Setelah menghabiskan masa 2 minggu di Sydney, mereka pulang ke Seoul. "Aku dengar kau dengan Tengku Raisya tu dah official.. betul ke?" tanya Adam. Ketika ini mereka berada di penthouse milik Adam. Daniyal mengangguk. "Aku tak sangka Tengku Raisya tu pun ada hati dengan aku" ucap Daniyal. Adam tersenyum. "Kau tak nak cuba kakak dia? Raisya cakap dekat aku yang kakak dia tu pun masih single.. kau pun masih single.. sesuai sangat bro" ucap Daniyal. Adam terdiam. Jauh disudut hatinya, dia mengakui bahawa Rania telah menarik perhatiannya. "Kalau kau nak, aku dengan Raisya boleh tolong.. kau pun tahu Rania tu susah nak dekat dengan orang.. Raisya sendiri cakap dengan aku.. Rania tu kalau dia suka dekat seseorang, dia tak akan tunjuk.. dia lebih suka pendam sebab takut ditolak" jelas Daniyal. Adam mengangguk faham.
"Kak Rania, boleh temankan Raisya tak?" tanya Raisya. "Raisya nak pergi mana?" tanya Rania. "Raisya nak pergi mall kejap.. ada barang Raisya nak beli.. Daniyal cakap dia boleh temankan Raisya tapi lewat sikit sebab ada kerja so boleh tak kak Rania temankan Raisya?" pinta Raisya. "Boleh.. kak Rania pergi tukar baju dulu ya" Raisya mengangguk. Rania turun setelah mengganti pakaiannya. "Kakak Raisya ni selalu nampak cantik" puji Raisya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rania memandu Audi R8 berwarna hitam kesayangannya menuju ke mall. "Baby!" Raisya menoleh. "Sayang.. sini!" Raisya melambai tangannya. Rania melihat Adam ada bersama Daniyal. "Hai Tengku Rania" sapa Adam. "Hai Captain Adam" sahut Rania. "Tak perlu la formal sangat.. panggil nama je" ucap Raisya. Adam dan Rania tersenyum malu. "Baby dah beli semua barang baby ke?" tanya Daniyal. "Belum.. ada yang baby tak jumpa lagi" balas Raisya. "Jom sayang tolong carikan" ajak Daniyal. Adam dan Rania hanya mengikuti mereka berdua. Rania berhenti di bahagian anak patung. Dia mengambil satu anak patung dan memeluknya. "Rania mahu?" tanya Adam. Rania menoleh ke belakang dan mengangguk. Adam mengambilnya dan pergi membayar anak patung tersebut. "Nah, untuk Rania" Rania mengambil beg kertas yang berisi anak patung itu sambil mengukir senyuman indahnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.