ch 18.

217 5 0
                                    

Adam dan Daniyal meminta diri untuk pulang setelah makan malam di mansion Rafael. "Mommy.. daddy.. Raisya nak bergosip ni" bisik Raisya. "Ada apa Raisya?" tanya Melissa. Raisya memeriksa dahulu dimana kakaknya berada. "Kak Rania dekat dalam bilik kerja daddy.. ada kerja katanya" ucap Rafael. Raisya menarik nafas lega. "Mommy dengan daddy rasa antara kami bertiga, siapa yang akan kahwin dulu?" tanya Raisya. "Kamu bertiga? Setahu mommy kamu dengan Raissa je yang ada pasangan.. kak Rania masih single" balas Melissa. Raisya tersenyum. "Itu la mommy.. mari sini Raisya beritahu mommy" Melissa dan Rafael mendekatkan diri mereka dengan Raisya. "Kak Rania dah ada kekasih hati" ucap Raisya. "Ha??!!!!" Melissa dan Rafael terkejut dengan ucapan Raisya. "Eeeee mommy.. daddy.. ssssshhhhhh" Raisya meminta kedua orang tuanya supaya diam. "Raisya kenal ke kekasih kak Rania? Raisya pernah jumpa?" tanya Rafael. "Kekasih kak Rania baru je balik tadi dari mansion kita" jawab Raisya sambil menghirup Latte nya. "Adam?" tanya Melissa. Raisya mengangguk.

Sudah 2 hari Rania berjaga malam untuk menyiapkan laporan tentang projek dibawah kendalian syarikat ayahnya. Rania bangun dari tidurnya setelah tidur hanya 2 jam sahaja. Dia merasakan kepalanya sedikit berat. Rania terus berjalan menuju ke bilik mandinya. Hari ini dia akan bertemu dengan salah seorang klien ayahnya untuk membincangkan tentang projek yang akan datang. "Mommy" panggil Rania. Rania berjalan perlahan ke arah ibunya sebelum pandangannya gelap. "RANIA!!" teriak Melissa setelah melihat Rania sudah terbaring di atas lantai. Raissa yang mendengar teriakan ibunya langsung berlari ke dapur. "Kak Rania! Kak Rania kenapa mommy?" tanya Raissa. "Panggil daddy.. panggil daddy sekarang!!" pinta Melissa. Rafael segera berlari ke dapur. "Rania kenapa mommy?" tanya Rafael. Melissa menggeleng. "Rania.. Rania.. bangun sayang" Rafael menepuk lembut pipi anak sulungnya itu. "Kita bawa dia ke hospital sekarang! Raissa, call Aaron.. Raisya, call Adam" arah Rafael. Rania segera dibawa ke hospital.

My PilotWhere stories live. Discover now