matanya.

"Lama erk nak buka pintu pun?" Ujar Ariff sambil tangan memeluk tubuh. Badan dan kepala pula disandarkan didinding sebelah pintu bilik Aira.

"Saya kemas bilik tadi. Nak apa?" Soal Aira sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Nak warning." Balas Ariff. Berkerut dahi Aira dibuatnya. Dia buat salah apa sampai nak kena warning ni?

"Kau dah tengok kan dua orang lelaki semalam?" Soal Ariff dengan badan masih lagi dalam keadaan yang sama. Aira pula hanya mengangguk tanda benar.

"Kembar tu adik-adik aku. Dia orang lelaki, and kau pulak perempuan. Mulai harini jaga aurat kau." Tegur Ariff lembut. Kepala Aira menyenget. Dia tak jaga aurat dekat mananya?

"Dekat mana?" Soal Aira pula.

"Kaki, tangan." Balas Ariff. Aira memandang kaki dan tangannya.

"Haih.. kalau baju kau tu singkat sangat, pakai handsock. And kalau boleh, pakai lah stoking. Kaki pun aurat juga kan?" Tegur Ariff. Lembut sahaja. Ariff tau, nak tegur orang tak boleh kasar, nanti terasa. Jadi dia ambil keputusan untuk menegur Aira dengan lembut.

Aira mengangguk sambil tersenyum menayangkan lesung pipitnya.

"Terima kasih, tuan Ariff." Ujar Aira tersenyum bahagia kerana mendapat teguran. Yah.. Aira sedikit malu kerana mendapat teguran dari lelaki, tapi nak buat macam mana?

"Sorry kalau cara aku tegur kau ni buat kau terasa." Ujar Arif sambil anak mata dilarikan dari terus menatap mata milik Aira. Boleh runtuh iman dia tengok Aira lama-lama. OHOHO.. bau-bau orang dibuai cinta..

"Takpe.. yang penting tuan tegur." Balas Aira.

Ariff mengangguk dan ingin berjalan pergi, tapi dia teringat akan pesan ibunya kepada Aira.

"Aira. Ehh, Miesyaira." Panggil Ariff. Aira memerhatinya pelik. First time dengar Ariff panggil namanya dengan panggilan Aira.

"Mummy suruh turun makan." Balas Ariff sambil berlari anak turun kebawah.

Ternganga Aira dibuatnya.

"Why?.." soal Aira seorang diri sambil tangan naik memegang jantungnya yang sedang berdegup hebat.

"Astagfirullah.." kata Aira dan berjalan menuju katil. Bantal diambil dan ditekupkan diatas muka.

"Arghhh!" Aira menjerit tapi tidak begitu dengar kerana tekupan bantal di mukanya. Wajah Aira kini kian merah.

"Astaghfirullah hal'azim... Apa dah jadi dengan hamba mu ni ya Allah... Makin tak waras rasanya ni.." Kata Aira seorang diri sambil memegang bantal.

Ingat terpaling sweet aa tuh? Kau tunggu... Turn aku kahwin nanti, mesti semua orang jeles punya.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now