Fate

47 3 0
                                    

Pada Hari itu, mereka bertiga Wei Wuxian, Wen Ning dan Wen Qing tiada kelas. Kerana pensyarah Subjek Sejarah mereka tak hadir. Jadi kesempatan untuk mereka berkumpul dan bergosip. Di rumah Family Wen.

Wen Ning menyiku Wen Qing. "Apa?!" Tanya Wen Qing sebal. "Itu.. Kat jari dia tu. Jari Wuxian tuuu" sampai termuncung muncung mulut Wen Ning. Wen Qing pun cuba memperhatikan sesuatu dari jari Wei Wuxian. "Hukkk!!!" Wen Qing terkejut. Tangan Wei Wuxian di angkat ke depan mukanya. "Cincin? Kau punya ke? Nampak mahal je. Mana kau curi?" Tanya Wen Qing dengan muka serius. Jari Manis Wei Wuxian ditilik lebih dekat.

Wei Wuxian menjeling tajam pada Wen Qing lalu beberapa saat kemudian dia tersengih. " Ni cincin pertunangan aku" ujar Wei Wuxian membuatkan Wen bersaudara itu berpandangan sesama sendiri.

"Tunang? Bila kau tunang? Tak Ada bagitahu pun? Kad jemputan pun tak ada sampai? Rumah Kita bukan jauh pun.. selang 3 rumah je? Kata Wen Ning kecewa. "Ku kira hubungan Kita istimewa.. bertunang pun tak ajak" tambah Wen Qing tangannya di silang ke dada.

" Bukan bertunang sampai buat event, just couple aku bagi cincin je" jawab Wei Wuxian sambil menilik jari runcingnya.

"Dengan siapa? Kitorang Tak pernah kenal pun. Tak pernah tahu! Bila pula kau bercinta kau selalu Ada dengan kitaorang. Tahu-tahu dah bertunang." Wen Qing membebel tak puas hati. Mereka bukannya kawan biasa.. dah macam adik beradik. Tapi Hal penting macam ni pun mereka tak tahu. "Diam diam ubi berisi" tambah Wen Ning yang turut tak berpuas hati. Nasib dia bukan panglima hantu kalau Tak dicekik cekik si Wei Wuxian.

"Emm kalau aku bagitahu kau orang siapa orangnya. Aku harap kau orang tak marah dan faham yang aku buat ni sebab aku betul-betul sayang dia." Wei Wuxian teragak-agak. Rasa menyesal pula diluah pasal masa silam. Wen Qing dan Wen Ning mengangguk tapi ada riak aneh di muka mereka berdua.

"Ingat tak aku bagitahu yang aku pernah ditunangkan Masa kecil dulu?" Tanya Wei Wuxian perlahan lahan.
Wen Qing dan Wen Ning mengangguk. "Jadi aku dengan Lan Zhan. Kitaorang get back"

"What?!!" Wen Qing hampir menjerit. Wen Ning menggeleng kepala. "Itu kan lelaki yang buli kau dulu?? Lelaki yang sampai sanggup upah orang aniaya kau.. kau terima dia balik. Apa kena kau ni!!" Marah Wen Wen Qing. Wen Ning pula hanya diam. Kehilangan kata-kata.

"Ya. Tapi tak bermaksud dia tak boleh berubah.. dalam masa beberapa hari ni. Dia baik je dengan aku" Jawab Wei Wuxian.

Wen bersaudara terkejut lagi. " Ouh maknanya. Dalam masa beberapa hari yang kau sibuk sangat sebab keluar dengan dia lah? Itu pun kitaorang tak tahu" kata Wen Ning lalu menyisip jus epal di dalam gelasnya.

"Lagi satu orang yang hot tempered ni kena dengan mood dia, baiklah. Kalau ada yang tak kena? Kau nak hadap lagi tangan kaki dia? Tu bekas luka rokok, bekas luka pukul, kau tak serik ke?!" Wen Qing mencapai tisu lalu dilapkan matanya yang mula berkaca.

"Mana korang tau pasal luka ni? Aku tak pernah bagitahu" tanya Wei Wuxian.

"Kau ingat kitaorang ni kawan dengan kau sebab kita orang ni takda kawan? Kitaorang tak bodoh. Mula -mula memang kitaorang tak faham kenapa kau selalu pakai baju lengan, seluar panjang. Sampai kitaorang faham sendiri masa kau cerita kat kitaorang pasal kisah silam kau tu. Dan kitaorang tau dari Ah Cheng juga" panjang lebar Wen Ning menerangkan.

"Dan sekarang kau nak masuk balik mulut buaya?" Tambah Wen Qing dengan suara bergetar. Tangannya menggenggam tangan Wen Ning.

Wei Wuxian terdiam sejenak. Dia meraup mukanya. "Korang takkan faham. Aku dengan dia macam dah ditakdirkan. Bukan hanya sebab kami disatukan oleh keluarga, tapi sebab aku sayangkan dia, dan sayang aku dekat dia buat aku percaya yang dia boleh berubah." Air mata yang ditahan gugur juga.

"Kalau kau kena pukul lagi? Semua tu takdir ke Wei Wuxian? Bukan kau ke yang sengaja balik pada dia?" Makin kuat genggaman Wen  Qing pada tangan Wen Ning.

"Kalau kau berada ditempat aku pun, aku yakin kau akan buat benda sama. Lagi pun, kejadian lama tu kalau difikirkan memang salah aku juga. Sebabkan duit aku ikut je yang Meng Yao cadangkan." Menggigil tangannya mengingat kembali kejadian itu.

Love Hate [COMPLETE]Where stories live. Discover now