"Alaa, boleh lah Mak Lin..." Rayu Aira.
"Tak boleh Aira, nanti datin marah pulak macam mana?" Ujar Mak Lin.
"Hm.." Aira mengeluh perlahan.
"Tak pe la Mak Lin. Nanti lah Aira tanya sendiri dekat ibu." Ujar Aira dengan nada yang sayu.
"Aira masuk dulu ye, Mak Lin." Ujar Aira sekali lagi dan mengatur langkah ingin masuk ke dalam rumah.
"Ha ye lah." Balas Mak Lin sambil menjemur kain di belakang rumah.
Masuk sahaja di dalam rumah, Aira terus mencari kelibat ibunya. Tetapi kelibat ibunya tidak kelihatan, Ira pula yang kelihatan.
"Haih, dah dekat seminggu aku tak cakap dengan Ira. Takpe ke?"
Bisik Aira di dalam hati.
Aira hanya jalan bersebelahan dengan Ira, Ira memanggil namanya.
"Aira.." Ujar Ira dengan nada yang perlahan.
"Ye?" Balas Aira sepatah dan berpaling ke arah kakaknya.
"Kau nak sambung belajar ke?" Soal Ira dengan tiba - tiba.
"Dah kenapa Minah ni tiba - tiba aje tanya?"
Soal Aira di dalam hati.
"Entah la, aku nak kena tanya ibu dulu. Takut ibu tak bagi aje." Balas Aira sambil anak matanya melilau mencari kelibat ibunya.
"Ouhh... Emm... Kau cari apa tu?" Soal Ira kerana dia perasan adiknya sedang memanggung kepala seperti mencari sesuatu.
"Ah? Ha, ni aku cari ibu. Kau nampak tak mana ibu?" Soal Aira setelah menjawap soalan Ira.
"Dalam bilik dia la kut. Pergi la tengok." Balas Ira sambil berjalan menuju ke meja makan.
Aira mengangguk dan mengatur langkah ingin naik ke tangga, tiba - tiba sahaja dia terdengar seperti Ira menyapanya lagi sekali.
"Kau dah makan?" Soal Ira.
"Belum." Jawap Aira sepatah.
"Jom lah makan sekali." Ajak Ira. Namun Aira hanya menggeleng.
"Aku nak cakap something dengan ibu. Nanti baru aku turun makan." Ujar Aira dan terus naik ke tingkat dua.
Ira terdiam. Entah kenapa dia rasa seperti serba salah terhadap Aira.
"Tanpa aku sedar, dah dekat seminggu rumah ni sunyi tanpa suara Aira. Aku pun satu. Ikut kan aje cakap Mimi dan pergi fitnah si Aira tu. Mungkin sebab masa tu aku gelabah kut? Entah la.. Tapi sekarang aku nak buat macam mana bagi ibu dengan Aira okey balik? Takkan aku nak bagitahu perkara sebenar dekat ibu? Ishh, tak nak lah. So sekarang ni macam mana? Haihhh.."
Rungut Ira panjang lebar seorang diri. Rasa bersalah terhadap adiknya itu tidak akan hilang begitu saja.
☜☆☞
Tok! Tok!Suara ketukan pintu terdengar di luar bilik datin Milla.
"Ha ye. Masuk aje. Pintu tak kunci." Ujar datin Milla.
Krik..
Aira masuk ke dalam bilik datin Milla dan pergi ke hadapan ibunya.
"Kenapa?" Soal datin Milla.
"Aira... Nak minta izin boleh?" Ujar Aira dengan nada yang perlahan.
"Izin apa?" Soal datin Milla sekali lagi kepada Aira sambil melipat kain.
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)
FantasyApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...