tommorow and forever

48 3 0
                                    

Pagi berikutnya, Ahad. Wei Wuxian bangun awal dari biasa. Dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapannya dan Lan Wangji. Dia mengintai diluar rumah, risau juga seandainya Lan Zichen sudah pulang. Mana dia nak sorok mukanya? Lehernya penuh dengan lovebite, baju pun tak semengah. Biasalah orang bercinta kalau dalam rumah cukup pakai baju kemeja separas peha dan yang penting milik Lan Wangji. Rawrr.

Hidangan pagi itu biasa sahaja. Roti bakar, scramble egg, sosej dan coffee dan protein untuk Lan Wangji. Sedang dia menghidang makanan di atas meja. Dia  tersenyum kecil. Melihat Lan Wangji yang terhitung bayang turun dari tangga. Tangannya menggosok mata. Dan macam budak-budak pula. "Good morning Lan Zhan Gege" ucap Wei Wuxian.

Lan Wangji tersenyum mendengar panggilan itu. Kerana panggilan seperti itu lah mereka tidak keluar dari bilik seharian. Teringat diingatannya betapa epiknya dan luar biasanya permainan seharian itu. Dia mendekati Wei Wuxian pinggang kecil Wei Wuxian dipeluk dari belakang   dagunya direhatkan pada bahu Wei Wuxian. Bahu Wei Wuxian dikucup beberapa kali, lalu digigit manja.

"Arrr Lan Zhan!" Wei Wuxian menepuk paha Lan Wangji. "Sini makan." Tangannya menarik Lan Wangji ke kerusi sebelahnya. Lan Wangji pun melabuhkan punggungnya. Protein yang disediakan di cicipi perlahan. Terbit satu idea dibenaknya. "Wei Ying.. arrr" dia menganga mulutnya minta disuap.

Wei Wuxian tersenyum lalu memotong kecil sosej dipinggan Lan Wangji lalu disua ke mulut Lan Wangji. "Sedap?" Tanya Wei Wuxian.

"Ermmm sosej yang aku makan semalam lagi sedap, walaupun keras sikit" Lan Wangji tersenyum nakal. Wei Wuxian yang Line 5G terus menangkap gurauan Lan wangji. "Lan Zhan!!" Satu pukulan lagi hinggap di lengan Lan Wangji. Lan Wangji tidak mengelak. Malah tangannya mencubit cubit pipi Wei Wuxian. Mencari dan memenangi  semula hati Wei Wuxian memang pilihan yang tepat. Dia merasakan bahagia yang tak dia rasakan sebelum ni. Kalau sebelum ni dia lebih pendiam dan banyak buang masa, tapi sekarang dia merasa ada segalanya dia tak perlu apa-apa lagi.

"Lan Zhan. Ingat tak esok hari apa?" Soal Wei Wuxian. Matanya bersinar. "Hari Senin, kenapa?" Jawapan Lan Wangji mematikan semula senyumannya. Lan Wangji dijeling.

Lan Wangji senyum. Dia menarik kerusinya mendekati Wei Wuxian. Wei Wuxian dipeluk dari samping. "Just kidding laopo. Mesti lah ingat. Esok kita punya anniversary kan?"

"Haaaa ingat pun.. kalau tak ingat. Aku hantar balik cincin ni" Ujar Wei Wuxian acah2 merajuk. Padahal kalaupun dunia cuba pisahkan mereka pun, dia tidak sanggup. Biarlah dia juga menghilang.

"So Laogong mana kita nak celebrate? Ni kan kali pertama kita celebrate sama-sama" Tanya Wei Wuxian teruja.

Lan Wangji memeluk Wei Wuxian. Dia disapa rasa serba salah. Pada awalnya dia sedikit terluka bila tahu Wei Wuxian menganggap pertunangan mereka putus, tapi itu angkara perbuatannya sendiri. Tetapi bagi dia sebagai orang yang menjadi punca pada semua hal buruk yang terjadi, dia lah yang sebenarnya orang yang tak tahu malu untuk menganggap orang sesempurna Wei Wuxian sebagai kekasihnya.

"Wei Ying. I'm sorry for the past 12 years" ujar Lan Wangji menggigil. Matanya berlinangan air mata. "Disebabkan kejahatan aku, kau terpaksa alami mimpi buruk bertahun tahun. Dan sebabkan aku juga, kita tak dapat nak raikan anniversary macam pasangan lain setiap tahun. Tapi dengan tak malu, tanpa bersalah aku datang sini balik cari kau. Dan sekarang aku takut, kalau aku tak layak untuk kau" air matanya terjatuh juga.

Wei Wuxian yang tahu Lan Wangji sedang menangis. Dia memeluk erat tubuh besar Lan Wangji. Dia tahu Lan Wangji tak suka mempamerkan kesedihan terutamanya didepan dia. "Lan Zhan. Tolong jangan salahkan diri kau lagi. Semua tu dah lepas. Kesakitan yang aku alami dah kau balas dengan kebahagiaan yang berganda. Aku bahagia dengan hubungan kita sekarang. Aku bersyukur kau cari aku lagi dan kau sentiasa layak untuk aku, aku pun manusia biasa"

Lan Wangji mengelap air matanya sebelum menatap wajah Wei Wuxian. Kedua belah tangan Wei Wuxian dipegang dengan tangan besarnya. Mata Wei Wuxian ditatap dalam-dalam "Wei Ying. Kau lebih daripada biasa untuk aku. Aku tak pernah tahu apa tu cinta, sayang, nafsu. Tapi bila dengan kau je aku rasa semua tu."

"So tomorrow will be the bestest day ever" ujar Wei Wuxian teruja. "And promise me. Bukan esok je tapi tahun depan, tahun berikutnya dan selamanya" tambahnya lagi lalu membuat Pinky promise.

Lan Wangji mengangguk. "Janji" lalu memeluk erat tubuh Wei Wuxian.

Love Hate [COMPLETE]Where stories live. Discover now