20

5.1K 166 9
                                    

       "KAU ni memang jenis keturunan makan lambat ehh?" Soal Ariff penat menunggu Aira, nak kata kira nasi tak pun. Tapi apehal lambat sangat ni?

"Ish. Bukan makan lambat lah. Awak tu aje yang makan cepat." Balas Aira sambil menjeling tajam Ariff.

"Jeling-jeling. Potong mata bagi anjing makan baru tau. Buta terus!" Ugut Ariff pula.

"Jangan lah bagi anjing, rebus lah, awak makan." Ujar Aira selamba. Mata dia, dia pulak yang bagi resepi.

"Ish, tak senonoh lah kau ni! Makan cepat!" Kata Ariff dengan muka jijiknya. Aira mula tersenyum seperti kerang busuk.

Selepas beberapa minit Aira makan, akhirnya selesai juga.

"Jom cepat, budak." Kata Ariff, pantas Ariff dan Aira bangun dari kerusi dan keluar dari kedai makan.

"Saya bukan budak lah." Kata Aira. Ariff memandangnya atas bawah. Kening pula diangkat sebelah.

"Habis apa? Kanak-kanak riang? Ke anak syurga?" Sakat Ariff. Aira memandang tajam.

"Anak orang." Balas Aira, satu jelingan dihadiahkan ke Ariff.

"Apa? Tak dengar lah. Pendek sangat kut.." Sakat Ariff dengan badan sedikit membongkok.

"Pekak sangat ke sampai tak dengar? Tak korek telinga berapa tahun dah?" Soal Aira. Ariff hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.

"Bukan tak korek telinga, tapi kau pendek sangat, aku tak dengar." Sakat Ariff lagi. Aira memerhatinya atas bawah.

"Hmm. Awak tak pelah, dulu awak kecil-kecil mummy rebus tiang bagi awak makan, itu yang tinggi macam tiang." Balas Aira pula. Masing-masing tak nak mengalah jadi macam ni lah.

"Aku mummy rebus tiang. Kau? Rebus ayam? Itu yang mulut pot pet, pot pet tak berhenti." Ariff juga turut melawannya. Aira menjelingnya, begitu juga dengan ariff.

Gaduh-gaduh nanti ??

Ha dah, dah. Tak yah lebih-lebih. Aku cakap satu korang jangan nak sambung dua. Sikit-sikit dah.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah kereta. Aira menarik pintu kereta tapi kunci, Aira apa lagi? lagi sakan lah Aira tarik. Time bila lagi nak balas dendam kalau bukan dekat sini.

"Jangan rentap-rentap lah. Putus pintu kereta aku nanti, kau nak ganti ke?" Soal Ariff tegas. Aira mula mengukir senyuman sinis.

"Awak kaya kan? Beli aje lah kereta baru." Ujar Aira dengan senyumannya.

"Ha ye. Aku jual kau sebagai ganti. Aku ambil usus kau lah nak beli baru." Sindir Ariff pula. Mulut Aira menyenget, apebenda sia?

"Awak ni, kenapa tak senonoh sangat ni?" Soal Aira. Tak sempat Ariff menjawabnya, Aira terus masuk kedalam perut kereta milik Ariff.

Bam!

Pintu kereta dihempas kuat.

"Ha, hempas-hempas. Kang ada jugak yang balik rumah jalan kaki kut.." Ujar Ariff yang juga turut masuk kedalam perut kereta miliknya.

"Bagitau mummy." Adu Aira.

"Itu mummy aku." Kata Ariff sambil minyak kereta ditekan. Aira pula hanya mendiam dan menjeling Ariff, begitu juga dengan Ariff.

Dia ingat dia seorang aje ada mata? Aku pun ada lah.

☜ ⁠☞

"Assalamualaikum." Salam diberi Ariff perlahan bersama dengan Aira dibelakangnya. Figura ibunya terlihat diruang tamu dihadapan televisyen.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now