28

4.6K 253 8
                                    

       Masjid Kuala Lumpur, Malaysia.

"Aku terima nikahnya Nur Miesyaira Huda binti Hisyam dengan mas kahwinnya RM 5000 dibayar tunai."

Hanya dengan sekali lafaz, Nur Miesyaira Huda sudah digelar sebagai sorang isteri kepada Ariff Zaquan.

Perkahwinan ini disaksikan oleh beberapa orang ahli masjid dan ahli keluarga Ariff.

Setelah semuanya selesai, mereka mula bersurai.

"Jemput lah tok datang majlis anak saya." Kata puan Zulaikha seraya menjemput tok kadi untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

"Insyaallah." Balas tok kadi sepatah.

Lama setelah mereka berbual, figura Ariff yang sedang berjalan menghampirinya menyapa dikornea matanya.

Ariff menyalami tangan tok kadi dan mula mendekati telinga ibunya.

"Mummy, isteri Ariff mana?" Soal Ariff separuh berbisik.

"Mana nak tau, pergi lah cari." Balas puan Zulaikha beserta arahan.

Ariff mengangguk dan ingin berjalan pergi, sempat juga ia menghadiahkan senyumannya kepada tok kadi.

"Kenapa tu?" Soal tok kadi kepada puan Zulaikha.

"Biasa lah, pengantin baru. Tak boleh berpisah langsung dengan isteri, kerja nak berkepit aje 24 jam." Balas puan Zulaikha. Kedua-dua orang tersebut langsung ketawa seraya puan Zulaikha berkata begitu.

Lama selepas Ariff mencari kelibat si isteri, akhirnya jumpa juga. Ariff mula berjalan mendekatinya.

"Assalamualaikum,  my wife." Ujar Ariff dengan nada yang separuh berbisik apabila mulutnya sangat rapat dengan telinga Aira, terhinjut bahu Aira dibuatnya.

Aira memandang si jejaka yang sedang tersenyum dan duduk bersebelahan dengannya ditangga belakang masjid itu.

"Kau fikir apa?" Soal Ariff apabila melihat wajah termenung isterinya.

Aira mengambil nafas dan mengeluh perlahan.

"Tak ada apa pun." Balas Aira dengan senyuman.

Ariff memandangnya tanpa berkelip. Aira yang perasan dengan tatapan itu langsung menampar lengan Ariff.

"Tengok-tengok apa? Tumbuk karang." Kata Aira dengan jelingan sempat dihadiahkan kepada Ariff.

Ariff memegang lengan yang ditampar, tatapannya masih lekat pada wajah Aira.

"Kau fikir fasal ibu kau ke?" Soal Ariff. Kepala diletakkan diatas lutut yang dipeluk.

"Tak ada lah." Balas Aira sambil tangan naik memegang mata Ariff dari terus menatapnya.

Kepala Ariff terus berpusing untuk melepaskan mukanya dari terus ditekup Aira.

Orang nak usya dia, dia tekup mata orang pula.

Dia menatap lama wajah Aira. Aira juga turut membalas tatapan itu.

"Takut lah tadi." Aira mula membuka bicara. Terasa bahang mukanya apabila saling menatap begitu.

"Aku yang salam tok kadi, kau yang takut." Kata Ariff. Jari jemari Ariff mula menggapai kasut kanvasnya untuk dipakai. Begitu juga dengan Aira.

"Dah, jom." Ajak Ariff usai sahaja memakai kasutnya.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now