Wei Wuxian membuka perlahan matanya. Wajahnya sedikit berkerut. Badannya terasa agak sakit dan lenguh. Dia tak pasti apa yang dibuat semalam tapi menyesal pun tak guna. Ini Kali pertama dia disentuh Lan Wangji.
Memori yang lama mula terbayang kembali. Hatinya terasa sakit seperti garam yang disapu pada luka. Dia mengangkat wajahnya perlahan dari tubuh Lan Wangji. Dia menatap wajah Lan Wangji. Bagaimana muka setenang itu saat tidur boleh menjadi kejam saat dia bangun.
Perlahan dia turun dari katil dan mencapai tuala yang bersepah di lantai. Langkahnya agak perlahan Mana tidaknya dia diperlakukan dengan kasar.
Cermin di bilik air ditatap. Betapa teruknya pantulan dirinya. Kesian gigitan di seluruh tubuh.. kesan cucuhan rokok di dada. Wei Wuxian menggosok perlahan tubuhnya.. Lama dia bertahan tapi semalam dia kecundang juga.. ia sebegitu lemahnya dia apabila disentuh Lan Wangji. Dia mahu beri segala untuk Lan Wangji. Tapi dia juga benci. Entah. Perasaan yang sukar digambarkan.
Krakkk.
Bunyi pintu dikuak. Seseorang memeluknya dari belakang. Bahunya dicium berkali-kali. Wei Wuxian menatap kosong wajah Lan Wangji dari pantulan cermin.
Dia sendiri tertanya tanya kenapa dia sanggup berikan apa saja untuk lelaki ini padahal lelaki ini pernah perlakukannya dengan kejam.
Flashback
"Sundal macam kau mana orang nak kawan. Jadi Tak pelik lah kalau Wangji ni lebih pilih untuk tinggalkan kau" kata Meng Yao sambil menunjal kepala Wei Wuxian.
"Aku tau lah, kau saja nak kawan dengan Wangji sebab kau tu anak pembantu je.. jadi kalau kawan dengan dia orang pandang tinggi lah dekat kau kan?" tambahnya lagi.
"Tapi Sayang, Wangji ni dah baik dengan kau. Tapi kau, burukkan nama dia.. kau menyundal dengan jantan tah mana-mana . Jijik. " Sampuk Xue Yang pula.
"Mana Ada aku buat semua tu. Aku ikhlas berkawan dengan Lan Zhan." Balas Wei Wuxian dengan muka yang memerah kerana ditampar berkali-kali dengan Meng Yao dan Xue Yang.
"Kau tak buat? pastu yang kau mencuri duit dia kenapa? Duit yang sepatutnya dia belikan ubat untuk mak dia. Sekarang mak dia dah mati. Apa kau nak buat? Kau boleh hidupkan balik mak dia" Meng Yao menambah nambah api.
"Tak. Aku tak curi. Bukan aku" semakin kuat Wei Wuxian menangis..
Lan Wangji bernafas dengan kasar. Tangannya dicengkam kuat. Dia mencapai payung rosak yang kebetulan berdekatan tong sampah lalu dihayun pada Wei Wuxian. Dipukul sekuat hati. Walaupun umurnya masih sangat muda, tapi amarahnya yang sangat kuat hingga tak mampu dilawan oleh Wei Wuxian.
Dan setelah beberapa hari berlalu Lan Wangji baru tau yang duit itu sebenarnya memang tidak dicuri oleh Wei Wuxian.. tapi abangnya, Lan Xichen yang simpan. Kerana tak mahu duit simpanan adiknya diguna. Mereka bukan Tak mampu mengubati ibu mereka. Tapi kebetulan syarikat mereka mengalami krisis.. dan dengan Kewangan yang tidak mencukupi. Ibunya tidak dapat dibedah dengan tepat masa.
Tapi Lan Wangji yang sombong itu, mana tau serba salah.. dia tak minta maaf pada Wei Wuxian.. Hubungan mereka memang tak dapat lagi diabaiki selepas melihat Wei Wuxian mencium beberapa orang pelajar lelaki di bilik stor sekolah.
Bukankah, Wei Wuxian berjanji hanya dia, yang Wei Wuxian ada? Kenapa dia tak minta bantuannya. Kenapa perlu meminta pada orang lain. Mereka berjanji untuk sentiasa bersama dan berjanji untuk bina hubungan cinta bersama bila dah besar nanti.
Ya, sedari kecil mereka sudah saling mencintai oleh kerana hubungan dapat keluarga dan mereka sudah ditunangkan dari kecil.. Dan dia akui walaupun masa tu dia belum tahu apa maksud cinta.. tapi sangat sayangkan Wei Wuxian.. dia ingin hubungan yang berterusan selamanya dengan Wei Wuxian. Tak kiralah umur tua daripadanya. Dia berjanji yang dia akan menjaga Wei Wuxian.
Tapi bila melihat kejadian itu, dia rasa dikhianati. Dia jijik. Jijik dengan Wei Wuxian. Wei Wuxian yang akan menjadi miliknya menjadi milik beberapa orang lain juga.. sesuatu yang tak boleh diterima. Aku pastikan kau menderita sama macam perasaan aku. Kau nak jadi pelacur? Biar aku tunaikan hajat kau.
YOU ARE READING
Love Hate [COMPLETE]
RomanceMore you hate, more I love. I've got nothing but you. Kau orang yang aku ingin benci dan cinta.. P/s : cerita ini mengandungi Stockholm Sindrome.