"HUH?!" Terdiri Ariff dibuatnya.
"Apa? Betullah." Jawap Afaf.
"Kau bergaduh dengan anak sulung datin Milla?" Soal Ariff sekali lagi inginkan kepastian.
"Abang ni kenapa? Relax-relax dah lah. Sedap lah cookies ni mummy!" Ujar Afaf sambil makan cookies buatan ibunya itu.
Ariff menepuk dahi.
"Aku suruh kau tengok Aira je, yang kau pergi gaduh dengan kakak dia tu apehal?" Soal Ariff dan kembali melabuh punggung diatas sofa.
"Dah tu, dia yang pukul Afaf punya kakak ipar dulu, Afaf lawan lah." Ujar Afaf selamba sambil mulut mengunyah cookies.
"Ish kau ni. Kakak ipar, kakak ipar. Kalau kau kena buang kerja macam mana?" Soal Ariff.
"Daftar lah balik. Senang." Balas Afaf pula. Mulut Afaf ni memang berbisa, siapa je yang menang lawan mulut dengan dia.
"Aku penat lah ada adik macam ni.. Dah dia orang yang buang kau, takkan dia orang nak ambil kau balik?" Soal Ariff ingin membuka sedikit minda adik bongsunya itu.
Afaf terdiam. Puan Zulaikha menggeleng melihat dua telagat anaknya itu.
"Macam ni aje, kalau Afaf kena buang kerja, kita cari spy. Suruh spy tu yang tengok-tengokkan si... Apa erk nama dia?" Soal puan Zulaikha yang terlupa akan nama Aira.
"Aira." Balas Afaf.
"Ha. Si Aira tu. Senang." Ujar puan Zulaikha kepada anak sulungnya. Ariff hanya mengangguk.
"Tak pelah. Ariff pun penat dah ni, Ariff naik atas dulu mummy." Pinta Ariff sebelum naik ke atas.
"Sweet dream, bang!" Jerit afaf kepada abangnya yang sudah mulai hilang dari pandangan mereka berdua.
"Mummy, abang kembar dua orang tu mana?" Soal Afaf kerana tidak nampak batang hidung abang kembarnya walau sedikit.
"Dia orang tidur awal lagi. Penat sangat lah Kut." Balas puan Zulaikha.
"Ouh.." Kata Afaf.
"Tak pelah, mummy naik atas dulu. Mengantuk lah." Ujar puan Zulaikha dan berjalan menuju keatas.
"Asal aku balik je, semua tidur awal, heish.." Keluh Afaf seorang diri dan juga turut bangun dari sofa untuk naik ke bilik.
☜ ☞
"Erkk!" Afaf mengeliat setelah lama menyapu dibawah garaj.
"Ngantuk lah.." Ujar Afaf perlahan. Ralit Afaf menyapu, seseorang datang menyapanya dari belakang.
"Cik Afaf?" Panggil pengawal itu.
Afaf memalingkan badannya menghadap kearah pemilik suara yang menyapanya.
"Ye?" Soal Afaf sambil kepala ditundukkan.
"Cik Aira panggil cik Afaf." Ujar pengawal itu.
"Okey, terima kasih." Balas Afaf dengan kepala yang masih tertunduk.
"Lain kali tuan boleh panggil saya Afaf je. Cik tak payah." Kata Afaf kepada lelaki itu sambil tersenyum, lelaki itu hanya mengangguk.
"Akak Aira nak buang aku kerja ke.. sebab aku punca dia kena tampar dengan perempuan tak sedar diri tu?"Soal Afaf didalam hati.
"Jap. Tadi pengawal tu suruh aku jumpa akak Aira dekat mana erk?" Soal Afaf seorang diri apabila tiba dihadapan pintu rumah.
"Ke dia tak bagitahu?" Soal Afaf lagi. Lama selepas Afaf membeku, Aira memanggilnya.
"Afaf?" Panggil Aira sambil menepuk bahu Afaf.
"Oi mak! Ehh, akak. Ehh, cik Aira!" Ujar Afaf berbelit-belit lidah. Aira tersenyum melihat perempuan itu. Afaf hanya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Tadi awak tengah buat apa?" Soal Aira.
"Tadi saya tengah sapu dekat bawah garaj tu." Ujar Afaf sambil tangan menunjuk kebawah garaj.
"Ouh.. Em.. Awak sibuk tak?" Soal Aira lagi.
"Rasanya tak kut. Lepas habis sapu tu, dah habis dah jadual kerja saya." Balas Afaf sambil memandang muka putih gebu Aira.
"Ouh.. Kalau saya nak ajak temankan saya boleh?" Soal Aira lagi sambil tersenyum memandang wajah Afaf.
"Boleh." Balas Afaf dengan bersemangat. Aira tersenyum.
"Kalau macam tu, jom." Ujar Aira dan menarik laju tangan Afaf masuk ke dalam rumahnya.
Afaf hanya mengikuti langkahnya. Sampai sahaja di anak tangga, langkah Aira terhenti apabila Afaf berhenti berjalan.
"Kenapa?" Soal Aira sambil memandang wajah Afaf.
"Saya tak boleh naik atas." Ujar Afaf sambil berjalan mengundur kebelakang.
"Ouh. Awak jangan takut, Ira takde. Ibu pun takde." Ujar Aira sambil menarik tangan Afaf, Afaf kembali mengikuti langkahnya naik keatas.
Mereka berhenti berjalan apabila tiba dihadapan satu bilik. Aira membuka pintu bilik itu dan masuk ke dalamnya.
"Masuk lah, saya ada benda nak suruh awak buat ni." Arah Aira, Afaf hanya mengikuti kehendak bakal kakak iparnya itu.
Masuk sahaja Afaf didalam bilik, pintu bilik ditutup perlahan.
"Pakai ni." Arah Aira lagi sambil menghulurkan satu pakaian kepada Afaf.
"Huh?" Soal Afaf tidak faham.
"Ini lah kerja awak. Awak temankan saya pergi mall. Saya nak beli barang sikit." Ujar Aira lagi sambil tangan menghulurkan sehelai baju bersama seluar.
"Kalau nak temankan cik Aira boleh. Tapi saya pakai macam ni jelah." Ujar Afaf sambil menunjuk pakaiannya.
"Tak nak lah. Jom lah pakai baju ni sama-sama." Ujar Aira. Afaf masih lagi tidak mahu.
Aira tetap memaksanya walau apa jua sekali pun. Sampai akhirnya salah seorang dari mereka mengalah...
YOU ARE READING
SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)
FantasyApakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari kebahagiaan. Friendship? No, she's in trauma. Love? Never, she's trauma. Apa yang membuatkan Aira begitu trauma did...