Setelah 4hari Wei Wuxian melalui kehidupan Universiti, sebolehnya dia menyembunyikan dirinya dari terserempak dengan Lan Wangji. Dia sanggup tidak ketandas kerana tak mahu bersendirian.. Wen Ning dan Wen Qing juga dibawa bersama kemana dia pergi. Walaupun Wei Wuxian dan Lan Wangji akan berada di kelas Sejarah yang sama dalam 2 hingga 3jam tapi dia terasa bagaikan setahun penyiksaan untuk Wei Wuxian.
Bilik kuliah yang luas dengan 6 penghawa dingin pun terasa seperti bahang di tanah lapang yang mataharinya sejengkal. Panas dengan keringat dingin.. segalanya bercampur aduk seperti perasaannya. Tangannya menggigil hebat. Serangan paniknya kambuh kembali, Wen Qing dan Wen Ning perasan semua itu.Tapi Sayang, apa yang Wen Ning dan Wen Qing tahu hanya sebahagian. Mereka tahu dia pernah dibuli oleh seorang yang bermakna 'Lan Zhan'. Tapi mereka tidak tahu seburuk apa dan separah apa.
Semakin teruk kerana dia tahu dalam waktu itu Lan Wangji asyik memperhatikannya dengan senyuman sinis yang mampu mencarik kulit tubuhnya. Pedih.
Pernah Wen Qing bertanya. "Kenapa kau selalu pakai baju lengan panjang. Kain tebal pulak tu. Kita ni di Asia tau. Panas."
Tapi apa daya untuk dia menjawab.. dia hanya menggeleng kecil, tersenyum dan ubah topik perbualan mereka. Dia tak mahu dua sahabatnya itu tahu tentang Sejarah dirinya yang dirudung. Dia tak mahu kehilangan kawan untuk kali pertama. Ya Kali pertama juga dia berkawan selepas berpindah dari Chongqing ke Beijing. Awalnya agak takut untuk berkawan. Tapi apabila melihat Wen Ning yang senasib dengannya. Dia cuba menjadi kuat untuk mempertahankan Wen Ning.
Ya. Dia mampu bangkit dan melawan orang lain. Tapi kenapa kalau berdepan dengan Lan Wangji dia lemah? Apa yang Lan Wangji mampu lakukan pada dia sehingga dia selemah ini?
Setakut apa dia pada Lan Wangji? Kenapa takut? Sejak bila takut? Arghhh dia tak mahu ingat semua itu lagi, tapi takdir menyiksanya lagi dengan mempertemukan mereka. Ada apa? Kenapa? Luahkan Sayang, luahkan...
Wen Ning dan Wen Qing saling berpandangan. Riak wajah mereka menunjukkan yang mereka risau pada Wei Wuxian. Yang dari mengepalkan tangannya yang menggigil seperti kesejukan, tapi dahi dan lehernya mengeluarkan peluh.
"Okay, kelas bersurai. Wen Ning, Wen Qing, Wei Wuxian kamu bertiga ada kelas terakhir dengan saya selepas ni.. lagi dua kelas Saya batalkan, Saya Ada mesyurat petang nanti. Kelas di bilik kuliah 4b. Sekarang."
"Baik Madam" jawab Wen Qing. Lalu menoleh semula pada Wei Wuxian. "Wei Wuxian? Kau okay ke? Kau macam tak sihat? Kau nak balik? Nanti aku boleh bagi tahu Madam." Tanya Wen Qing prihatin.
"Kalau kau Ada masalah.. kau boleh cerita pada kami." Ujar Wen Ning pula. Wei Wuxian Akhirnya menghamburkan tangisannya perlahan dan Wen Ning membawa Wei Wuxian ke dalam dakapannya.
Wen Qing mengerutkan dahinya. Tak faham dengan apa yang terjadi.
........
"What!!! Lan Zhan tu Ada dekat kelas tadi?? Asal tak bagitahu kitorang? Kitorang boleh cuba untuk minta pengecualian untuk sekelas dengan dia." Wen Qing mengepal tangannya sendiri. Dia nak tahu sangat siapa lelaki yang buatkan kawannya sangat lemah dahulu. Lelaki yang membuatkan trauma kawannya kambuh lagi. LELAKI yang buat kawan dia menangis padahal kawannya selalu ceria orangnya. Walau masalah sebesar apa.. dia tetapi ceria.
Kali pertama dia melihat seorang Wei Wuxian menangis.. Wen Qing dan Wen Ning turut menangis selepas mendengar kisah silam yang dilalui oleh Wei Wuxian.. dia tak sangka berat sungguh ujian yang perlu dilalui kawannya dan sekarang dia dipertemukan lagi oleh syaitan itu.
Selepas menghantar Wei Wuxian ke depan pintu rumahnya. Wen Ning merenung dalam wajah adik kembarnya itu. "Mana kau tahu dia Ada masalah?"
Wen Ning tersenyum kecil. "Aku pernah lalui apa yang dia lalui.. walaupun siksaan kami tak sama tapi macam tu lah aku bila aku berada di tahap paling takut. Sejuk jadi panas. Panas tapi berpeluh dingin. Aku nak sentiasa ada untuk dia sampai aku rasa dia betul2 selamat. "
Kata-kata Wen Ning mengingatkan kejadian lama yang menimpa adik kembarnya itu. Wen Qing menangis semahu mahunya.. Wen Ning dipeluk kuat.. Tak sangka orang sebaik mereka diperlakukan buruk oleh orang keji.
YOU ARE READING
Love Hate [COMPLETE]
RomanceMore you hate, more I love. I've got nothing but you. Kau orang yang aku ingin benci dan cinta.. P/s : cerita ini mengandungi Stockholm Sindrome.