6

5.5K 181 4
                                    

       Vroom! Vroom!

Laju kereta Lamborgini memecut tanpa fikir mati. Kereta tersebut berhenti tepat dihadapan rumah milik puan Zulaikha.

Pintu pagar dibuka dan laju kereta memecut masuk parking di bawah garaj.

Ariff keluar dari kereta miliknya dan mengatur langkah ingin masuk ke dalam rumah agam milik puan Zulaikha.

"Assalamualaikum" Satu suara garau yang sangat dikenali menyapa ditelinga puan Zulaikha. Puan Zulaikha cepat - cepat berlari anak pergi ke hadapan pintu.

Kelibat anak sulungnya diperhati sejenak.

"Assalamualaikum, mummy." Ujar Ariff sekali lagi dan tangan kasarnya menyalam tangan puan Zulaikha.

"ada hal apa - apa baru reti nak balik." Sindir puan Zulaikha.

"Ariff banyak kerja la mummy, bukan sengaja tak nak balik..." Ujar Ariff perlahan.

"hm.. Ye lah. Mummy nak keluar kejap. Pergi naik mandi, nanti turun makan" Ujar puan Zulaikha kepada Ariff.

"Okey." Ariff mengagguk dan mengatur langkah ingin naik ke atas. Baru sahaja kaki melangkah naik, dia perasan sesuatu.

"Mummy, kembar mana?" Soal Ariff apabila tidak melihat kelibat adik kembarnya.

"Biasalah kembar tu. Kalau tak ade kerja, cari kerja lah jawapnya." Balas puan Zulaikha dan melangkah keluar dari rumah.

Melihat sahaja kelibat puan Zulaikha hilang, Ariff mengatur langkah ingin kembali semula ke biliknya.

Pintu bilik dibuka, kaki mula melangkah masuk dan pintu ditutup semula apabila sudah didalam.

Barang diletakkan diatas meja. Butang baju dibuka satu persatu.

Kain tuala diambil lalu kaki melintas masuk ke dalam bilik air.

☜☆☞


Selesai sahaja mandi Ariff keluar dari pintu pintu bilik air dengan hanya memakai tuala sehingga pusat.

Telefon canggih diatas meja dicapai. Laju tangannya mencari nombor seseorang.

Tut! Tut!

"Hello?" Ujar Ariff apabila panggilan darinya sudah diangkat.

"Ye, Ariff. Kenapa?" Soal Afnan, abang kepada adik kembar.

"Balik." Balas Ariff sepatah.

"Huh? Kita orang baru aje sampai. Bagi kita orang rehat kejap, nanti baru balik" Ujar Afnan kepada abang sulungnya.

"Aku cakap balik, balik aje lah!" Jerit Ariff, dia memang cukup pantang dengan adik kembarnya yang suka berlawan mulut dengannya.

"Okey - okey. Kita orang balik. Kau jangan lah marah - marah, nanti cepat tua, takde orang nak kut.." Gurau Afnan bersama ketawa kecil.

Ariff hanya mengeluh kecil dan panggilan terus dimatikan.

Tut! Tut!

"Haih, letak terus?" Ujar Afnan apabila panggilan laju dimatikan oleh Ariff.

"Kenapa tu?" Soal Aufar yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Ariff suruh balik. Mesti ada apa - apa ni" Ujar Afnan dan terus bangun dari kerusi ingin melangkah pergi je arah motor Suzuki GSX miliknya.

"Ehh! Tunggu lah aku!" Jerit Aufar yang juga turut bangun berlari ke arah motor Honda CBR miliknya.

☜☆☞

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now