Meng Yao

43 3 1
                                    

"Meng Yao? Apa kaitan dia?" Tanya Wen Ning.

"Kalau kau nak tau. Sebelum bapa aku meninggal keluarga aku Wei, Lan dan Jiang adalah setaraf. Dan lepas bapa aku meninggal. Bisnes yang dia tinggalkan perlahan Lahan gulung tikar. Dan dari situlah mak aku diperkenalkan oleh keluarga Jiang. Tapi kami tak dilayan seperti pembantu, tapi seperti sebuah keluarga." Cerita Wei Wuxian. Wen Ning dan Wen Qing tekun mendengar.

"Dan aku, Wangji, Xue Yang dan Meng Yao kami berempat berkawan baik pada awalnya. Tapi sebab Meng Yao, dia dengkikan aku. Dia anak pembantu, aku pun anak pembantu. Tapi dia macam udara, penting tapi tak terlihat. Macam-macam dia buat untuk buat orang nampak dia macam orang nampak aku. Dia tarik perhatian Lan Wangji dia tarik perhatian Xue Yang sampai dia curi duit mak dia untuk belanja kami makan tapi dia tetap diabaikan." Wei Wuxian ketawa kecil, dengan air mata yang bercucuran.

Throwback

"Macam mana boleh kau orang bertunang? Wangji! Kau baru 9tahun. Kami 14tahun. Mana boleh macam tu" marah Xue Yang.

Lan Wangji ketawa. "Mak aku kata. Cinta tak kenal umur. Lagi satu dia kata, kalau dia tak ada. Aku dengan Zichen akan tinggal dengan keluarga Ah Li dan Ah Cheng. Jadi kami semua macam sekeluarga lah kan? Lagipun keluarga Jiang memang baik. Dia jaga Wei Ying gege juga" ujar Lan Wangji yang masih polos.

"Tapi aku pun suka Wei Wuxian" Xue yang meluahkan perasaannya.

Wei Wuxian dan Meng Yao terkejut. Lan Wangji tersenyum sinis "siapa cepat dia dapat" Lan Wangji menarik tangan Wei Wuxian untuk beredar dari situ. (kecik2 dah psiko)

Xue Yang menghembus nafas kasar. Begitu juga dengan Meng Yao dia merasakan semuanya salah Wei Wuxian. Sebab adanya Wei Wuxian lah mereka bertiga bergaduh. Entah apa yang bagus sangat pada Wei Wuxian.

"Takkan kau nak biarkan je?" Tanya Meng Yao dengan sebuah idea jahat. "Habis tu apa aku boleh buat? Diaorang dah bertunang" marah Xue Yang. (Kau kecik lagi dek, beli Spender pakai duit sendiri dulu)

"Hei setakat Wei Wuxian tu, ramai lagi perempuan, banyak lagi lelaki yang kau boleh pilih.. kenapa juga dia yang kau nak? Dia bukan suka kau pun, kau tak kaya macam Lan Wangji. Dia setuju nak bertunang tu sebab duit je lah. Dia kan dah miskin" tambah Meng Yao. (Cermin diri dek)

Muka Xue Yang sudah bertukar merah. "Kau pikir lah, takkan sebab Wei Wuxian tu persahabatan kita dengan Wangji hancur. Kita sepatutnya tolong Wangji. Kita kena pisahkan meraka. Kau nak ke nanti bila besar kawan kita tu jadi miskin sebab harta dia kena kikis" Meng Yao menghasut Xue Yang. Memang geng mereka ni semua otak psiko agaknya. "Kalau kau dengan Wei Wuxian. Silap-silap kau pun papa kedana dibuatnya. Aku tak nak" tambah Meng Yao lagi.

"Lepas tu, apa kita nak buat" tanya Xue Yang. Kemarahannya sudah mereda selepas mendengar hasutan Meng Yao yang baginya cukup sahih.

Mula dari situ lah rancangan jahat mereka bermula. Awalnya, kebetulan Pn. Lan jatuh sakit yang perlu dibedah kan segera. Dan semenjak Pn. Lan sakit tiada siapa yang jaga syarikat mereka hingga syarikat mereka mula merosot dan hampir ikut gulung tikar.

Lan Wangji dan Lan Zichen lah orang yang paling sedih masa tu sebab tak dapat nak membantu ibunya. Duit simpanan yang ada hanya cukup untuk menjelaskan hutang syarikat yang menimbun, dan bayaran akhir untuk pekerja.

Kos perawatan ibunya pula sangatlah mahal. Keluarga Jiang dengan senang hati membantu sedikit sebanyak. Tapi penyakit kanser sangat perlukan banyak kos untuk setiap terapi. Lan Wangji cuba untuk menggunakan tabungannya. Tapi hilang. Dan Meng Yao apa lagi. Ambil kesempatan untuk menuduh Wei Wuxian oleh kerana Wei Wuxian yang paling rapat dengannya. Dan dia berjaya buat Lan Wangji menjadi kejam untuk kali pertama.

Itu lah kali pertama Wei Wuxian dibuli oleh mereka bertiga. Dituduh mencuri. Hingga selepas Pn. Lan meninggal. Abangnya, Lan Zichen mengaku dia yang simpan atas permintaan ibunya. Duit itu, duitnya dan duit baki yang sedia ada lah yang akan digunakan untuk teruskan hidup jika terjadi apa apa pada Pn. Lan.

Tapi untuk rancangannya yang pertama tidak berjaya total. Lan Wangji berbaik semula dengan Wei Wuxian.

"Macam mana rancangan kau ni? Rancangan budak-budak. Setakat tuduh dia curi duit. Apalah sangat? Sekarang abang dia mengaku dia yang simpan duit tu" marah Xue Yang. Rokok di jarinya disedut.

"Tapi sekurang-kurangnya kita tahu. Lan Wangji tu jenis yang kaki pukul dan mudah ditipu. Orang macam tu tak susahlah untuk kita bodohkan kali kedua" Meng Yao tersenyum jahat.

"Apa yang kau nak buat?" Tanya Xue Yang kagum, bab bab benda jahat boleh diberi bintang 5 pada Meng Yao.
"Kali ni kita bagi diorang sampai takkan berjumpa lagi, kita buat sampai Wei Wuxian tu tak sanggup lagi untuk pandang Lan Wangji" rokok dijari Xue Yang dirampas dan disedut pula olehnya.

Love Hate [COMPLETE]Where stories live. Discover now