Lan vs Wen

56 2 0
                                    

Wen Qing merenung tajam lelaki di depannya. Lelaki yang tak berperasaan. Tangannya menggigil. Mahu sahaja ditampar lelaki di depannya.

"Korang tak perlu lah tegang macam ni.. ehehh err kita order makanan nak? Kau nak makan apa Wen Ning? Wei Wuxian membuka bicara setelah hampir 30minit merasakan ketegangan antara mereka bertiga.

"Aku tak faham kenapa kau masih bersama dengan lelaki macam ni" Wen Qing bersuara setelah lama mendiamkan diri. Mereka berempat bertemu di restoran. Wei Wuxian pernah berjanji untuk membuktikan perubahan Lan Wangji.

"Apa salahnya kalau dia masih bersama dengan aku. Ada masalah dengan kau?" Tanya Lan Wangji dengan muka kosong. Gelas yang berisi bir dan ais digoyang hingga menghasilkan bunyi.

Melihat kesantaian Lan Wangji membuat Wen Qing makin hilang sabar. Meja ditepuk kuat. "Memang masalah aku. Walaupun aku tak membesar dengan dia, walau aku tak dapat nak lindung dia masa tu. Tapi sekarang dia dah aku anggap macam keluarga aku."

Wen Ning memegang tubuh kakak kembarnya.. belakang badannya diusap cuba menyalurkan sumber positif.. telepati kembar gituuuu.

Lan Wangji tersenyum sinis. "Tapi dia milik aku sekarang."

"Aku tahu kau akan cakap yang dia milik kau dari dulu. Tapi itu ke namanya pemilik? Bukan kau sepatutnya lindungi dia? Tapi malah, you dont even trust him atau bagi peluang kepada dia bersuara." Wen Ning menyampuk.

"Masa tu aku tak matang aku tak berfikiran jernih. Apa yang kau harap dari budak umur 9tahun?" Matanya beralih pada Wei Ning pula.

"Ouh jadi wajarlah budak umur 9tahun torture budak umur 14tahun? Kau kata kau budak yang tak matang? Kau gila!! Kau gila se*s. Otak kau masa tu dah rosak!!" Wen Qing menjawab, berangin sungguh kepalanya.

Kali ni Lan Wangji terdiam. Dia akui, sejak dari kecil dia memang suka buat benda gila. Tapi dia gila sebab Wei Wuxian sahaja. Dia pernah menyiksa anjing dan kucing. Dia pernah menyiksa budak sekelasnya hingga budak tu ditahan di wad. Tapi tak sepuas dia menyiksa Wei Wuxian..

Dia sangat sukakan Wei Wuxian. Senyum, menangis, kesakitan, muka Corny. Semua begitu indah dilihat oleh Lan Wangji hingga dia nekas mahu Wei Wuxian hanya untuknya.

"Baik. Sebabkan kawan aku ni nak sangat dekat kau. Kau untuk kami yang kau mampu berubah dan mampu jaga dia. Atau kami sendiri yang akan bagitahu Jie Li pasal ni" Wen Ning mengugut.

Wei Wuxian meneguk liur. "Jangan macam tu, aku rahsiakan benda ni lama, takkan korang nak hancurkan macam tu je. Aku yakin Lan Zhan boleh berubah. Dia akan berubah kalau aku bersama dengan dia." Wei Wuxian menggenggam tangan Lan Wangji.

"Kalau kau betul nak berubah. Jangan dekat lagi dengan Meng Yao atau Xue Yang. Aku tak nak kawan aku terancam. Kalau dulu dia mampu merancang sampai macam tu, apatah lagi sekarang.. Jangan sampai aku nampak muka kau dengan Meng Yao tu lagi!" Wen Qing mencapai beg tangannya lalu beredar dari situ disusuli Wen Ning.

Wei Wuxian mengeluh ini sepatutnya menjadi pertemuan yang baik-baik sahaja. Mungkin dia yang terlalu gelabah.

Love Hate [COMPLETE]Where stories live. Discover now