10

5.1K 168 0
                                    

       KERETA Honda putih tepat berhenti dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat.

"Ini ke rumah kau?" Soal Ariff apabila tiba dihadapan rumah yang ditunjuki Aira.

"Ha'ah." Balas Aira sambil tersenyum memandang mata tajam milik Ariff. Ariff hanya menjeling.

"Terima kasih, tuan." Ujar Aira sekali lagi.

"Tak payah tuan - tuan, Ariff je." Balas Ariff dan melihat jam ditangan.

"Ouh.. Okey.." Balas Aira sambil tangan naik menggaru pipi yang tidak gatal. Orang lain panggil tuan, takkan dia nak panggil Ariff je kan?

Aira perhatikan rumahnya untuk pastikan tiada siapa diluar rumah selain pengawal.

"Dah lewat rasanya ni.."

Ujar Aira didalam hati dan kembali memandang kearah Ariff.

"Saya nak kena masuk dah ni. Bye.." Ujar Aira dan ingin membuka pintu kereta untuk keluar dari perut kereta milik Ariff.

Baru sahaja tangan ingin membuka pintu, namanya dipanggil.

"Miesyaira." Panggil Ariff.

Aira terkedu sejenak. Aira memalingkan badannya menghadap Ariff.

"Awak tau nama saya?" Soal Aira sedikit teruja.

"Tau lah." Balas Ariff.

"Mana awak tau?" Soal Aira lagi dengan mata yang bulat.

"Mana - mana jelah." Balas Ariff dan menjeling Aira.

Semangat Aira yang tadi sebesar gajah, kini kembali sebesar semut.

"Aku terus terang dengan kau. Aku dah tak nak tengok muka kau. Kalau kau muncul lagi depan aku, aku takkan teragak - agak nak lepaskan kau." Ujar Ariff bersama senyuman sinis. Aira terdiam.

"Glup" Air liur ditelan.

"T-tapikan kita tak sengaja terjumpa.." Ujar Aira perlahan.

"Aku tak kisah sengaja atau tak.. Kalau aku jumpa kau untuk kali ketiga, aku janji takkan lepaskan kau macam tu je.." Ugut Ariff sekali lagi. Tak tertutup mata Aira dibuatnya.

Aira terdiam. Lama selepas dia mendiam, dia mencarik satu senyuman dibibir. Ariff memandangnya pelik.

"Kalau lah kan, ni kali terakhir kita jumpa, saya nak terima kasih dekat awak." Ujar Aira dan menayangkan gigi putihnya.

"Huh?" Soal Ariff tidak faham.

"Em.. Mungkin macam geli sikit, tapi saya kena cakap juga..." Ujar Aira perlahan sambil menggaru kepala yang berlapikkan tudung sarung hitam itu.

"Apa?" Soal Ariff lagi.

"Awak tau? Awak lelaki pertama yang buat saya tak takut dengan awak.." Ujar Aira perlahan. Ariff hanya mendiam, memberi ruang untuk Aira menjelaskannya dengan lebih dalam.

"Sejak pertama kali saya jumpa awak.. Saya rasa lain, entah apa yang saya rasa... Tapi itu buatkan saya rasa tenang.." Ujar Aira panjang lebar dengan muka terasa bahang.

Ariff yang dari tadi mendiam cuba untuk alihkan percakapan mereka.

"Ehem.. ehem." Ariff berdehen beberapa kali. Aira menunduk kerana malu.

"T-takpe lah. Saya masuk dulu." Ujar Aira sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Okey. Take care.." Balas Ariff sambil melihat diluar tingkap tanpa memandang Aira walau sedetik.

Keluar sahaja Aira dari perut kereta milik Ariff, Aira memberi salam kepadanya dan dengan pantas berlari anak masuk ke dalam rumah.

Melihat sahaja kelibat Aira hilang dari pandangannya, Ariff menarik rambut kebelakang dan tangan turun meraut wajah tampannya pula.

"Huh.." Keluh Ariff perlahan dan minyak ditekan, laju kereta Honda itu hilang dari hadapan rumah teres dua tingkat itu.

Setiba sahaja Aira didalam rumah, pintu ditutup dan tubuh kecilnya disandarkan dipintu.

"Haish.. Boleh hilang jantung lama - lama macam ni.."  Ujar Aira perlahan sambil tangan memegang jantung yang sudah seperti pelari Asia.

"Ha! Baru reti nak balik? Ingatkan lupa jalan balik tadi!?" Jerit datin Milla apabila melihat kelibat anak bongsunya yang baru pulang dari mana entah.

"I-ibu. Hehe. Assalamualaikum ibu." Salam diberi Aira perlahan. Aira berjalan mendekati datin Milla.

Baru tangannya ingin mencium tangan ibunya, pantas tangan datin Milla ditarik seseorang.

"Kau tak payah nak acah baik sangat. Kau balik dengan siapa tadi?" Soal Ira sebaik sahaja menarik tangan ibunya.

"Tadi kawan hantarkan." Balas Aira perlahan.

"Kau tak payah nak tipu aku. Kau balik dengan tuan muda tu kan?" Soal Ira sambil merenung tajam ke arahnya.

Datin Milla tergamam sejenak, begitu juga dengan Aira.

"Tuan muda mana ni?" Soal datin Milla sambil memandang tajam ke arah Aira.

"Ai-aira balik dengan dia ada sebab, bukan saja-saja." Balas Aira sayu dengan riak muka tidak puas hati dengan kakaknya itu.

"Kau tak payah nak rasuk ibu. Ibu pergi lah naik atas dulu, biar Ira je yang ceramah si Aira ni." Ujar Ira sambil menolak lembut sosok tua itu untuk naik ke tingkat dua.

Melihat sahaja kelibat ibunya hilang, Ira kembali memalingkan badannya kearah Aira.

"Ehh, kau dengar sini erk. Kalau ibu tau fasal benda tadi, siap kau." Ugut Ira perlahan, takut jikalau ibunya terdengar.

"Apa? Kau nak jual aku dekat budak-budak tadi?" Soal Aira dengan wajah merah kemarahan.

"Of course, why not?" Balas Ira.

Aira yang sudah lama mengetap bibir terus jalan naik keatas. Malas bergaduh dengan kakaknya.

Ira pula tersenyum menang.

Aira naik kebiliknya dan pintu bilik dibuka, masuk sahaja didalam bilik, pintu ditutup pula.

"Serabut lah dapat kakak macam ni. Hidup tu kalau sehari tak menyusahkan hidup orang lain, tak boleh ke?" Keluh Aira seorang diri.

Jam didinding diperhati sejenak.

"Pukul 9 : 30... Allah!" Aira menepuk dahi kerana teringat akan sesuatu.

"Tak solat Maghrib lagi!" Ujar Aira dan cepat-cepat mencabut tudung dari kepala dan berlari anak masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now