13

4.6K 179 2
                                    

       "CEPAT sikit Afaf." Ujar Aira apabila melihat Afaf yang sedang berjalan seperti siput itu.

"Ye, cik Aira. Cik Aira yang jalan laju sangat.." Ujar Afaf kepenatan. Dari petang tadi sampai nak malam dah asyik berjalan je pusing mall.

Kesudahannya Afaf terpaksa pakai baju yang Aira bagi tadi sebab Aira buat muka.

Aira memalingkan badannya kearah Afaf.

"Kenapa awak panggil saya cik ehh?" Soal Aira sambil memandang wajah Afaf. Kepala Afaf menyenget.

"Disebabkan saya bawahan cik Aira, saya kena panggil cik Aira ni cik lah." Jelas Afaf. Aira menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak kan bawahan ibu, bukan saya." Kata Aira. Afaf memandangnya pelik.

"Kakak bukan main berlagak, adik apa gaya pula ni? Tak faham aku."

Bisik Afaf didalam hati.

"Ikut awak lah, cik Aira." Ujar Afaf malas memikirkan ayat Aira yang memeningkan semua orang.

"Tukar lah." Arah Aira.

"Huh? Tukar apa?" Soal Afaf makin tidak faham.

"Sebutan cik Aira tu tukar lah. Panggil Aira je." Kata Aira setiba sahaja dkedai Popular sambil membelek novel dikedai tersebut.

"Kalau kak Aira macam mana?" Soal Afaf dengan bersemangat ingin menukar panggilan kepada bakal akak iparnya.

"Akak? Tuanye.." Kata Aira.

"Tak pelah. Praktis awal-awal nak panggil apa. Hehe." Kata Afaf terlepas cakap.

"Praktis?" Soal Aira. Afaf yang baru perasan kalau dia terlepas cakap cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua belah tangan.

"Tak-tak. Tertypo.. hehe.." Ujar Afaf perlahan.

"Ye ke?.." Soal Aira dengan mata dikecilkan.

"Ha! Ni lah buku viral yang saya tengok dekat Instagram tu kak!" Ujar Afaf cepat-cepat mengalihkan bercakapan.

''Eh, ha'ah lah. Saya tau buku ni!" Kata Aira yang turut memperhatikan buku yang dipegang Afaf.

"Haih.. Nasib member senang lupa. Kalau tak, mampus aku!"

Bisik Afaf didalam hati.

Lama selepas mereka membelek buku dikedai tersebut, telefon Afaf berbunyi.

"Ehh. Sorry, kak, ada orang call." Ujar Afaf, Aira mengangguk dan melihat kelibat Afaf yang berlari keluar dari kedai untuk menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam, bang." Balas Afaf apabila salam diberi oleh Ariff.

"Kau ada mana?" Soal Ariff dari dalam telefon milik Afaf.

"Ada mall." Balas Afaf.

"Buat apa? Tak kerja ke?" Soal Ariff lagi.

"Kerja. Cuma, bakal isteri abang suruh Afaf temankan dia beli buku." Sakat Aira.

"Ish, tak suka lah, Afaf." Marah Ariff.

"Eleh. Suka cakap jela." Sakat Afaf lagi. Abangnya hanya mampu mengeluh.

"Kenapa abang tanya?" Soal Afaf pula.

"Emm.. cuba kau tengok belakang kau." Ujar Ariff. Afaf hanya mengikuti kehendak abangnya dan memaling kebelakang.

"Taa daa.." kata Ariff dari belakang Afaf.

"Lah, abang. Buat apa dekat sini?" Soal Afaf dan berjalan mendekati abangnya. Panggilan telefonnya pula ditutup.

"Aku tunggu orang. Tiba-tiba nampak kau jalan terkedek-kedek dengan Aira tadi." Ujar Ariff dan kedua belah tangan dimasukkan didalam kocek seluarnya.

"Aira mana?" Soal Ariff apabila tidak melihat kelibat Aira.

"Ceyy! Cari bakal isteri..." Sakat Afaf makin lama makin menjadi.

"Ish! Kau ni kenapa?" Kata Ariff dan menggulingkan anak matanya naik keatas. Menyampah. Tapi dalam hati berbunga-bunga..

"Jangan marah, marah tanda sayang, bang. Hehe." Ujar Afaf sambil tersenyum nipis.

"Kak Aira ada je dalam kedai tu, dia nak beli novel." Ujar Afaf sambil menunjuk kepada abangnya kearah kedai tersebut. Ariff memerhati kedai tadi sekilas.

"Jangan terlepas pandang tau, kalau jadi apa-apa, terus bagitahu." Arah Ariff, risau kalau apa-apa berlaku kepada bakal isterinya.

"Ehem.. Tahu lah." Balas Afaf sambil kening diangkat beberapa kali.

"Bang, abang kan-" Baru Afaf ingin bersuara, satu suara mula menyampuk.

"Afaf? Tak habis call lagi ke?" Soal Aira sesudah sahaja memilih dan membayar novel pilihannya.

"Ak-akak.." Kata Afaf tergagap-gagap sambil tangan menolak tubuk Ariff untuk sedikit kebelakang.

"Tuan? Tuan pula buat apa dekat sini?" Soal Aira sekali lagi apabila melihat kelibat Ariff disitu.

"Ouh, aku-" Kata-kata Ariff terhenti apabila Afaf bersuara.

"Kita orang tak sengaja terjumpa, akak kenal ke orang gila ni?" Soal Afaf sedikit menafikannya. Ariff memandangnya pelik.

"Orang gila? Muka aku ni nampak macam orang gila ke?"

Soal Ariff didalam hati.

"Tak, kita orang pernah jumpa dua kali je, tapi ni kali ketiga..." Kata Aira perlahan sambil menarik Afaf untuk menjauh dari Ariff.

"Ouh." Balas Afaf sepatah. Keadaan sunyi seketika kerana Aira ketakutan dengan ugutan Ariff beberapa hari lalu, Ariff pula memandangnya. Afaf sahaja yang tak faham ke?

"Tuan." Panggil Raykal, pembantu peribadi Ariff. Ariff memalingkan badannya menghadap Raykal dan mengangguk.

Ariff berjalan pergi meninggalkan Aira dan Afaf, Raykal pula tunduk tanda hormat pada Afaf kerana Afaf adalah adik kepada atasannya.

Melihat sahaja kelibat mereka menghilang, Aira bersuara.

"Awak kenal ke diorang?" Soal Aira. Afaf hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Jom akak, kita tak boleh keluar lama sangat. Kesian mak Lin buat kerja sorang-sorang." Ajak Afaf dan Aira tersenyum.

"Dah lah cantik, baik pun baik. Untung siapa yang dapat Afaf."

Kata Aira didalam hati sambil tersenyum melihat Afaf yang sedang menarik tangannya.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now